Thursday, April 28, 2011

We Are Real Doctors

Posted by mohd hazwan bin mohd salleh On Thursday, April 28, 2011 3 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Sihatkah semua? Cuba sentuh hidung, cuba sentuh tangan dan cuba sentuh kaki. Masih sempurna bukan? Alhamdulillah :)

Masih ingat tentang WARD?
Ya, WARD yang itu.

Dah lama bukan? Walaupun seolah kelambatan untuk memperkenalkan WARD secara rasminya di blog kesayangan kita ni, tapi tak mengapa, sebabnya WARD ini bersifat chronic dan bukannya acute.

Apa sebenarnya WARD ini?

WARD = We Are Real Doctors

PENGENALAN

Kita adalah antara pelajar Islam Malaysia yang beruntung kerana dihantar ke bumi yang bertuah ini, bumi tumpah darah para nabi dan bumi ilmuan serta cerdik pandai.
Keberadaan kita sebagai penuntut ilmu perubatan di bumi mesir hanya tinggal tidak lebih dari tiga tahun.

Setelah beberapa tahun belajar medik adakah kita rasa kita mampu bersaing mahupun seiring dengan pelajar di bumi lain terutamanya Malaysia?

Jadi dengan ini, beberapa inisiatif diambil untuk menggilap kembali permata yang ada seterusnya melahirkan doktor mukmin yang cemerlang dari segi ilmu dan sahsiah agar dengan usaha sedikit ini menjadi wasilah untuk kita menyampaikan dakwah.




Jelas bukan?

Sekaligus, WARD membawa misi besar iaitu:

1- Melahirkan mahasiswa yang bersedia dan merasakan diri sebagai doktor
2- Menyediakan medium untuk melatih kemahiran berinteraksi dan mengasah kebolehan menganalisa data
3- Mewujudkan suasana bersaing secara sihat
4- Menghasilkan mahasiswa yang belajar memahami bukan sekadar menghafal
5- Menguasai semua ilmu yang telah dipelajari sebelum ini

Sepanjang beberapa bulan ini, pelbagai aktiviti telah berjalan dan sedang berjalan.

Apakah itu?

Ingatkah anda semua tentang forum pendek kita dulu?

Ya, forum yang mengetuk kita yang masih malas dan beku, serta seolah masih tak sedar diri yang kita sebenarnya pelajar perubatan Islam yang masih berbaki hanya beberapa tahun saja lagi.

Salah satu aktiviti WARD yang masih berjalan sehingga kini adalah ‘case presentation’. Ini tak lain tak bukan untuk menambah penguasaan kita sendiri selaku pelajar perubatan tahun 4 untuk kepada common cases yang ada.

Sememangnya, ini juga merupakan salah satu cara ‘revision’ bagi kita bukan? Tahun 3 yang lama ditinggalkan dan juga sebagai bentuk ulang kaji subjek bagi round sebelum-sebelum ini.

CEMERLANG DEMI AGAMA

Belajar demi agama..

Dah banyak kali sangat dengar kan?

Tapi, pernah sekali terdetik tak untuk memahaminya?

Sama-samalah kita, belajar demi Allah. Kalau kita benar-benar yakin bahawasanya Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNya, bahkan apa saja yang Allah kurniakan kepada kita adalah yang terbaik buat kita, pastinya kita takkan pernah merungut bukan?
Inilah yang Sheikh Rahimuddin pernah sebut “syurga sebelum syurga”

Kalau ditakdirkan kita mendapat kejayaan, lafazkan kata syukur. Alhamdulillah.
Sesungguhnya ini semua dari Allah. Itu pasti yang terbaik untuk kita. Memberi kita ruang dan peluang untuk membantu agama Allah ini, insyaAllah.

Kalaulah ditangguhkan kejayaan tersebut, itu pastinya terbaik juga untuk kita.

Percayalah!

Cuba duduk sekejap dan renungkan masa-masa kita yang dulu, banyak sangat peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, yang mungkin kita tak pernah rancang dan idamkan pun, tetapi, ditakdirkan berlaku.



Kenapa?

Cuba lihat dan tengok diri kita sekarang, sekurang-kurangnya kita masih menjadi manusia yang ingat Tuhan dan menjadi manusia yang sedar tugas sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi Allah ini kan?

Itu pun nikmat kan? :)

Kita adalah ummat yang hebat. Kita ummat yang terpilih.
Tunjukkan kepada dunia seluruhnya bahawa ummat Islam bukan jumud dan pasif, tunjukkan kepada mereka bahawa kita ummat Islam bermaruah.

Oleh yang demikian, perlulah kita tekadkan dalam diri setiap kali menuntut ilmu, bahawasanya wajib ke atas kita berusaha sehabis baik kerana ummat Islam perlukan kader professional yang hebat! Dan sedarlah bahawa calon professional yang hebat itu adalah KITA SEMUA!

Walau apa pun halangan menimpa, jangan pernah alah padanya. Ayuh nyalakan obor gemilang untuk masa depan Islam yang cemerlang.

‘Qoute’ kata-kata Pengarah WARD, Saudara Izzuddin Nadzif,

“Kalaulah orang bukan Islam yang belajar untuk diri mereka sendiri, sanggup berusaha 1000 kali menempuh kegagalan untuk meraih kecemerlangan, apatah lagi kita orang Islam yang belajar kerana Allah. Sepatutnya, kita mesti lebih bersedia dari mereka untuk berusaha 1000 kali tanpa pernah risaukan kegagalan.”


Semoga bermanfaat.

Selamat belajar dan berusaha.
Kerja-kerja juga, belajar jangan lupa :)

Hamba yang hina,
Izzah.

3 comments:

syukran kpd izzah
such a nice article
nk tmbh skt..

Real Doctors (RD) adalah satu organisasi khas yg ditubuhkn bwh ketua batch utk sbg satu usaha utk melengkapkan diri mahasiswa perubatan utk menjadi doktor yg sejati pd masa akn dtg (Real Doctor)

antara pkara penting di dlm RD adlh
1-Case Clinical (yg sdg berjalan)
2-sbg teras kecemerlangan ahli batch
(utk selesaikan permasalahan sama ad dgn JPA, EM n Universiti eg- memorandum dsb)
3-ap shj usaha yg boleh melengkapkan diri ke arah doktor yg hebat eg- motivasi, forum, kempen...

antara penggerak utama
-izzuddin nadzif
-amir firdaus
-khairul imdad
-hazwan salleh
-izzuddin subari
-khairul farhan
-izzah nathir
-aisyah idrus

sorry if it sounds exaggerated, hny skdr usaha kecil utk penambahbaikan kualiti gen 7..

p/s-tba2 terjumpa link real doctors..huhu

Post a Comment