“Barangsiapa belajar ilmu anatomi (ie:perubatan), akan bertambah imannya”
– Ibn Rusyd
– Ibn Rusyd
……………………………..
Saya ingin mempersoalkan, adakah dengan alasan kita sebagai seorang penuntut bidang perubatan, isu iman itu tidak perlu diambil endah? Dan adakah bagi seorang mahasiswa perubatan atau doktor yang mengambil berat isu imannya, tidak maju dalam bidang perubatan yang diceburinya?
Sebagai seorang mahasiswa perubatan Muslim, kita perlu berusaha merasakan iman kita bertambah dengan setiap kuliah yang dihadiri. Apakah ertinya iman yang selalu kita sebut-sebutkan? Mudah sahaja, perlu merasakan keyakinan terhadap Allah dan Rasul bertambah dengan setiap fakta yang dihafal. Perlu merasakan cinta, yakin, dan optimis kita terhadap Islam bertambah dengan setiap fakta ilmu perubatan yang dihafal. Bukti Saintifik Membuktikan al Quran Itu Benar??
Betul kah kenyataan ini?
Kita perlu menyedari bahawa bukti-bukti saintifik dalam perubatan bertepatan dengan Al-Quran dan ajaran Islam. Bukti-bukti saintifik hanya menceritakan kebenaran Al-Quran. Perlu kita betulkan mentaliti kita bahawa bukti saintifik TIDAK membenarkan Al-Quran, kerana Al-Quran itu sentiasa benar, dengan atau tanpa bukti saintifik. Bahkan, Al-Quran itulah yang membenar dan membetulkan bukti-bukti saintifik. Katakan ada bukti saintifik yang bercanggahan dengan Al-Quran, maka Al-Quran itulah yang tetap selamanya benar dan sahih. Namun, hal ini tidak pernah berlaku. Contoh yang paling mahsyur adalah konsep penciptaan manusia yang begitu mendalam dan tepat, diceritakan jauh lebih awal daripada penemuan-penemuan fakta sains moden dalam bidang Embriologi.
Sila klik link ini jika di sana ada keraguan-
http://www.islamicvoice.com/january.97/scie.htm
………………………………………..
Mahasiswa perubatan Muslim juga perlu merasakan keindahan ciptaan Allah dalam setiap sistem yang ada dalam badan kita, serta merasai hikmah dan sebab penciptaan sesuatu organ serta perhubungan yang harmoni di antara sistem-sistem dan organ-organ. Contoh terbaik dan termudah, bagaimana reaksi sistem-sistem dan organ yang berlainan dalam badan kita sebagai respon kepada ‘stress’. Bagaimana beberapa sistem bergabung (nervous, cardiovascular, endocrine, muscular..) dengan peranan beberapa organ (pituitary, adrenal medulla, muscle, heart, brain (emotion), senses..) demi mencapai satu matlamat, iaitu melawan biological stres!! Masihkah kau ingat? Atau otak masih tidak bergerak?Sila klik link ini jika di sana ada keraguan
http://en.wikipedia.org/wiki/Stress_(biology)
Renungi dan fikir-fikirkan lah sendiri.
…..أَفَلاَ تَعْقِلُونَ.……
…Apakah kamu tidak berfikir?...
…Apakah kamu tidak berfikir?...
Perubatan Menolak Atheism?
Proses penciptaan manusia, perjalanan sistem-sistem, dan perhubungan kompleks di antara sistem badan manusia itu sendiri menyerlahkan ketelitian dan kesempurnaan dalam ciptaan Allah yang tiada tandingannya dan tidak mungkin dilakukan oleh sesuatu apa pun selain Tuhan Yang Satu, Allah. Sekali gus, ia menolak ideologi-ideologi sesat ciptaan Barat terutamanya Atheism yang menolak kewujudan Tuhan, atau pun golongan-golongan yang mendakwa bahawa Tuhan itu hanya mencipta, tetapi tidak mentadbir.
Apabila pelajar perubatan Muslim mempunyai fikrah sebegini (sentiasa berfikir ketelitian ciptaan Allah), mereka sentiasa berfikir dan bertanya, bayangkan betapa kompleksnya kejadian-kejadian yang berlaku dalam badan kita, tidak mungkin ada benda atau entiti yang boleh mengawal setiap satu yang berlaku dalam badan kita dan tidak mungkin juga kejadian-kejadian itu berlaku sendiri. Jika mengawalnya pun tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun, inikan pula menciptanya? Hal ini merupakan cabaran bagi sesetengah golongan sesat yang mendakwa bahawa Tuhan itu hanya mencipta tapi tidak mentadbir. Tuhan itu hanya mencipta badan manusia, dan sistem-sistem dalam badan manusia itulah yang berfungsi dengan sendirinya. Bagi golongan seperti ini, Imam Abu Hanifah menjawab dengan satu hujah mengikut logik akal sahaja,
”…percayakah kamu jika melihat sebuah bahtera berlayar di laut bergelora tanpa nahkoda?…”
Maka, dengan melihat badan manusia iaitu diri kita sendiri dari sudut ‘medical point of view’ sahaja, seorang mahasiswa perubatan Muslim akan bertambah imannya. Tetapi dengan satu syarat, belajar dengan niat ikhlas kerana Allah.وَفِي أَنفُسِكُمۡ أَفََلا تُبۡصِرُونَ
“Dan pada diri kamu sendiri, apakah kamu tidak melihat?”
adz-Zaariaat ayat 21
“Dan pada diri kamu sendiri, apakah kamu tidak melihat?”
adz-Zaariaat ayat 21
Mahasiswa perubatan Muslim yang sebenar perlu sentiasa menimbulkan persoalan dalam diri sendiri,”mampukah manusia mencipta itu dan ini…”, sedangkan satu sel pun kita tidak mampu, inikan pula satu badan yang merupakan koleksi jutaan ribu sel yang tersusun rapi. Perlu juga diingatkan, apakah maksud mencipta?
Mencipta maksudnya menjadikan sesuatu daripada TIADA kepada ADA. Adapun ‘ciptaan-ciptaan’ baru yang direka oleh manusia sebenarnya pengubahsuaian sahaja. Ya benar, mereka ‘mencipta’ kapal terbang (benda baru), tetapi kapal terbang itu adalah sekadar hasil pengubahsuaian dan manipulasi terhadap submer alam semula jadi, bijih dijadikan logam, getah dijadikan tayar dan aksesori, pasir dijadikan kaca, dan sebagainya. Perkataan ‘ciptaan’ yang digunakan manusia adalah hanya sekadar majazi sahaja.
……………………………….
Namun begitu, mungkin sahaja selama ini kita belajar bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan tetapi tidak merasakan iman kita bertambah walau sekali pun. Atau mungkin sahaja kita tahu ilmu perubatan ini boleh meningkatkan iman kita tetapi kita gagal mendatangkan ‘rasa’ meningkatnya iman itu. Maka rugilah jika hal yang demikian berlaku kepada kita.
Sekarang, tanya diri anda sendiri,
"adakah aku seorang mahasiswa perubatan Muslim?"
Dan uji serta jawablah pertanyaan anda!!
Nukilan buah fikiran,
saudara Ahmad Ibrahim bin Yahya.
12 comments:
lawa baem punye tulisan jawi... mantap2..
lawa tulisan jawi baem... payah lau nk taip tu...
"merasakan keindahan ciptaan Allah dalam setiap sistem yang ada dalam badan kita" seronok betul bila belajar the structure of human body, in our minds we say : "Subhanallah! La hawlawala Quawwata illa billah! etc..." syukur giler dapat rasa dat kind of feeling... n_n
n jgn. kita lupa pasal confrimation of hadith yg. authentic on formation of human life, kalo pancit nak cari matan dia dlm kitab hadith, bleh rujuk:
http://livingislam.org/n/hfhl_e.html
n also about atheism yg. menolak prinsip creationism, kita bleh tengok dulu camner idea Dr. Richard Dawkins (penulis buku bestseller The God Delusion) dalam buku The Selfish Gene dia (about teori evolution dalam genecology)... cuba personally lawan balik idea2 dia... nak gak dengar hujah muslims yg. able to scientifically rebut balik idea2 dia ni ^_^
coz yg. slalunya rebut tulisan2 dlm buku Dr. Richard Dawkins r creationist beragama kristian *sigh* =(
n rasanya ramai yg. familiar ngan video ni...
http://www.youtube.com/watch?v=zaKryi3605g
n for me the path to be a "mahasiswa perubatan muslim" is not an easy one... =)
p/s - cairoboy, hav i sound like a medical student enough? *rofl
ahmad ashraf zafrullah:
hehe,ya laa my bad.x taaruf dlu,ni laa akibatnye,main taram je.hehe.ya2,u sound gud enuf being a medical student tho.hehe.
nk jadi mahasiswa perubatan muslim mmg bukan benda yg senang.kalau basic dalam semua benda lemah,lemah laa segala2nya.
kadang2 masalah kita bukan xcaye
kite pcaye mlh yakin
tp stakat2 jelah
skadar membenarkan dlm hati..
dgn hati lak makin lame makin gelap
hari2 celup minyak tar
tp rendam cloroc ntah ble
haih~
(mngeluh je keje)
terima kasih kepada yang sudi mensyarah artikel ini.. :)
terima kasih kepada adzim kerana tolong tulis ayat bahasa arab tu..
a.i.y
ceyh,susa2 je org puji arab die.tgk2 azim buatkan.haha.
oo. azim mara tu ye?
bagus2..
aku dah tau sape ali tissot..hehe..
tp ak nak rahsiekan..
;)
patut la xsedap badan..ade org sebut namaku disini..
sape ali tissot baem?
sori..xpandai komen..name kluar ntah pe2..
testing2
Post a Comment