Thursday, June 10, 2010

USIA

Posted by c's On Thursday, June 10, 2010 7 comments



Melihat, memerhati, memandang.. itu yang kita lakukan setiap hari. Moga-moga yang terbaik adalah kita memandang sesuatu perkara itu dengan pandangan hati. Ainul basirah.

Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersasar, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itulah yang hakiki. Jika hati itu BERSIH.

Banyak perkara tersirat di dunia ini, yang bukan hanya sekadar dipandang sambil lewa.. tidak cukup.. Tapi, pandanglah dengan mata hati yang tajam.

Moga-moga itulah yang membawa kita berfikir tentang hakikat hidup ini. Membawa kita lebih hampir kepada pencipta yang ESA.

Di sana ada seorang tua meminta sedekah. Tangan terketar-ketar, minta dibantu. Dan teruskan perjalananmu, pasti di sana sini, situasi serupa.

Apa bezanya kita dan mereka??

Beza yang amat ketara ialah USIA.

KIta masih muda. Tubuh badan masih kuat. Ingatan masih segar.

Tapi tidak bagi mereka.

Dengan segalanya yang masih sihat, tak sangka kita masih mudah melatah. Kadang kala bosan, kadang kala penat .Seringkali berbagai rungutan yang terdengar.(suara hati)

Apatah lagi dalam fatrah peperiksaan ini, membaca adalah aktiviti utama.Membaca, sesekali menyelak-nyelak helaian yang lain pula( menghitung berapa lagi agaknya perlu dibaca).

Oh..banyak lagi.. rungsing. Tertekan. Akhirnya fikiran melayang.

‘Cepatlah berakhir tempoh peperiksaan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Malaysia sudah melambai-lambai. Keluarga sedang menunggu kepulangan.’ Harapan yang terpendam berlegar-legar di fikiran.

Tidak, jangan begitu. Mengharapkan masa berlalu adalah sama dengan mengharapkan umur kita seiring pergi bersamanya.

Rugi. Sedangkan masa peranannya adalah sebagai modal dalam hidup ini.

Cuba alihkan persepsi kita pada sudut berbeza.

Pasti di sana, kita melihat kebesaran-Nya.

Membaca, memahami dan menghafal. Cukup, ilmu medic sahaja tercungap-cungap kita menggapainya. Tetapi ini hanya sebahagian.

Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka.dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki.(Al-Baqarah:255)


Dan tidaklah Kami berikan kamu ilmu melainkan sedikit. (Al-Isra’:85)


Sedangkan ilmu Allah itu amat luas.

Tolong hulurkan pena..

Dan seandainya, pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambah kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya, niscaya tidak akan habis-habis dituliskan kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Bijaksana. (Luqman:27)


Dan dakwatnya pula..

Katakanlah (Muhammmad), seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.(Kahfi:109)


TAWADUK ,perlu ada pada setiap penunutut ilmu. Hakikat bahawa sedikitnya ilmu yang ada pada manusia.

Bersabar dan gigihlah menuntut ilmu-ilmu Allah. Cuba memerhati dan menelitinya agar akhirnya ilmu itu membawa kita kembali kepada pemilik segala ilmu.

Biarlah ilmu yang bertambah sehari demi sehari ini selari dengan bertambahnya khasyatullah dalam diri.

Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama.(Fatir:35) *orang-orang yang mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan Allah.

Moga kita sedar dengan usia yang kita ada. Dan PASTI, PASTI suatu hari nanti kita akan merasai zaman di mana mereka berada sekarang . ( Jika nyawa masih dikandung badan)

Dan ketika itu, pergerakan terbatas, ingatan berkurang..

Dan begitu pula, Allah telah berfirman;

Dan barangsiapa yang dipanjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya. Maka mengapa mereka tidak mengerti ?(Yasin:68)*
Kembali menjadi lemah dan kurang akal seperti anak kecil.

Maka,usia muda yang amat berharga ini, biarlah ia merupakan satu peluang dan kesempatan yang dapat digunakan sebaik-baiknya. Serlahkan POTENSI dalam diri. Jangan mudah menyerah kalah.

Kerana apa yang diharapkan, usia muda ini bermanfaat sebagaimana pemuda-pemuda yang Allah ceritakan dalam kitab-Nya..” INNAHUM FITYATUN AMANU..”

Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Al-Kahfi:13).


La haulawala quwwata illa billah,
Amira Najihah binti Armain.

7 comments:

muhasabah!! T_T

terima kasih sahabat ^^

"Cukup, ilmu medic sahaja tercungap-cungap kita menggapainya" muhasabah diri..

tawakallah dari mula helaian pertama buku dibuka hingga ke akhir natijah"

"cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung"amin..

nasihat yg sgt berguna....thnx... :)

masih sempat memberi manfaat pada orang.. moga Allah sahaja memberi balasan....
iA sama2 najah..
"mumtaz dunia & akhirat"

Muhasabah:
1) Bandingkan pen dan dakwat yang telah digunakan untuk menulis ilmu medic pula..

2)Jangan sembunyikan Al-Quran itu dari diri. Membaca tetapi tidak memahami.Sedangkan ramai yang memeluk Islam kerana meneliti Al-Quran itu sendiri.

p/s:syukran ayid tapi tidak perlu memuji seorang hamba yang tiada apa-apa kerana 'Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya'(Al-Ikhlas:4)

em,alhamdulillah..pndangan hati e2 yg hakiki.sebaiknya pandangan yg menjana otak utk kite sentiasa berfikir ttg setiap hikmah kejadian.
*miyalemon*

Post a Comment