Monday, December 14, 2009

Nilai Cinta

Posted by princess On Monday, December 14, 2009 9 comments


Saban hari detik demi detik berlalu, bila agaknya pertemuaan pertama kita. Di kala dunia ini kian sirna dari kasih-sayang. Di mana segenap manusia sibuk dengan urusan masing-masing. Satu sama lain tidak mempedulikan yang lain. Hati ini kian merinduimu.Tidak sabar-sabar.. Teringin seandainya ditemukan insan yang memiliki sebaik-baik akhlak. Teringat kata-kata ini;

Tidak sama sekali demi Allah, sesungguhnya Allah tidak akan menghina dikau, kerana engkau sentiasa menghubungkan pertalian silaturahim, dikau memikul beban kesusahan, menolong yang miskin, memberi makan tetamu dan berusaha menyelesaikan rintangan yang menghalang kebenaran.’’

Jika seseorang penulis terpaksa berat sebelah dalam penulisannya tentang mana-mana tokoh hebat dunia,tapi jika engkau yang digambarkan aku terpaksa adil kerana dirimu tiada cacat celanya. Malah Allah memujimu dalam kalam-Nya. Sedangkan tuhan pencipta seluruh alam mengangkat tinggi darjatmu, mana mungkin aku menceritakan yang sebaliknya??

Memiliki paras rupa yang kacak, senyuman sentiasa terukir pada wajahnya dialah nabi kita Muhammad Al-Musthofa.

Adakah kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w? Apa kata sama-sama kita jawab soalan ini dalam hati. Ada tak antara kita dengan cepat-cepat dan penuh yakin dia menjawab: Ya, aku mencintai nabi Muhammad s.a.w.. atau selepas beberapa ketika baru hati terdetik untuk menyatakannya? Adil tak sekiranya dikira, sepantas mana kita mengiakannya, itulah kayu ukur sejauh mana kecintaan kita padanya.

Tapi adakah mungkin bagi seseorang orang muslim tidak mencintai nabi Muhammad s.a.w? Jadi,apa yang dapat disimpulkan di sini, jawapan YA adalah skema jawapan wajib.

Namun, sebelum seseorang insan itu menyatakan kecintaannya pada nabi Muhammad s.a.w; Tanya lagi pada diri? Adakah aku sentiasa bersalawat mengingatinya? Adakah aku mempelajari sirahnya ? Sebagaimana kuatnya taaruf kita dengan sahabat-sahabat lain: tahu panggilan manjanya, maka lebih-lebih kita pasti tahu apa nama-nama lain rasulullah. Bukan begitu?? Soalan cepu emas, rasulullah ada berapa nama lain?... Jika nama adalah maklumat utama dan pertama tentang seseorang sahabat yang baru dikenali. Macam mana pula halnya kita dengan nabi s.a.w?? lulus atau gagal dalam soalan taaruf pertama tentang rasulullah.

Namun, jika kita tanya pada pemuda-pemudi Islam pada hari ini, siapakah role modelnya dalam kehidupan? Maka dia menjawab: rasulullah s.a.w ??!!!

Renungi kisah kecintaan umat Islam pda zaman rasulullah terhadapbaginda. Dalam perang Uhud, terdengar seorang perempuan dari kaum Ansar bahawasanya rasulullah terbunuh, maka dia bergegas ke tempat perang untuk mengetahui kesahihannya. Dalam perjalanan, dia berjumpa seorang muslim, maka dia bertanya: Bagaimana khabar rasulullah? Lelaki itu berkata; innalillahi raji’un,ayahmu syahid. Perempuan itu bertanya lagi kepada lelaki itu: Bagaiman khabar rasulullah ? Maka lelaki itu menjawab: Baginda selamat…

Lihatlah..dia mencintai rasulullah lebih dari ayahnya.

Dia meneruskan perjalanan dengan harapan dapat melihat sendiri nabi s.a.w , dalam perjalanan dia berjumpa seorang muslim lagi, lantas dia bertanya tentang rasulullah s.a.w. Maka lelaki itu menjawab: innalillahi raji’un,suamimu syahid. Perempuan itu bertanya lagi: Bagaimana khabar rasulullah? Maka lelaki itu menjawab: Baginda selamat..

Perempuan itu berkata lagi; tidak, demi Allah! Sehingga aku melihatnya sendiri.

Dia meneruskan perjalanannya sehingga bertemu muslim yang akhir lantas dia bertanya tentang rasulullah s.a.w. Maka lelaki itu menjawab: innalillahi raji’un,anakmu syahid. Perempuan itu bertanya lagi: Bagaimana khabar rasulullah? Maka lelaki itu menjawab: Baginda selamat…

Perempuan itu berkata lagi; tidak, demi Allah! Sehingga aku melihatnya sendiri.

Tatkala terpandang rasulullah s.a.w, maka dia berkata kepada baginda: setiap musibah selepasmu adalah perkara mudah!!

Kagum.. begitu sekali cintanya pada rasulullah.Perempuan ini tidak mempedulikan ayahnya,bukan jua suaminya dan bukan jua anaknya; apa yang penting dalam hidupnya ialah RASULULLAH S.A.W.

Jika seorang perempuan yang memang sifat semulajadinya lembut hati mampu mengasihi Rasulullah lebih dari kasih sayangnya kepada seorang ayah, suami dan anak, kita pula, di mana terletaknya rasulullah di hati kita?

Kita tidak pernah melihatnya tapi mendengar sahaja tentang akhlak-akhlaknya pun sudah membuatkan kita tertarik kepada rasulullah s.a.w. Mari sama-sama kita susuri sirah baginda. Ini hanya permulaan dari seluruh perjalanan hidup baginda sebagai contoh “tajribah basyariah” ( percubaan seorang manusia ).

Hasil nukilan,

ISYBAL AL-KAHFI

9 comments:

nice2.. but who is isybal kahfi? taaruf sket!

nice one..
xkan nk tgu maulidul rasul baru nk blaja cintakan rasulullah saw.
mase tu bru nk amal sunnah sampai care pegang kayu sugi pn nk blaja(xsalah pn).
tp lepas sebulan subuh pn entah kemana..
lepas setahun kembali spt sedia kala..
(sendiri pn same gak)
same2 muhasabah...

yela,its better ltak nama sndiri kot.ape sbb eak ltak nickname?ade orang kaco ke?bukan nama tu satu doa utk diri kita ke?

maybe tuan pnye artikel nk kte amik isinya tnpe perlu tau sape penulisnya..
yg pntg isi bukn?

best lagi..

truskan menulis dan berkongsi!

ceh cairoboy. mcm r dye letak name sebenar. haha

xpe2, name samaran yg dikenali ramai dimaafkan...

dinmat,haah eak tol gak.aku letak nama samaran.x pasan lak.

nama samaran yg dikenali ramai dimaafkan? such as??dinmat??

rofl!

sunnah terbesar yg slalu kita lupa adalah dakwah.

takbir, indeed, it is beautifullu elaborated. thnx to writer for sharing.
thnx to tuan puteri gunung ledang for copy pasting

:D

3alaihi assolatu wassalamu

bes2...

sila guna nama sebenar, nak tau gak

Post a Comment