top-image

LATEST ARTICLES


Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, jumlah pelajar perubatan di Mesir meningkat secara mendadak dalam masa yang amat singkat sehingga mencapai sejumlah lebih kurang 3000 orang. Secara kasarnya matlamat yang sering dicanang-canang oleh pihak tertentu dengan penghantaran mahasiswa perubatan secara pukal ke Mesir adalah melahirkan lebih ramai Doktor Melayu Muslim.

Perubatan Mesir sering dikaitkan dengan Doktor Muslim atau Profesional Muslim. Namun, kuantiti tak pernah menjamin kualiti. Realiti yang berlaku sekarang, membuktikan jumlah mahasiswa yang ramai tidak mampu membentuk satu bi’ah yang positif, malah sebaliknya mewujudkan biah negatif pula. Budaya ‘exam-oriented’, ‘peselam’, budaya ‘tak gi kelas pon takpe’, ‘tak pedulisme’, dan kebejatan sosial yang berlaku. Begitu juga budaya ‘gaduh fikrah’, ‘siapa lagi hebat?’, ‘jamming’ tak tentu arah, gila movies dan game. Layakkah mahasiswa perubatan Mesir dikaitkan dengan penghasilan doktor Muslim atau Doktor Da’ie?

…………………………………………

Di satu sudut lain pula, kerana sering dikaitkan mahasiswa perubatan Mesir dengan Doktor Muslim/Da’ie, kita sering mendengar ramai di kalangan kita berkata, “kita ingin menjadi doctor Muslim”, “kita adalah doctor da’ie”, “kita adalah pejuang agama Allah”, “kita perlu hebat dalam pengajian agama sampai jadi doktaz”, “kita itu, kita ini, kita perlu jadi itu dan kita perlu jadi ini..” dan seumpama dengannya.

Namun, adakah kata-kata itu keluar dari mulut mereka dengan jujur dan ikhlas dalam keadaan mereka waras akal fikiran? Adakah kata-kata itu datang dari hati yang didahului dengan akal fikiran? Adakah kata-kata itu didahului dengan ilmu? Adakah diri mereka bertepatan seperti apa yang mereka katakan atau canang-canangkan? Atau mereka hanya menukilkan kalam-kalam yang diturunkan dari senior-senior atau naqib-naqib(ah) mereka tanpa sedar apa yang mereka katakan itu? Atau ia hanya sekadar nukilan daripada tulisan-tulisan pengarang pilihan mereka tanpa kefahaman matang tentang penulisannya berdsarkan ilmu?

…………………………………..

Maka, saya bertanya kepada diri sendiri, “Adakah aku seorang mahasiswa perubatan Muslim?” dan rentetan dari itu, satu soalan lagi, “Apakah dan siapakah sebenarnya mahasiswa perubatan Muslim?

……………………………………

Melihat gejala ini, perlu ada di sana satu usaha untuk menetapkan kembali hala tuju kita, umumnya sebagai Mahasiswa Muslim dan khususnya sebagai mahasiswa perubatan Muslim. Perlu juga kita ketahui apakah sahsiah sebenar seorang mahasiswa perubatan Muslim berjaya, seterusnya apakah langkah-langkah ke arahnya.

Akhir sekali, kita akan mengetahui peranan kita yang sebenar dan realistik. Melihat gejala ini, marilah kita renungkan kembali diri kita dan rakan seperjuangan kita, seterusnya masyarakat sekeliling kita.

Melihat gejala ini, marilah kita fikir bersama apakah sahsiah yang patut kita amalkan sebagai mahasiswa perubatan Muslim.

Melihat gejala ini, marilah kita tetapkan priority kita, dan atur langkah kita ke hadapan berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Melihat gejala ini, janganlah kita sekadar melihat sahaja. Belajarlah, berfikirlah, bekerjalah dan mulakan langkah anda!!


Nukilan buah fikiran
saudara Ahmad Ibrahim bin Yahya


Get your own Poll!




Ok, saja-saja nak tahu pendapat ramai

C:

Btw, terima kasih la sapa-sapa yang menyapot saranan ber-twitter.

Sebelum proceed ke bawah, cuba korang tgk ape yg pelukis ni cuba lukiskan..


.
.
.
.
.
.
.



Ok. dah nampak ape die lukis??

'Jom bunuh orang jom !!! '

hahaha..

Kalau korang tgk sape yg lukis benda ni, korang akan tergelak guling2 sbb tak sangka orang tu yg buat lukisan ni. Time tgh2 kelas ketika lecturer tgh sibuk mengajar pulak tu. Yelaa, lecture Pharma td laa lecture ape lagi !

One thing yg aku respect dgn makhluk Allah yg sorang ni ialah, dia tak pernah tidur dalam kelas time lecturer tgh mengajar. Even seboring mane pun lecture tu, dia tak pernah sesekali 'ukur meja' (refer cara tidur budak2 sekolah) ketika kelas sedang berlangsung. Maybe ni cara die hilangkan ngantuk kot, dengan cara melukis. Yela, kalau tidur dalam kelas, macam mane nk dapat berkat seorang guru kan?

Cite pasal berkat ni, meh sini aku bagi sikit refreshing utk korang sebelum bukak buku malam ni,

Keberkatan amat penting dalam sesuatu perkara, terutamanya kepada kita yg bergelar seorang pelajar. Hidup di dunia, jika tanpa keberkatan Allah, maka sia-sia sahaja. Tanpa berkat, jika kita usaha sekuat mana pun untuk sesuatu perkara tu, payah untuk kita kecapi.

Begitu juga dgn kita, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang penuntut ilmu, selain usaha, keberkatan seorang guru amat penting dalam proses kita untuk berjaya bersama ilmu yg diturunkan kepada kita. Berkat ni bagaikan doa. Doa seorang guru makbul bukan?? Cuba bayangkan kita belajar tanpa doa guru kita, ingat senang ke Allah nak bagi kita berjaya?

Ijud pernah pesan kat dalam kelas "Berkat guru tu sangat penting. Tak kiralah kalau korang baca dan hafal seratus kali pun benda yg sama, kalau tanpa keberkatan, macam mana nak ingat benda tu semua. Berbanding dgn orang yg dapat berkat guru, kalau dia baca sekali je, insyallah akan ingat semua apa yg dia baca" (olahan penulis, tp isi lebih kurang sama yee).

Ingat kawan2, tak kira la kalau kita sepandai mana pun, atau seboring mana pun lecturer tu mengajar, jangan lupa adab2 kita dengan guru, adab2 kita bersama ilmu. Kerana daripada adab itu lah datangnya keberkatan. Bila kita beradab, guru senang hati dengan kita. Maka, terbukak laa hati dorang nak doakan kita untuk berjaya kan?

Oleh itu, marilah kita sama2 pergi ke kelas ust Nazrul untuk belajar 'Min Adabil Islam' berusaha untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Semua itu datang dari dalam diri kita sendiri, jika kita rasa kita mampu, buktikan yg kita ni mampu berubah untuk menjadi yg terbaik di antara yg terbaik! Bukan susah pun, sape yg selalu dtg lambat, keluarlah rumah awal2 pagi. Sape yg suke tidur dlm kelas, blaja2 laa melukis dengan pelukis kat atas ni ke, minum cappucino hazelnut kat belakang Patho ke. It's all about our attitude. Mahu jadi HO yg terbaik kelak, cuba ubah attitude kita dari sekarang. Akhir sekali, sebelum korang nak sambung study, cuba renung2kan quote di bawah ni untuk diri korang sendiri dan cuba mulakan hidup sebagai diri kita yg 'baru' pada setiap hari!

"I can alter my life by altering the attitude of my mind. Because I know, my attitude will determine my altitude"


Mungkin ramai yang sudah tau apa itu twitter. Bukan twister yang makcik ni suka minum. Bukan itu yang ku maksudkan. hehe sengihnampakgigi

Twitter ialah laman social microblogging yang semakin popular sejak akhir² ini. Fungsinya ringkas saja, anda boleh mengemaskini status anda kemudian berkongsi dengan rakan² atau followers anda. Anda boleh tinggalkan mesej pendek di twitter seperti 'saya mengantuk. nak tido ni’ , 'saya baru bangun tido’, ’saya rasa blog penyubiru ni best. sila ke penyubiru.blogspot.com' dan sebagainya.

Bagi follower pula (kebiasaanya terdiri dari rakan² anda dan bloggers) akan dapat membaca mesej anda itu dan juga boleh membalas mesej tersebut jika mahu. Nampak seperti cam chatting, tapi ia bukan platform tuk chatting. Just hantar mesej pendek² je tuk bagitau status anda. Sekurangnya kekawan anda tau apa yang sedang anda lalui.

Anda hantar satu mesej, seme followers anda akan dapat baca mesej tersebut. Kira satu mesej untuk semua la.

Contohnya, pagi ini aku tidak dapat update blog. Bagi "peminat" blog ni, tentu tertanya² kenapa aku tak update blog. Sebagai blogger yang mempunyai "peminat" yg ramai, aku kena bagitau status aku kenapa aku tak update blog. hehe...


Camne nak sertai twitter?


Masuk saja twitter.com dan daftar. Boleh juga invite rakan² dari kenalan email anda. Kalau dah sertai, anda boleh mula follow orang lain dahulu dan kemudian mencari followers pula.

*************************

ok ni di copy paste dari SINI


NI KEMPEN NAK AJAK KORANG TWITTER TO CATCH UP DENGAN KAWAN-KAWAN ESP MEMBER LAMA. ATAU UNTUK BAGITAW KAT SEMUA ORANG YANG MAKCIK MUGAMMA' TU MOOD SWING HARI NI SO TAKYA G BUAT VISA.KALAU NAK IMPOM SORANG2 LETIH LA.

KALAU KORANG NAK UPDATE TWITTER VIA HP, SENANG AJA.DICAJ HARGA MALAYSIA. SILA IKUT BEBERAPA LANGKAH RINGKAS YANG TERDAPAT DI GLADLYCAST NI

SECARA RINGKASNYA, FUNGSI DIA MACAM STATUS YM/FB SAJA, TAIp DIHANTAR KAT SEMUA ORANG DALAM SENARAI FOLLOWERS KORANG. SENANG HANTAR SATU JE SEMUA ORANG TAHU. MACAM STYLE YAHOO GROUP LA.


kalau dah register twitter, add la saya,

berkenalan lah dgn LELAKI INI (hihi, jgn kontroversi2 ya)


dan juga budak2 tidak aktif ini: (sori la selamba promot)


puteri menyembunyi, budak comel, perempuan sajak,

charlie d cokelat factory, kawan lama i, budak kisas,


dan ramai lagi. tapi tak tahu nak cari mana. atau ada cadangan nak buat twitter batch pula?

slmt ber twitter kawan-kawan!

rumah hantu bagi student Malaysia

Assalamualaikum sahabat2. Disini ade sedikit pesanan dari ketua akhawat berkenaan dgn pengurusan pembaharuan visa di Mugamma'. Sila ambil berat tentang semua ini utk mengelakkan anda datang ke kelas dgn mood yg 'menggila' selepas berurusan dgn awek2 cun di sana nnt. (khas kepada manusia yg malas beno nk bukak email, haha)

************

salamalaik,

Kepada semua rakan-rakan ikhwah dan akhawat sekalian..
dalam kesibukkan kita menjalani kuliah saban hari dan tiba masa kita memperbaharui visa yang memang menjadi cabaran kepada kita hingga kadang-kadang terasa malas nak menghadapi kesulitan,Tapi,yakinlah itu satu ujian.

Bila diperlakukan sebegitu,terasa diri seperti keldai,sesuka hati dibentak hanya sekadar kesilapan yang dianggap kecil dan kadang-kadang sesuatu yang sengaja dibuat-buat dan melambatkan proses pembaharuan visa.

Justeru suka untuk saya berkongsi serba sedikit tentang persiapan yang harap-harap boleh meringankan kerja kita semasa di mugamaa' nanti

Antaranya;

  1. Pastikan 2 salinan syahadah,passport dan visa terbaru serta kad pelajar berada di tangan sebelum ke mugamma'
  2. PERKARA YANG PENTING SEKALI adalah bahagian bawah pada kanan syahadah[apabila kita menghadap syahadah]ditulis tarikh dan dicop.
  3. pastikan gambar,bahagian nama yg tertulis dan bahagian bawah pada kiri syahadah[apabila kita menghadap syahadah]juga dicop.
  4. apa yang perlu ialah persediaan mental dan jiwa.Sabar itu perlu,dan indah.Kalau boleh,jika kita dibentak,tak perlulah bentak mereka kembali.Kita tunjuk kepada mereka sifat sabar yang perlu ada.Api tak perlulah dilawan dengan api.Rasa marah memang membuak tatkala berhadapan dengan sikap sebegini.Namun,apa yang kita dapat jika kita menurut perasaan marah selain hanya marah dan tiada apa-apa ganjaran.Jadilah kita mukmin yang tegar,agar diri kita lebih kuat menghadapi cabaran yang lebih teruk di hadapan kita.

'Dan janganlah kamu[merasa]lemah dan jangan [pula] bersedih hati,sebab kamu paling tinggi [derajatnya],jika kamu orang beriman.'Al imran 3;139


'Bersatu itu kekuatan,berseorangan itu titik permulaan kelemahan'


*******************

p/s : bagus betul Oni ni, pesan orang nak buat visa macam pesan orang nk pergi berperang. Anyway, thanx 4 da advices. Appreciate it a lot!

Setiap organisasi dalam suatu persatuan memerlukan pemimpin yg mempunyai daya pemikiran dan pencetus idea yg kreatif serta ideologi yg dinamik. Malah, lebih daripada itu. Keikhlasan, kejujuran, kesungguhan, komitmen yg diberi serta ketelusan dalam membuat kerja menjadi penggerak utama keberkesanan sesuatu organisasi.

Satu pertanyaan di sini, siapa yg melantik tenaga tonggak utama organisasi tersebut?

Siapa lagi jika bukan ahli sesuatu persatuan itu sendiri. Pemilihan pemimpin amat penting dari mula hari pencalonan sehingga ke hari pengundian. Pilihan pemimpin yg berkaliber berada di dalam tangan setiap ahli. Pilihan yg tepat amat penting dalam mewujudkan keberkesanan di dalam sesuatu organisasi, sebaliknya jika tersalah memilih pemimpin, akan wujudnya satu fenomena yg di gelar 'un-cooperative organization'. Mahukah kita melihat persatuan PERUBATAN jadi begitu??

Oleh itu, marilah mencalon mereka yg sesuai!

Di sini ade beberapa survey bagi memilih calon yg sesuai utk menjadi exco PERUBATAN 2009/2010.



CALON PERTAMA

Mohd Hazwan bin Rusli
@
Juwe

-Bekas pelajar SBPI Batu Rakit
-Orang kuat BADAR sekolah lama (masyaallah tabarakallah)
-Thiqqah, amanah, jujur, sopan, lemah lembut, serta komited dalam menjalankan tugas.
-Kini, menjaga Unit Kelas Pengajian BPI (apa lagi jd kan exco BPI terus aa)
-seorang mentor yg hensem
-Pemegang tampuk pimpinan BPI time cuti summer




CALON KEDUA

Amir Firdaus bin Ali Sharifudin
@
Amea

-Best speaker
-Mempunyai kelebihan menarik perhatian ramai orang dengan ucapannya
-Antara best student SMKA Syeikh Ahmad Said (SHAMS), N9
-Ketua kelas terbaik INTEC (2007)
-Power akademik (sape tgk bilik die, pergh teruja. kalah perpustakaan negara)
-Byk penglibatan sebagai AJK dalam program2 PERUBATAN (eg: raya haji, mentor council dll)
-Ketua smart circle tahun satu
-Ketua study group (haha, ni pun nk promote ke?!)
-Pemain posisi center di dalam basketball (kejadah?)



CALON KETIGA

Mohd Izzudin bin Mohd Nadzif
@
Tong

-Sudah kurus dan hensem
-Pernah ditawarkan masuk team debate KISAS (tp die reject dgn alasan x hebat, padahal...korang pun tau kan)
-Antara best student KISAS
-Pemegang tampuk pimpinan biro kebajikan time cuti summer
-Tokan barang2 dan perabot utk adik2 1st year di Fustat (dgn bantuan abg Nabil)
-Akademik yg mantap - 2 tahun mumtaz berturut2 tuuu (masyallah!)
-Syaah Brother (SB) kepada adik2 1st year
-Kini, memegang jawatan sebagai ketua jabatan berita di bawah BPP (calon exco BPP kot sesuai, ke cmne?)




CALON KEEMPAT

Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman
@
Thol

-Bekas Ketua Pelajar Sekolah Dato Abdul Razak, NS
-Pemain terbaik ragbi Malaysia (ni tipu je)
-Seorang yg penuh dgn senyuman (die tak pernah marah, caya x?)
-Digelar 'never say no Thol' kerana sangat baik menolong orang.
-Seorang yg kat berusaha, komited dgn tugasan, amanah, ringan tulang dan peramah
-Ade motor (senang nk buat kerja, haha)
-Syaah Brother (SB) kepada adik2 1st year
-Banyak menglibatkan diri sebagai AJK program2 (pertandingan boling cuti summer, kursus pengenalan islam, penerbitan majalah I-man, program winter break - Sinai, dll)


Marilah kawan2 kita pergi mencalon. Calonkan mereka ini semua. Jangan sia2kan permata yg bersinar ini. Jadikan persatuan PERUBATAN dipenuhi dgn mutiara2 yg dapat membawa organisasi ini ke arah memajukan modal insan yg menjadi harapan agama, bangsa, dan negara!


*p/s: Ijud, ko ingat ko jd JPP ko leh lari dari kitorang? haaa!!!!

Average reading frequency for Australian is 170 to 190 books per year.

Average reading frequency for Japanese is 70 - 90 books per year.

and average reading frequency for Indonesian is 15 books per year.

Now, who knows what is the average reading frequency per year for Malaysian like us??

Raise your hand please..

30. wrong!

45. wrong!

60. wrong!



The answer is 4. Yeah, just 4 books per year!


Amazing right! (clap2!!)

So people, wake up, get ur book from the rack and start reading. If its so hard enuf for u guys, just take 10 - 15 minutes before u go to sleep for reading. stated here, not for reading any academic books okeyh!

*********

Btw,here are some benefits/tips for u guys to start the habit.....before u are far behind from the others!


Reading is an active mental process:
Unlike sitting in front of the laptop and watching Hana Yuri Dango or SNSD concert or whatsoever, reading makes you use your brain. While reading you would be forced to reason out many things which are unfamiliar to you. In this process you would use the grey cells of your brain to think and become smarter.


Reading improves your vocabulary:
Remember in elementary school when you learned how to infer the meaning of one word by reading the context of the other words in the sentence? You get the same benefit from book reading. While reading books, especially challenging ones, you will find yourself exposed to many new words you wouldn’t be otherwise.


Gives you a glimpse into other cultures and places of the world:
How would you know about the life of people in Artic if you don’t read about it? Reading gives you an insight into the diversity of ethnicity of people, their customs, their lifestyles etc. You become more aware about the different places and the code of conduct in those places.


Improves concentration and focus:
It requires you to focus on what you are reading for long periods. Unlike magazines, Internet posts or e-Mails that might contain small chunks of
information, books tell the whole story. Since you must concentrate in order to read, like a muscle, you will get better at concentration. So, it seems like by reading, we can be more focus during the lecture right?? hee (^.^)v

Builds self-esteem:
The more you read, the more knowledgeable you become. With more knowledge comes more confidence. More confidence builds self-esteem. So it’s a chain reaction. Since you are so well read, people look to you for answers. Your feelings about yourself can only get better. Its so benefit for us during HO and life as a physician!


Improves memory:
Many studies show if you don’t use your memory, you lose it. Crossword puzzles are an example of a word game that staves off Alzheimer’s. Reading, although not a game, helps you stretch your memory muscles in a similar way. Reading requires remembering details, facts and
figures and in literature, plot lines, themes and characters.

Improves your discipline:
Making time to read is something we all know we should do, but who schedules book reading time every day? Very few… That’s why adding book reading to your
daily schedule and sticking to it, improves discipline. For people who always came late to lectures, please jot down this point.

Improves creativity:
Reading about diversity of life and exposing yourself to new ideas and more information helps to develop the creative side of the brain as it imbibes innovation into your thinking process.


You always have something to talk about:
Have you ever found yourself in an embarrassing situation where you didn’t have anything to talk about? Did you hate yourself for making a fool of yourself? Do you want a remedy for this? It’s simple. Start reading. Reading widens your horizon of information . You’ll always have something to talk about. You can discuss various plots in the novels you read, you can discuss the stuff you are learning in the
business books you are reading as well. The possibilities of sharing become endless. Its helpful when you are strucked in love with someone, just read more, and you will feel more confident to face her/him. <--- silly point

Reduces tension
One of the way to heals from tension is by reading. Trust me, its work!


If after you done reading those tips, and you feels nothing, this is last tips for u guys. You can just continue watching any series or movies that you like
and stop reading. But, by the time other peoples are happy with their achievement, don't you ever feel regret with ur past and crying like a little baby earn other people empathy! hahaha (evil laugh!)

bottom-img