Sunday, November 29, 2009

Posted by cairoboy On Sunday, November 29, 2009 12 comments

Aku seorang mahasiswa perubatan Muslim? (part 1)


Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, jumlah pelajar perubatan di Mesir meningkat secara mendadak dalam masa yang amat singkat sehingga mencapai sejumlah lebih kurang 3000 orang. Secara kasarnya matlamat yang sering dicanang-canang oleh pihak tertentu dengan penghantaran mahasiswa perubatan secara pukal ke Mesir adalah melahirkan lebih ramai Doktor Melayu Muslim.

Perubatan Mesir sering dikaitkan dengan Doktor Muslim atau Profesional Muslim. Namun, kuantiti tak pernah menjamin kualiti. Realiti yang berlaku sekarang, membuktikan jumlah mahasiswa yang ramai tidak mampu membentuk satu bi’ah yang positif, malah sebaliknya mewujudkan biah negatif pula. Budaya ‘exam-oriented’, ‘peselam’, budaya ‘tak gi kelas pon takpe’, ‘tak pedulisme’, dan kebejatan sosial yang berlaku. Begitu juga budaya ‘gaduh fikrah’, ‘siapa lagi hebat?’, ‘jamming’ tak tentu arah, gila movies dan game. Layakkah mahasiswa perubatan Mesir dikaitkan dengan penghasilan doktor Muslim atau Doktor Da’ie?

…………………………………………

Di satu sudut lain pula, kerana sering dikaitkan mahasiswa perubatan Mesir dengan Doktor Muslim/Da’ie, kita sering mendengar ramai di kalangan kita berkata, “kita ingin menjadi doctor Muslim”, “kita adalah doctor da’ie”, “kita adalah pejuang agama Allah”, “kita perlu hebat dalam pengajian agama sampai jadi doktaz”, “kita itu, kita ini, kita perlu jadi itu dan kita perlu jadi ini..” dan seumpama dengannya.

Namun, adakah kata-kata itu keluar dari mulut mereka dengan jujur dan ikhlas dalam keadaan mereka waras akal fikiran? Adakah kata-kata itu datang dari hati yang didahului dengan akal fikiran? Adakah kata-kata itu didahului dengan ilmu? Adakah diri mereka bertepatan seperti apa yang mereka katakan atau canang-canangkan? Atau mereka hanya menukilkan kalam-kalam yang diturunkan dari senior-senior atau naqib-naqib(ah) mereka tanpa sedar apa yang mereka katakan itu? Atau ia hanya sekadar nukilan daripada tulisan-tulisan pengarang pilihan mereka tanpa kefahaman matang tentang penulisannya berdsarkan ilmu?

…………………………………..

Maka, saya bertanya kepada diri sendiri, “Adakah aku seorang mahasiswa perubatan Muslim?” dan rentetan dari itu, satu soalan lagi, “Apakah dan siapakah sebenarnya mahasiswa perubatan Muslim?

……………………………………

Melihat gejala ini, perlu ada di sana satu usaha untuk menetapkan kembali hala tuju kita, umumnya sebagai Mahasiswa Muslim dan khususnya sebagai mahasiswa perubatan Muslim. Perlu juga kita ketahui apakah sahsiah sebenar seorang mahasiswa perubatan Muslim berjaya, seterusnya apakah langkah-langkah ke arahnya.

Akhir sekali, kita akan mengetahui peranan kita yang sebenar dan realistik. Melihat gejala ini, marilah kita renungkan kembali diri kita dan rakan seperjuangan kita, seterusnya masyarakat sekeliling kita.

Melihat gejala ini, marilah kita fikir bersama apakah sahsiah yang patut kita amalkan sebagai mahasiswa perubatan Muslim.

Melihat gejala ini, marilah kita tetapkan priority kita, dan atur langkah kita ke hadapan berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Melihat gejala ini, janganlah kita sekadar melihat sahaja. Belajarlah, berfikirlah, bekerjalah dan mulakan langkah anda!!


Nukilan buah fikiran
saudara Ahmad Ibrahim bin Yahya

Tuesday, November 24, 2009

Posted by [amiza malik] On Tuesday, November 24, 2009 12 comments

Akhawat terabai di Ahsan Nas


Get your own Poll!




Ok, saja-saja nak tahu pendapat ramai

C:

Btw, terima kasih la sapa-sapa yang menyapot saranan ber-twitter.

Sunday, November 22, 2009

Posted by [amiza malik] On Sunday, November 22, 2009 5 comments

Keep updated!

Mungkin ramai yang sudah tau apa itu twitter. Bukan twister yang makcik ni suka minum. Bukan itu yang ku maksudkan. hehe sengihnampakgigi

Twitter ialah laman social microblogging yang semakin popular sejak akhir² ini. Fungsinya ringkas saja, anda boleh mengemaskini status anda kemudian berkongsi dengan rakan² atau followers anda. Anda boleh tinggalkan mesej pendek di twitter seperti 'saya mengantuk. nak tido ni’ , 'saya baru bangun tido’, ’saya rasa blog penyubiru ni best. sila ke penyubiru.blogspot.com' dan sebagainya.

Bagi follower pula (kebiasaanya terdiri dari rakan² anda dan bloggers) akan dapat membaca mesej anda itu dan juga boleh membalas mesej tersebut jika mahu. Nampak seperti cam chatting, tapi ia bukan platform tuk chatting. Just hantar mesej pendek² je tuk bagitau status anda. Sekurangnya kekawan anda tau apa yang sedang anda lalui.

Anda hantar satu mesej, seme followers anda akan dapat baca mesej tersebut. Kira satu mesej untuk semua la.

Contohnya, pagi ini aku tidak dapat update blog. Bagi "peminat" blog ni, tentu tertanya² kenapa aku tak update blog. Sebagai blogger yang mempunyai "peminat" yg ramai, aku kena bagitau status aku kenapa aku tak update blog. hehe...


Camne nak sertai twitter?


Masuk saja twitter.com dan daftar. Boleh juga invite rakan² dari kenalan email anda. Kalau dah sertai, anda boleh mula follow orang lain dahulu dan kemudian mencari followers pula.

*************************

ok ni di copy paste dari SINI


NI KEMPEN NAK AJAK KORANG TWITTER TO CATCH UP DENGAN KAWAN-KAWAN ESP MEMBER LAMA. ATAU UNTUK BAGITAW KAT SEMUA ORANG YANG MAKCIK MUGAMMA' TU MOOD SWING HARI NI SO TAKYA G BUAT VISA.KALAU NAK IMPOM SORANG2 LETIH LA.

KALAU KORANG NAK UPDATE TWITTER VIA HP, SENANG AJA.DICAJ HARGA MALAYSIA. SILA IKUT BEBERAPA LANGKAH RINGKAS YANG TERDAPAT DI GLADLYCAST NI

SECARA RINGKASNYA, FUNGSI DIA MACAM STATUS YM/FB SAJA, TAIp DIHANTAR KAT SEMUA ORANG DALAM SENARAI FOLLOWERS KORANG. SENANG HANTAR SATU JE SEMUA ORANG TAHU. MACAM STYLE YAHOO GROUP LA.


kalau dah register twitter, add la saya,

berkenalan lah dgn LELAKI INI (hihi, jgn kontroversi2 ya)


dan juga budak2 tidak aktif ini: (sori la selamba promot)


puteri menyembunyi, budak comel, perempuan sajak,

charlie d cokelat factory, kawan lama i, budak kisas,


dan ramai lagi. tapi tak tahu nak cari mana. atau ada cadangan nak buat twitter batch pula?

slmt ber twitter kawan-kawan!

Saturday, November 14, 2009

Posted by c's On Saturday, November 14, 2009 0 comments

Siapakah yang menjadi pilihan hati?

Salamullahi alaik

Ini ada permintaan untuk kami postkan survey untuk pilihanraya yang semakin hangat. Yang penting kredit untuk blog Madsha dan blog Kak Rem.




Tips: bagaimana ambil kod tersebut? Bukan dengan berkomplot dengan Madsha @ membakar Kak Rem, tapi dengan;
1. Tekan serentak ctrl+U untuk view sources
2. Tekan serentak ctrl+F untuk find
3. Type kata kunci yang membawa kepada kod widget tersebut
4. Boleh ctrl+V untuk paste, dan adjustlah di blog.

Inginkan penambahan calon untuk posisi ini? Sila kemukan cadangan~ kalau nak calonkan Tahun 3 juga ke
Mahukan poll untuk di kalangan batch kita yang bakal-bakal naik? Boleh PM kami, admin! :D

Sekian terima kasih.

Friday, November 13, 2009

Posted by c's On Friday, November 13, 2009 16 comments

Vote for your favor!

Salamullahi alaik,
We, the admins want to do some make over the blog n we r seeking for a template which suits most to it.

Thus, kindly view all these selections, n vote for ur favor via poll bellow.

For any extra comments such as, i love this template, but plz make this wider, blabla.. kindly drop your comment

TQ!


Click the image to view demo


Girly Nature


Tarantino


Fresh Citrus


Wind Cries Mary


Tuesday, November 10, 2009

Posted by [amiza malik] On Tuesday, November 10, 2009 5 comments

Pengumuman yang pasti mengujakan kalian

Bismillah.

Satu berita gembira. Cuti Raya Haji dah diketahui melalui Dr. Faysal (Patho). Maka dengan ini, saya penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh cuti bagi kanak-kanak Sekolah Perubatan Kasr El-Ainy (juga sekolah-sekolah yang lain termasuk Bu3uth) adalah bermula pada 26 Nov sehingga 5 Dec.

Cuti ini seragam satu Mesir kerana ia merupakan arahan daripada kerajaan Mesir. Ucapkan terima kasih pada wabak H1N1 kerana menular dan membimbangkan kerajaan sehingga kita terpaksa diberi cuti sedemikian lama. Jika wabak ini semakin dasyat, mungkinkah cuti winter kita terpaksa digandakan dari 2 minggu kepada 4 minggu?

Adalah dinasihatkan kepada ibu bapa untuk menjaga tingkah laku anak-anak dan memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kegiatan lagha sepanjang cuti berlangsung. Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bersiar-siar ke mana jua, hatta pulang ke kampung halaman(rumah-rumah negeri di Madinah Nasr) adalah dinasihatkan untuk membawa bersama buku-buku pelajaran dan mengingatkan anak-anak untuk mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan tengah tahun semakin tiba. Pastikan tahap ketagihan MukaBuku mereka berada pada paras terkawal.

Ouh juga pengetua sekolah ada berpesan supaya jangan nak mengada extend cuti lama-lama. Sedarla ita banyak lagi syllabus perlu di-cover. Ok sekian berita, harap maklum.


Pesanan penaja: Hati-hati dengan masa lapang.

Saturday, November 7, 2009

Posted by aiyqosim On Saturday, November 07, 2009 14 comments

Permulaan Baru

Bismillahirrahmanirraheem


Assalamu'alaykum wbt


Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w Rasul Tercinta


Ahsan Nas mengucapkan Selamat Datang kepada anda semua


Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum



Untuk pengetahuan semua ahli MediCairo 07 dan pembaca lain, blog ini sebenarnya tidak dibuka secara rasminya sehinggalah hari ini, 7 November 2009, selepas daripada pengumuman pembukaan daripada Ketua Batch kita, saudara Ijud. Selepas perasmian blog ini, akan diumumkan barisan moderator bagi blog ini. Tidaklah diwujudkan blog ini melainkan atas sebab-sebab dan munasabah seperti yang telah diberitahu dalam entri pertama blog ini.


Ada pun entri-entri sebelum tarikh hari ini, telah dipost oleh satu individu yang bertanggungjawab membuka blog ini secara tidak rasminya. Dan juga link blog ini yang tersebar sebelum daripada tarikh ini merupakan link-link peribadi yang tidak rasmi, bukan mewakili MediCairo 07 mahupun moderator blog.


Menjadi Harapan Ahsan Nas supaya blog ini menjadi medium positif untuk berkongsi maklumat dan thaqafah dalam kalangan ahli MediCairo 07.


Mohon maaf di atas ralat yang berlaku. Shoutbox sebelum tarikh hari ini juga telah dipadam demi kemaslahatan semua pembaca. Manfaatkanlah medium ini melalui moderator yang dilantik, semoga amalan kita diterima Allah sebagai amal soleh pembawa kita ke syurga insyaAllah...


Berikut adalah jadual kelas Tahun 3 Malizi Cairo University sebagai permulaan segar bagi kita semua.


LECTURES & PRACTICAL CLASSES FOR THIRD YEAR STUDENT

FACULTY OF MEDICINE CAIRO UNIVERSITY


Sunday

8-10

Pharmacology

Practical

10-12

Pharmacology Lecture


Monday

8-10

Pharmacology

Practical

10-1

Pharmacology

Lecture

1.30-4.30

Pathology

Lecture

Tuesday

8-10

Parasitology

Lecture

10-12

Parasitology

Practical


Wednesday

7-11

Pathology Histo pathology

Pathology Practical

Museum

11.30-2.30

Pathology Lecture


Thursday

9-12.30

Microbiology Lecture

12.45-2.45

Microbiology

Practical



Kenali diri anda

Kenalpasti kemampuan anda

Ketahui dan patuhilah prioriti anda


Sentiasalah Tajdid & Ta'adud Niat



Unity is Strength