Friday, December 18, 2009

memacu roda pengislahan

Posted by [amiza malik] On Friday, December 18, 2009 7 comments


Salam alaik, sekadar ingin berkongsi perasaan.. Sebarang kritikan, komen, penambahan, pembantahan amatlah dialu-alukan.ini hanyalah hasil nukilan seorang insan yang banyak kurangnya.


di kopi pasta dari blog pemberontak ini ^.^

dia tulis untuk Perubatan Online tahun lepas =P

baca sampai habis, kat bawah ada soalan perbincangan.


Bulan purnama telah terbit kepada kami,

dari jalan-jalan bukit ul-Wada.

Wajib ke atas kami untuk bersyukur,

terhadap seruan penyeru kepada Allah.

Wahai utusan yang diutuskan kepada kami,

Kami datang bersama perkara yang dipatuhi.

Mari kita putar sejarah untuk mengubah pegangan falsafah kehidupan kita terhadap prinsip penghijrahan melalui kupasan definisi sebenar perjuangan dan menghayati apa sebenarnya erti perubahan.

Keimanan tujuh orang pertama (atau 6 orang menurut sesetengah riwayat) dari golongan Ansar Madinah ketika musim haji menjadi titik tolak hijrah Nabi S.A.W. ke Madinah. Berita pengislaman mereka sampai ke pengetahuan kaum Quraisy dan ini bukanlah satu berita yang menyenangkan hati mereka. Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan ini akan sedikit sebanyak mengganggu-gugat kestabilan kedudukan politik dan perniagaan mereka. Maka penyeksaan terhadap golongan Islam ditingkatkan. Pemuda-pemuda gagah dari setiap kabilah dikumpulkan dan strategi membunuh Rasulullah dijalankan dengan penuh teliti. Ganjaran yang lumayan ditawarkan bagi sesiapa yang sanggup menghapuskan Nabi S.A.W. dengan harapan kewafatan Nabi S.A.W., dakwah Islam akan lumpuh. Apabila keadaan semakin menghimpit, kehidupan umat Islam pada masa itu semakin perit dan dakwah mendapat kekangan serta tentangan yang sangat hebat. Maka Allah menitahkan Rasulullah S.A.W. untuk berhijrah.

Pada ulang tahun kelahiran baginda yang ke-53, baginda keluar berhijrah bersama Abu Bakar, bersembunyi di Gua Thur selama 3 malam, kemudian singgah di Quba yang terletak 2 batu di selatan Madinah, membina masjid atas dasar taqwa, tinggal di sana selama 4 hari dan menempuh onak dan cabaran sepanjang perjalanan dan akhirnya pada 12 Rabiul Awal, baginda disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam di Madinah.

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya. (al-Baqarah ayat 218).

Lipatan sejarah telah diselak, mari kila mulakan muhasabah diri bersama menghisab diri, semoga pencerahan agung bakal mangundang transisi.

********************************************************************

Putaran masa yang memecut laju sehinggakan kita lelah menunggangnya. Kitaran alam tak pernah berhenti dan kini satu hijrah lagi menyinggah. Kita hamba kerdil yang mencari pelabuhan di pesisir usia termengah-mengah mengejar makna kehidupan. Penuh payah dan kobar meniti memori perjalanan berliku. Hati meronta di gurun berdebu; gersang dan tandus. Langkah diorak meninggalkan kesan-kesan di pasir semakin pudar. Angin menderu membawa khabar suka dan duka. Selang seli tawa dan sendu. Ketika kita ralit diselimut bunga-bunga mimpi dan tenggelam dalam alam fantasi, bintang-bintang menyaksi kedhaifan diri ini yang penuh lompang disana sini.

“ Demi masa, sesungguhnya, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran”

Penghijrahan ini, membawa seribu erti. Memindahkan kita setapak mendekati daerah abadi. Melewati persimpangan kehidupan yang bersimpang-siur dan memenatkan.
Sekian lama merantau, menjejaki, berlari, merentasi, mencari, terus memburu di celah-celah pasir dan batu., di sebalik warna warna pelangi dan kilauan matahari yang bisa membisik kedamaian meresap jauh ke dalam hati, apakah yang telah kita lalui? Adakah hijrah yang kita niatkan terdahulu telah tercapai misi?


Sesunguhnya kita manusia yang rugi!

Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup yang pasti. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Dan yang paling perlu difahami sekali, perubahan tidak murah harganya dan sesuatu perlu dipersembahkan untuk membayarnya. Hijrah tidak pernah menjanjikan jalan yang ditempuhi itu lurus dan ditaburi bunga tapi sebaliknya; yang akan hanya dipilih oleh seorang pendukung yang benar-benar berani.

Perubahan tidak akan berlaku sekelip mata. Jika kita ingin menghijrahkan sistem Taghut yang memerintah dunia kepada sistem yang berlandaskan al-quran dan sunnah, perubahan perlu berlaku dalam setiap individu Muslim itu sendiri. Jika kita inginkan Islam tertegak di dunia ini, yang pertama kita harus tegakkan Islam di dalam diri. Jika kita ingin melakukan penghijrahan dalam diri, maka yang paling utama untuk diluruskan dahulu adalah dasar hidup(akidah) yang menjadi pasak perjuangan setiap insan.

Sejauh manakah hijrah diri kita mengikut acuan hijrah Nabi?

Menelusuri sirah nabi, penghijrahan yang dilakukan mengandungi 3 elemen penting yang suka untuk saya utarakan di ruang ini. Peristiwa signifikan tersebut sepatutnya dijadikan panduan dan pedoman untuk melakukan anjakan kehidupan agar tidak tersalah arah.

Pembinaan masjid Quba mengandungi pengajaran tersirat dan tersurat. Masjid sebenarnya berfungsi lebih dari sekadar tempat melakukan solat jemaah dan ceramah-ceramah umum. Sejarah Islam membuktikan masjid berperanan menyatukan saf-saf, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah serta mempamerkan kekuatan dan kekukuhan umat islam pada masa itu. Di dalamnya juga benih-benih tamadun Islam tumbuh subur dan berkembang. Bukankah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Khalid, Saad, Abu Ubaidah dan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang lain merupakan anak-anak murid sekolah Muhammad S.A.W. yang berpusat di Masjid an-Nabawi? Jika kita kupas apa signifikannya pembinaan masjid ini dari kaca mata penghijrahan, pembinaan masjid ini adalah lambang hubungan antara hamba dengan Al-Khaliq. Melakukan penghijrahan bukan mudah, kekuatan mental dan rohani perlu dijana dengan mendekatkan diri kepada Allah. Beban yang digalas ketika panghijrahan amatlah berat dan untuk memastikan kaki kita terus terpasak teguh atas landasan perubahan ke arah kebenaran, hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan kerana ia merupakan sumber kekuatan bagi setiap orang beriman.


masjid quba


Elemen kedua yang boleh kita teladani ialah konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Rasulullah. Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, baginda telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Hati disimpul dengan tautan akidah yang lebih utuh daripada ikatan darah. Kaum Ansar sanggup menghadiahkan rumah mereka, harta kekayaan mereka dan lain-lain sumbangan material untuk membantu kaum Muhajirin yang telah meninggalkan sanak-saudara, harta perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya demi berjuang di jalan Allah Peristiwa ini membuktikan tanda-tanda zahir paling jelas tentang keadilan kemanusiaan dan akhlak yang terpuji dalam Islam. Sokongan dan dorongan sama ada dalam bentuk material ataupun moral membawa erti besar dalam hidup seseorang individu untuk memulakan hidup baru agar mereka tidak merasa kesusahan dan perit jerih itu hanya ditanggung sendiri.

Jika ketika kita melakukan penghijrahan diri, tetapi kita tidak mendapatkan sokongan padu dari sesiapa pun, kita akan mudah tersungkur dan tidak istiqamah dalam melakukan penghijrahan.


masjid nabawi

Elemen yang terakhir ingin saya ketengahkan ialah pemetraian piagam Madinah. Piagam Madinah mengandungi prinsip-prinsip yang memperincikan asas kepada pembinaan Negara Islam. Secara maknawinya,piagam ini mendidik rakyat Madinah untuk beriman kepada Allah, merasakan muraqabah (pemerhatian) Allah ke atas setiap perbuatan baik dan memahami bahawa Allah menjaga sesiapa yang sedia berkorban untuk Islam. Seperti dalam fiman-Nya yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahan-kan Rasul-rasul Kami

dan orang-orangyang beriman - dalam kehidupan dunia ini danpada saat

bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat). (Ghafir: 51)

Apabila kita melakukan perubahan, parameter yang jelas hendaklah diperhalusi agar hadaf, visi dan misi penghijrahan difahami untuk memastikan segala yang diiltizamkan mencapai matlamatnya.

Mujahadah yang kuat, disiplin yang tinggi dan keazaman yang teguh diperlukan untuk melawan godaan yang bersifat internal ataupun external. Sesungguhnya, bukan mudah untuk melalui fasa transisi kehidupan maka bulatkan tekad, luruskan hati dan mohonlah bantuan dari Allah.

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus,

maka hendaklah kamu menurut-nya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan

(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan

kamu dari jalan Allah. (Al-An'am: 153)



selamat memacu roda pengislahan diri~!


"Demi masa........"
jangan kita kerugian buat selamanya.
PengHijrahan ini
pandulah kami
jejak kaki dan gerak hati
bicara kata dan naluri rasa
biarlah ada Mu di dalam mimpi
semoga damai di petempatan abadi
menemui Mu Ya Rabbi......
di suatu hari yang sudah pasti.



Soalan perbincangan bersama ahli bait ketika iftar hari ini. Kemudian wakil rumah boleh tinggalkan komen. Jawapan termantap akan diberi hadiah oleh Ijud dan Onee kemudian. Insha-Allah..Insha Allah..Insha Allah (maher zain,haha)

1) Apakah hijrah diri yang boleh dilakukan dalam konteks pelajar perubatan di Mesir?Senaraikan sekurang-kurangnya tiga.

2) Merujuk kepada jawapan kalian di soalan satu, apakah usaha yang boleh dibuat untuk membuat penghijrahan diri?

3) Persatuan Perubatan sedang melalui proses peranuman(matang). Selaku ahli perubatan tegar dan tidak belot, apakah cadangan anda tentang hijrah(pembaharuan) yang sepatutnya Perubatan lakukan?



7 comments:

saya nak menjawab soalan-soalan di atas moga-moga saya mendapat hadiah dari ijud & onee

soalan 1) bentuk2 hijrah..

1. dari malas ke kelas kpd rajin n dtg awal ke kelas

2. dari tak stadi setiap hari kepada stadi setiap masa n lebih baik lagi, amalkan pembacaan extra silibus

3. hijrah budak medik : pindah rumah dr umah lama ke rumah baru yg lebih cantek, moden, luas, murah, dekat ngan univ, atau sbb akad dh habis atau sewa naik, atau anak bawab kcau atau kena barrah begitu sahaja

soalan 2)usaha ke arah hijrah itu

1. tetapkan matlamat & niat

2. cari perbezaan anda dengan lembu, cth, lembu makan, kita makan, lembu tidor, kita tidor, lembu dok rilek, kita dok rilek, lembu jalan2 xde matlamat, kita jalan2 xda matlamat, lembu ada nafsu, kita ada nafsu, etc...

cube wat ape yg lembu xleh wat cth, baca buku, bykkan amal ibadat, mental development, soft skill development, dll (klu lembu reti gyne komputer, mesti diorg dah layan games n movies..)

3. pemantapan biro perumahan dan persatuan Simsah seMesir

soalan 4) cadangan utk perubatan

1. refresh visi n misi + luaskan skop.. luaskan ke arah pemantapan medical n social skills

juga ke arah membentuk networking yg mantap antara kita sesama kita dan juga antara kita dgn badan2 lain..ke arah menyumbang(jika sebelum ini kita banyak menerima sumbangan, skarang kita ke arah memberi sumbangan..)

2. bentuk kesedaran ahli, bahawa persatuan wujud sbb ada ahli..klu kita kata persatuan busuk, maknanya kita busuk...kalau kita nk persatuan wangi, kitalah yg kena beli minyak wangi n spray kt persatuan kita..

3. jgn ihtimam benda2 yg hampeh2 atau kecik2.. elakkan perpecahan sbb bak kate Tokoh Maal Hijrah Malaysia 1431, Dr Yusuf al Qaradhawi, perpaduan adalah syarat utama utk Islam menang!!

wassalam..hadiah nk claim kt mane ek?? :)

klaim ngan bikon.. bikon kan bnayak untung... haha..

bikon miskin wei!!!

kedekut lak tu...

haha

-si jeless-

terbaik la skem. jawapan ko walau nmpk mcm ko tu muda setahun dr aku, tp semuanya praktikal. nnt aku fwd kat onee n ijud psl hadiah. tataw la diorang nk dgr ckp aku ke tak.

erk asal ayat ko mcm merajuk jer yu???

"tataw la diorang nk dgr ckp aku ke tak"

nak kener ijud nih hehehehe :D

kenape nk stress kn gak ayat

"walau nmpk mcm ko tu muda setahun dr aku"???

adooii

thol:
sapalah aku.melukut di tepi gantang, masuk tak bertambah pergi tak berkurang =P

skem:
sbb suka.me kakak (baca:matang)

Post a Comment