Wednesday, December 22, 2010

Posted by azim On Wednesday, December 22, 2010 5 comments

PERUBATAN : Calon Gen 7

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Walaupun dah terlewat, hanya tinggal 2 hari shje lg untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2010/2011, tp sbg menyokong usaha calon2 gen 7 yg berkhidmat dalam PERUBATAN, entry khusus kpd calon2 berkenaan sbg tanda penghargaan kpd mereka...


so, STP(straight tu Poing) berikut adalah calon2 gen7.. (sori, post cincai2 je)




Mohd Khairul Imdad bin Mohd Yusoff

Pengawas Smap Kajang
Exko Kebajikan 2009/2010
bnyk jawatan yg dipegang semasa biro kebajikan
Exko Perumahan(perubahan?) 20102011
Ajk PSMB
Syaah Brother
xtau.. sbb xdpt maklumat..
memakai jam Titus President

Berketerampilan dan tegas
suke tolong orang(plg mencabar tolong org angkat brg tuk pindah rumah)
sikap rendah diri dan mudah bergaul
mampu mengawal situasi yang panik
kaunselor yg mantap
petah berbicara dan bertoleransi, komunikasi skill.
berpandangan jauh dan berjiwa BESAR(JERUNG)
bersama Fahim dan Tong 3 serangkai FIT(fahim imdad tong)


MENGERAT KEBERSAMAAN



Mohd Khairul Farhan bin Khairuddin

anak sulung
bdk RMC
suke main basket
seorang yg aktif dalam klas
ajk sinai 2010
ketua jab galeri bpp
ajk MTK
ajk yahoo Pangsung

seorang berprinsip dan tegas (tp happy go laki)

Be Professional



Nurhelmi Lukhman

Zaman Sekolah :

Bola Sepak Kebangsaan
Ragbi Kebangsaan
Olahragawan SDAR
Ketua Umum SDAR

Zaman Mahasiswa :

Berbadan segak
Bermotor bergaya menawan(bleh race ngan damak mase g miting)
Sentiasa happy dan relax cool
Bijak berkata-kata
Ketua Budak Mara(kaherah gen7)
AJK Relawan setiap program PERUBATAN
AJK Pengangkutan setiap program PERUBATAN
AJK YAHOO! At Pangsun
AJK Raya Korban PERUBATAN
Pengarah Program LIFE 2009
Pengarah jaulah Matruh Siwa Ikwah 2010. =p
Pengarah Program Mesyuarat Tahunan Kaherah
Pengarah Program Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN

Apa lagi yang warga PERUBATAN mahukan? bukankah ini lelaki idaman yang dicari dan diidamkan PERUBATAN???

Undilah Nurhelmi Lukhman a.k.a Mentol!!!
(sori yg xberkenaan)

maklumat lengkap jumpe kat FB.. kredit tu baem






Nama : Mohd Hilmi Mohd Hatta
Asal : Kelantan Darul Naim
Tarikh lahir : 4 Mei 1988
Sekolah terakhir : Maahad Muhammadi Lelaki
Berat : 64 kg
Tinggi : 175 cm
Anak ke : 1 dari 7
Rumah : Bait Shiro,Hayyu Sabie'

Penglibatan dalam PERUBATAN :

1-Ketua Biro Ekonomi PERUBATAN sesi 2010/2011
2-Pengarah PSMB Al-Azhar & Ain Shams 2009
3-Panel Perancang Ain Shams Family Day (ASFAD) 2010 PERUBATAN
4-AJK unit R&D Mentor Council PERUBATAN 2009
5-AJK unit Operasi Jabatan KeselamatanSosial Islam (JAKSI) 2010
6-AJK unit Perhubungan Program Pengenalan Islam II 2009




Nama: MOHAMED KHALIQ BIN ISA
Tarikh Lahir: 17 JUN 1988
Asal: KUALA LUMPUR
Pengajian:

SK WANGSA MELAWATI
SMA KUALA LUMPUR
DARUL QURAN KUALA KUBU BHARU
PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
UNIVERSITI AIN SHAMS

Hobi: MENDENGAR MUZIK & BERIADAH
Tokoh kegemaran: TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
Kata-kata hikmat (falsafah):

LOVE OF THE GAME…IS JUST HAVE A STRONG PASSION FOR THE GAME….
IF YOU HAVE A LOVE FOR THE GAME , OR LOVE FOR SOMETHING, YOU DON’T GO EXTRA MILES TO MAKE IT WORTH….

Pencapaian akademik:
TAHUN 1 JAYYID
TAHUN 2 JAYYID JIDDAN
TAHUN 3 JAYYID JIDDAN

Pencapaian KokUrikulum:
NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENEMBAK KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN
JOHAN NASYID MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI 2004
JOHAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI 2004
JOHAN NASYID ANTI-DADAH PERINGKAT NEGERI 2003

Pengalaman Kepimpinan & Pengurusan:

KETUA UMUM SEKOLAH 2005
KETUA LAJNAH PERHUBUNGAN DAN AKTIVITI LUAR IQ-RAC 2006
EXCO AKADEMIK PERUBATAN JAWATANKUASA PENGHUNI DMAK 2009-2010
AJK BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR 2010
PENGARAH CAIRO SPORT DAY 2010
MENTOR SC PERUBATAN 2010
KETUA UNIT PERHUBUNGAN MESYUARAT TAHUNAN KAHERAH 2010

ntah sape... azizul kot...

ni sorang lg calon President
Damak(syafiq Hamdani.)


Akhowat plak..


Siti Nur Redzuani Shafei



Penglibatan mase sekolah

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,
PENGERUSI PANDU PUTERI,
TEMPAT KEEMPAT KUIZ BAHASA ARAB PERINGKAT SBP,
TEMPAT KETIGA FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH,
PEMAIN BOLA JARING DAN BOLA BALING,
SETIAUSAHA PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI,
FRIENSHIP TRAIL PANDU PUTERI,
PERKHEMAHAN PERINGKAT DAERAH PANDU PUTERI

sekolah asal bpi batu rakit pencapaian:9A PMR,12A SPM






Aimi Athirah Azmi Murad



Timb Exco Biro Ekonomi 08/09/10
Timb S/U Agung 10/11
Timb Pengarah PSMB 2010
Timb Pengarah PWtC 2011

Kepimpinan terserlah..
Kreadibiliti terwibawa..
Tiada keraguan..Satu kepastian..

“Meneruskan kesinambungan, menjana transformasi PERUBATAN”..~

Vote 4 Aimi Athirah Azmi Murad..!!
[BAKAL Timb Presiden PERUBATAN 2011/2012..iA..]



Antara penglibatan beliau:-



PERUBATAN

~ajk Perhubungan dan TTK sambutan AIDILADHA

~ajk Disiplin dan Protokol LIFE

~EKsekutif dokumentasi Mesyuarat Tahunan Kaherah

~kartunis Biro Penerangan dan Penerbitan

~penolong Ketua Batch Geno9 Cairo universiti 2010/2011

~timbalan mentor sc tahun 1 PERUBATAN

~sha'ah? sister B-Home Perubatan

~pembimbing rakan sebaya KISAS

~ajk jawatankuasa pilihan raya (MT Geno9), Gala Dinner Geno9



PENCAPAIAN



~tahun 1 cairo u-MUMTAZ

~Anugerah Ikon Batch, Gala Dinner Gen09 2010

~Juara Kuiz Medicophilic Week Perubatan 2010





Radin rahmah Radin Monawir



timb.exco BPP 2008-2010
timb. bendahari kehormat 2010/2011
ahli panitia perancang
panel akdemik tuk PWtC 2011
ajk protokol mtk 2010



pencapaian sekolah
Debat Antara Sekolah Terbuka UIAM 2005
Debat Antara Sekolah Terbuka UIAM 2005 (Tangga Ke 12 dalam keseluruhan speaker)
Piala Perdana Menteri 2006
Pidato Selangor Maju 2005
AJK Animasi dan Koreografi, Multimedia
UnitWakil bagi peringkat belia untuk Post Mortem Kem Pembinaan Insan Negeri Selangor


mementingkan kerja ummah berbanding diri
sangat komited
menyayangi kawan2
tegas dan berkeyakinan
berani bersuara
berpndgn jauh dan pandai merancang
berfikiran kreatif dn kritis
serius dgn keje, teliti




ni plak CALON hantu bakal menemui anda pada 24/12=2.



Post ni lambat sebab xde maklumat calon..
tunggu dan terus menunggu, misi menanti gagal mencapai target
arap maaf sbb ketidak seimbangan biodata calon...

semoga kalian mampu memacu PERUBATAN

Tuesday, December 14, 2010

Posted by azim On Tuesday, December 14, 2010 1 comments

GEN 7 GOT TALENT


Setelah sekian lama kita tidak melakukan aktiviti bersama antara ahli-ahli gen 7(ikhwah), dengan itu pihak jawatankuasa gen 7 dengan julung kalinya, pada tahun ini, berbesar hati untuk menganjurkan satu program yang dapat mengumpulkan kita bersama. Dengan itu, segala maklumat tentang program adalah seperti berikut:


Objektif :
1)mengeratkan kebersamaan sesama ahli gen 7(ikhwah)

2)mengasah bakat yang ada pada ahli gen 7(ikhwah)


Tema : Unleash the monster within you
Tarikh : 18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Rumah Firdaus Fauzi



Activities :

1. Rubik’s challenge

2. Debate

3. Nasyeed

4. ‘The most friendly picture’ contest

5. Poem declamation

6. Mathematical quizzes

7. Islamic history quizzes

8. Musical instruments e.g. guitar & piano

9. Indoor games

10. Presents for the birthday boys of August till December

11. Available for any talent performance that you wish to show us…….

12. Lastly, dinner and photography session



Maklumat penyertaan :


1. Bagi yang ingin bermain alat muzik, lagu yang dipersembahkan mestilah tidak melalaikan dan tidak mengandungi unsur-unsur kecintaan kepada makhluk yang tidak syarie.
( Pihak urusetia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penyalahan etika.)

2. Persembahan boleh dilakukan secara berkumpulan seperti nasyid, ,bermain alat muzik dll

3. Untuk debat, tajuk akan diberikan kemudian.

4. Hadiah akan disediakan untuk setiap persembahan dan pemenang dalam sebarang pertandingan yang diadakan.

5. Sebarang penyertaan perlu dimaklumkan kepada AHMAD AZIZI AFUAN BIN ABU ZAMIR

6. Bagi pertandingan gambar, gambar hendaklah dihantar sebelum hari sabtu kepada MUHAMMAD ZAKWAN BIN YAHYA untuk diadili.

7. Seboleh-bolehnya pihak urusetia mengharapkan supaya sahabat-sahabat dapat memakai pakaian kemas (baju Melayu/kemeja) kerana kita akan mengadakan sesi bergambar untuk kenang-kenangan.


Harapan agar program ini dapat mencapai segala objektif yang ditetapkan dan mendapat redha Allah. Moga ia menjadi amal yang baik dalam usaha merapatkan ukhuwwah sesama kita.

Gen7GotTalent from muhammad haziq on Vimeo.


Hows d video duuude ? hope this lil thing can stir up ur adrenaline rush .
after passing thru d same things everyday , why dont we come up with sumthing cool ?
hmmm guess what ??
officially ,we GEN 7 is organizing GEN 7 GOT TALENT along with Birthday Celebration !
so watchya wating for ?
Think of sumthin n get into the game !
Lets Unleash the Monstrous Talent within u ! - biar syarie okai ? -
Lets make unforgettable memory together ! Ikkuzo minna !


ps:
Dooodes only , akhowwat good girl dok umah diam2 naa..
(semua ni ayat medad ea =p)

ps; semua shbt2 gen7 diwajibkan hadir n byr utk Talent Day 2010 (ikhwah shj)
regardless masuk serta sekali atau tidak
utk urusan makanan dan lain2(arip aizat)


________________________________________________________________


Sempadan antara Hal duniawi dan Ukhrawi...


Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura'.


1. Bilakah ‘Asyura‘?

* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.


2. Bila Sunnah Puasa?

* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.


3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun.

Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.


4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

* Hadis Nabi yang bermaksud: "Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan." Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.


5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.


6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?

* Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).


7. Apakah kelebihannya?

* Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.


8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?

* Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.


9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

* Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.


10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

* Ada.



11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?

* Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”


Wallahu A’lam

Kredit tu unit Kempen dan Promosi BPI

Video Penaja...

Muslim Ideal





Lelaki Tampan Perempuan Anggun





Diriku Mutiara Agama(ISLAM bak kate tong)



Same2 kite Menjayakannye...