Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Posted by azim On Monday, July 26, 2010 9 comments

Di Sebalik Result

Alhamdulillah result dah keluar. Syukurnya tak terhingga. Memerhati pula respon yang lain. Yang Mumtaz, hati berbunga riang. Tak sia-sia usaha keras selama ini. Sungguh ‘dia’ teringin jadi seperti mereka.. Result hebat, diterima dengan rendah hati tanpa rasa takabbur. Kejayaan diraih, kerana kukuhnya hubungan antara hamba dan pencipta. Mungkin juga kerana kurangnya dosa penghijab ilmu. Juga kerana usaha dan doa yang sentiasa diterima Allah. Dan amal kebajikan yang menambah keberkatan ilmu.



Bile tgk Result....


Begitulah jua, sahabat-sababat Rasulullah. Mereka hebat. Merekalah cerdik pandai.
Mereka juga peniaga berjaya. Pada masa yang sama, mereka juga yang paling kuat qiamullail. Paling banyak melakukan kebaikan. Berjaya menguasai 2/3 dunia bahkan ada dilabel sebagai mubashirin biljannah.

Terukir senyuman. Sama-sama turut gembira. Moga-moga itulah hendaknya. Kejayaan cemerlang, menjulang nama Islam.
Tetapi, dia tertanya-tanya.Bagaimana mereka yang sebaliknya?
Sedih pilu di hati tiada siapa yang tahu.
Luka dikaki sememangnya jelas kelihatan,
tetapi luka dihati hanya Tuhan yang tahu.Dia yakin. Mereka berusaha sepertimana yang lain-lain.Tetapi takdir Allah penentu akhirnya. Kagum pada mereka.Redha dengan ketentuan tatkala yang lain dalam kegembiraan.
Sabar yang seindah-indah sabar. Terus berusaha tanpa putus harap pada-Nya. Tetapi dia terus menanti. Penantian yang tidak tahu bila dan di mana? Result akhir, pengubah segala-galanya. Kerana untuk itu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik.
Walau tahu dosanya menggunung tinggi.











Time Xam...



Kerana inilah satu-satunya peluang untuk terus kekal dalam kebahagiaan. Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan sekarang(dunia), maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya di akhirat neraka Jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. al-Isra’:18 Dan barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik. Al-Isra’:19

Kepada masing-masing (golongan), baik golongan ini yang menginginkan dunia, mahupun golongan itu yang menginginkan akhirat. Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. Al-isra’:20

Perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain. Dan kehidupan akhirat lebih tinggi derajatnya dan lebih besar keutamaannya. Al-Isra’:21


Setiap tahun, debaran hilang kala termaklumnya natijah peperiksaan. Namun, tak sekali –kali baginya debaran untuk yang satu ini berhenti. Kerana ujiannya berpanjangan, nasibnya tak ketahuan. Kadang kala, bila imannya kurang, dia dalam kelalaian. Dia terus berharap. Alangkah gembiranya, jika keputusan itu diterima dengan tangan kanan.



Renungi Surah al-Haqqah melalui tafsir zilal; Selepas itu ia menayangkan pemandangan orang-orang yang selamat; Adapun orang-orang yang diserahkan buku amalannya dan menerima dengan tangan kanannya ia berkata (gembira): Nah! Bacalah buku amalanku ini! Al-Haqqah:19

Sesungguhnya aku sangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku. Al-Haqqah:20

Pemandangan yang ditayangkan itu ialah pemandangan orang yang terselamat pada hari yang amat genting itu. Dia berjalan di celah-celah khalayak yang berbanjar-banjar itu dengan hati yang riang dan gembira, sambil berteriak Nah! Bacalah buku amalanku ini! Dia teringat bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan terselamat kerana dia menduga bahawa dia akan dihisab dan diperiksa dengan rapi.”


Menurut riwayat daripada Abdullah ibn Hanzalah yang digelarkan sebagai 'orang dimandikan
malaikat’ katanya: Sesungguhnya Allah menyuruh hamba-Nya berdiri pada hari Qiamat, lalu ditunjukkan kejahatan-kejahatan yang tercatat di dalam buku amalannya kemudian Allah bertanya, “Adakah engkau melakukan perbuatan ini? Jawab orang itu, “Ya, wahai tuhanku” Lalu Alllah berfirman kepadanya: “Aku tidak akan dedahkannnya kepada umum. Sesungguhnya Aku telah kurniakan keampunan kepadamu.” Maka pada ketika inilah dia berteriak, “ Nah! Bacalah buku amalanku ini! Sesungguhnya aku menyangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku”

Apa sekalipun yang menimpa, dia teringat hadis rasulullah;
Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana – iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya." (Riwayat Muslim).

"BEING MUSLIM, You Have All To GAIN, NOTHING To LOSE !! Whether You Success Or Fail, We Still On Same Page : HUNTING "RAHMAT" from DEITY : ALLAH swt. "

"Maybe I received nohing i wanted.. but I received everything I needed.."


Tapi tidak sesekali lupa. Doa senjata orang mu’min. Lulus cemerlang, kadang kala berkat makbulnya doa orang lain. Doa murni seorang ibu, doa seorang kawan kepada kawannya yang lain. Harapnya, apa ujian yang datang melanda, mereka terus tabah dan cekal. Kerana, insyaAllah lebih ramai yang akan mendoakan kejayaan mereka. Sama-sama mendoakan satu sama lain. Kejayaan dunia dan akhirat. Dan kejayaan akhirat itu pengukur segalanya. Sedang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.”
(Surah Ghafir : 60 ).


La haulawala quwwata illa billah,
AMIRA NAJIHAH BINTI ARMAIN


diedit dan sedikit tokok tambah tanpa mengubah maksud asal atikel..

Thursday, June 10, 2010

Posted by c's On Thursday, June 10, 2010 7 comments

USIA



Melihat, memerhati, memandang.. itu yang kita lakukan setiap hari. Moga-moga yang terbaik adalah kita memandang sesuatu perkara itu dengan pandangan hati. Ainul basirah.

Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersasar, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itulah yang hakiki. Jika hati itu BERSIH.

Banyak perkara tersirat di dunia ini, yang bukan hanya sekadar dipandang sambil lewa.. tidak cukup.. Tapi, pandanglah dengan mata hati yang tajam.

Moga-moga itulah yang membawa kita berfikir tentang hakikat hidup ini. Membawa kita lebih hampir kepada pencipta yang ESA.

Di sana ada seorang tua meminta sedekah. Tangan terketar-ketar, minta dibantu. Dan teruskan perjalananmu, pasti di sana sini, situasi serupa.

Apa bezanya kita dan mereka??

Beza yang amat ketara ialah USIA.

KIta masih muda. Tubuh badan masih kuat. Ingatan masih segar.

Tapi tidak bagi mereka.

Dengan segalanya yang masih sihat, tak sangka kita masih mudah melatah. Kadang kala bosan, kadang kala penat .Seringkali berbagai rungutan yang terdengar.(suara hati)

Apatah lagi dalam fatrah peperiksaan ini, membaca adalah aktiviti utama.Membaca, sesekali menyelak-nyelak helaian yang lain pula( menghitung berapa lagi agaknya perlu dibaca).

Oh..banyak lagi.. rungsing. Tertekan. Akhirnya fikiran melayang.

‘Cepatlah berakhir tempoh peperiksaan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Malaysia sudah melambai-lambai. Keluarga sedang menunggu kepulangan.’ Harapan yang terpendam berlegar-legar di fikiran.

Tidak, jangan begitu. Mengharapkan masa berlalu adalah sama dengan mengharapkan umur kita seiring pergi bersamanya.

Rugi. Sedangkan masa peranannya adalah sebagai modal dalam hidup ini.

Cuba alihkan persepsi kita pada sudut berbeza.

Pasti di sana, kita melihat kebesaran-Nya.

Membaca, memahami dan menghafal. Cukup, ilmu medic sahaja tercungap-cungap kita menggapainya. Tetapi ini hanya sebahagian.

Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka.dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki.(Al-Baqarah:255)


Dan tidaklah Kami berikan kamu ilmu melainkan sedikit. (Al-Isra’:85)


Sedangkan ilmu Allah itu amat luas.

Tolong hulurkan pena..

Dan seandainya, pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambah kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya, niscaya tidak akan habis-habis dituliskan kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Bijaksana. (Luqman:27)


Dan dakwatnya pula..

Katakanlah (Muhammmad), seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.(Kahfi:109)


TAWADUK ,perlu ada pada setiap penunutut ilmu. Hakikat bahawa sedikitnya ilmu yang ada pada manusia.

Bersabar dan gigihlah menuntut ilmu-ilmu Allah. Cuba memerhati dan menelitinya agar akhirnya ilmu itu membawa kita kembali kepada pemilik segala ilmu.

Biarlah ilmu yang bertambah sehari demi sehari ini selari dengan bertambahnya khasyatullah dalam diri.

Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama.(Fatir:35) *orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah.

Moga kita sedar dengan usia yang kita ada. Dan PASTI, PASTI suatu hari nanti kita akan merasai zaman di mana mereka berada sekarang . ( Jika nyawa masih dikandung badan)

Dan ketika itu, pergerakan terbatas, ingatan berkurang..

Dan begitu pula, Allah telah berfirman;

Dan barangsiapa yang dipanjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya. Maka mengapa mereka tidak mengerti ?(Yasin:68)*
Kembali menjadi lemah dan kurang akal seperti anak kecil.

Maka,usia muda yang amat berharga ini, biarlah ia merupakan satu peluang dan kesempatan yang dapat digunakan sebaik-baiknya. Serlahkan POTENSI dalam diri. Jangan mudah menyerah kalah.

Kerana apa yang diharapkan, usia muda ini bermanfaat sebagaimana pemuda-pemuda yang Allah ceritakan dalam kitab-Nya..” INNAHUM FITYATUN AMANU..”

Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al-Kahfi:13).


La haulawala quwwata illa billah,
Amira Najihah binti Armain.

Saturday, April 10, 2010

Posted by faisazli On Saturday, April 10, 2010 13 comments

Mengapa berkahwin????

Memetik hasil tulisan Ustazah Sumaiyah Sulaiman, guru yang juga selaku pembimbingku..moga usaha beliau menyampaikan ilmu bermanfaat mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah SWT..ameen..


perkongsian menarik dan berguna buat sahabat2 merangkap bakal2 pengantin sekalian...insyaAllah.;)





Mengapa berkahwin?
Mengapa perlu menjadi suami isteri?
Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakkan orang
Jawapannya hampir sama sahaja
Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan
Tuntutan naluri semulajadi
Atau hendak menunaikan tuntutan biologi
Kalau tidak, sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini
Atau tidak ada hiburan.
Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang
Maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit
Dan bernilai murahan
Tujuan itu secara tidak disedari
Manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan
Kerana haiwan berkahwin kerana tujuan ini juga
Sama-sama tidak ada cita-cita masa depan
Dan lebih global
Kalau itulah tujuan berkahwin itu
Sekiranya tujuan itu terbantut
Ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal
Apabila ternafi atau terbatal
Hilanglah bahagia, tidak ada hiburan
Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin
Yang tidak diduga, setelah tua
Orang mukmin sejati,
Yang takut dan cintakan Tuhan

Faham maksud perkahwinan
Berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global
Tujuan perkahwinan lebih jauh
Daripada yang dinyatakan
Inginkan mengikut sunnah Nabi
Menghiburkan Rasul
Ingin mendapat zuriat yang banyak, bertaqwa pula
Dapat menyambung perjuangan ibu ayahnya
Agar Islam terus bersambung
Ibu dan ayah dapat pahala
Hasil perjuangan anak-anaknya
Selain itu, suami isteri ada kawan untuk berbincang
Tentang Tuhan, Islam, perjuangan Islam
Tentang nasib umat Islam
Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara




Orang yg menghayati apa yang telah disebut tadi
Ia adalah satu hiburan, kebahagiaan dan kepuasan
Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu
Sudah maklum terjadi sendiri bila ransangan terjadi
Tapi bukan matlamat utama di dalam perkahwinan
Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu
Seperti yang dinyatakan
Orang yang berkahwin
Yang mempunyai cita-cita yang besar
Terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri
Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam
Itu kebahagiaan dan kepuasan
Bahkan satu keindahan
Kalau naluri kurang dapat ditunaikan
Banyak lagi hiburan yang lain
Seperti yang telah disebutkan
Jika kebahagiaan rumahtangga
Terletak pada tuntutan naluri sahaja
Itu orang tidak ada cita-cita besar
Orang yang tidak berpandangan jauh daripada perkahwinan
Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat
Cakar harimau tak payah diajar-ajarkan
Itu sangat memalukan!

Oleh itu jangan dibesar-besarkan
Bukan itu matlamat perkahwinan
Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macamana, bagaimana
Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan
Padahal cita-cita pekahwinan dalam Islam,
Cita-cita yang mahal,
Cta-cita yang murni,
Cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang
Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan
Orang yang bertaqwa itulah hiburan,
Itulah kepuasan, itulah kebahagiaan
Itulah cita-cita umat Islam yang silam
Di dalam perkahwinan
Mari kita anjakkan paradigma kita
Tentang memahami perkahwinan.


"Allah mahu di hari pernikahan seorang lelaki itu, 'kahwinkan' juga hati isterinya itu dengan Allah supaya mereka menjadi isteri yang patuh, taat, hormat, malu dan tunduk dengan suami lantaran hati yang cinta dan takutkan Tuhan..."





















-Semoga para pembaca dan diri ini dapat berfikir dan mengambil manfaat. Apa yang baik kita kongsi bersama-


sumber asal dari sini...

p/s: bittaufik wannajah utk sahabat2 semua dalam short exam trdekat nanti.... oghe klate kato....let's do our best!!






Thursday, April 8, 2010

Posted by azim On Thursday, April 08, 2010 8 comments

Untitled

Sekadar vidoe2 yg tiada makna?




lagu : Pachelbel - Canon in D d(^;^)b















semoga bermanfaat...

Take my advice, i don't used it anyway...

sile ambil pengajaran sendiri ye..
xsuka taip cite panjang2...
lgpn keybod ade prob. certain huruf rosak...

Tuesday, March 23, 2010

Posted by azim On Tuesday, March 23, 2010 0 comments

Rotibasi

beberapa video yg diboleh diambil tauladan..

NEVER GIVE UP THE FIGHT...
tgk kucing ni ...jgn tiru perangai sebegini...



ni pula video kucing(cat) yang berani...




moral : jangan sangka kita tidak mampu melakukan sesuatu yang mustahil...

jangan takut dengan anjing besar... takut la dgn kucing ditepi jalan...


yang ni agak best...




xtau nk komen ape.. pandai2 la ambil pedoman...

Sekian...