Tuesday, April 19, 2011

Mim Aliff Lam Sin, ubatnya?

Posted by mohd hazwan bin mohd salleh On Tuesday, April 19, 2011 2 comments



FORENSIC is interesting I guest…enjoy this video by the way of studying fingerprints.



Subhanallah. Medic is the complete package of life. From embryology we learned till death. DEATH is dedicated to forensic. Thank you MEDIC. Remembrance of death is a must for us.

How about medical malpractice?
Do we?




Can we?




Doctor’s life is like others too…



How about this?


So now, could you please take a minute to think all about.. Lastly All the best for becoming final exam!

SEKADAR PERINGATAN RINGKAS UNTUK DIRI SENDIRI DAN KAWAN-KAWAN..

MALAS…TIADA SEMANGAT….

Hakikat PERASAAN… semua orang ada perasaan marah, suka, sensitif, sedih, pilu, excited, rajin, malas dan lain-lain lagi. Semua itu adalah symptoms yang akan menjadi tonjolan dan tontonan umum orang di sekeliling kita.


Cuma nak strictkan pada perasaan malas.. Saya yakin semua orang ada perasaan ini cuma kadar peratusan dan tindakan yang berbeza.

1.Ada orang,bila malas layan ja la perasaan malas tu..

2.ada orang, bila malas datang aja, shuh2 pi jejauh.. aku ada kerja.

3.ada pula manusia ini beranggapan, nak buat macam mana, aku ni memang pemalas la.

Macam-macam la persepsi kita-kita ni..
Kita ni malas buat apa? malas beribadat? malas mandi? malas makan? malas study?

TETAPI ingat kawan-kawan ,kalau kita boleh bagi analgesic untuk symptom pain, kita juga blh bg anti PEmalas…MALAS masih ada ubatnya.


Ubat itu ada dalam hati kita..

1. Doa untuk penyakit malas adalah ayat qursi. Bila kita rasa down, banyakkan beristighfar, berselawat dan baca doa ini. Jangan gopoh dalam berdoa.

2. Sentiasa ingat untuk tajdid niat atas apa yang kita akan lakukan. Bila adanya niat, akan timbullah tujuan dan semangat untuk menggapai tujuan itu.

3. Yakinlah dengan bantuan Allah, where there is a will, there is a way..

4. Elakkan rehat yang terlalu lama, kerana alah bias, tegal biasa.

5. Kongsilah masalah-masalah yang mengganggu fikiran kita dengan sahabat kita sekurang-kurangnya akan meringankan kotak fikiran kita.

6. Kerapkan menelefon mak ayah di Malaysia. Setiap kali kita telefon, minta mereka doakan untuk kita. Betapa kudusnya doa seorang ibu terhadap anaknya.


MASA ITU BUKAN EMAS..klu emas kumpul duit banyak-banyak kita boleh beli. Untuk itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Hidup ini tidaklah lama. Dunia sudah semakin tua. RAJINKAN diri untuk perbanyakkan amal-amal yang dapat menjadi bekal di akhirat kelak.

Di samping belajar ilmu medic ini, eloklah kita tambahkan ilmu-ilmu agama kita. MEDIC is one way of our ibadah. Sentiasalah berfikir semasa meniti buku2 medic ini kerana di dalamnya terdapat banyak ilmu2 ukhrawi. ~BOOKWORM~

Bila seorang mukmin itu belajar kerana Allah, semua ujian diterima dengan reda. Semua keadaan dihadapi dengan tenang kerana dia tahu Allah itu sentiasa bersamanya, walau di mana, dalam keadaan mana sekalipun.YAKIN lah dengan ALLAH..pencipta kita yang tahu segala-galanya pasal kita.

BILA kita rasa kita tak sehebat mereka, sebenarnya mereka juga senyap-senyap melalui detik-detik genting seperti kita. Oleh itu, ketahuilah, semua kawan-kawan di sekeliling kita, yang belajar seperti kita, yang duduk sebelah kita di dalam kuliah, semuanya sedang berperang dengan diri sendiri untuk menghadapi penyakit MALAS ini.

Mereka berperang,kita juga mampu berperang dengan perasaan ini.

KITA SEMUA BOLEH!! UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG!!

Coretan yang tersangat biasa daripada :
Wafaa binti Mohamad
Timb Setiausaha Batch sesi 2010/11

2 comments:

stelah bace ntah bpe kali br rase mlekat skit..
jzkk

Post a Comment