Aku seorang mahasiswa perubatan Muslim? (part 1)
Perubatan Mesir sering dikaitkan dengan Doktor Muslim atau Profesional Muslim. Namun, kuantiti tak pernah menjamin kualiti. Realiti yang berlaku sekarang, membuktikan jumlah mahasiswa yang ramai tidak mampu membentuk satu bi’ah yang positif, malah sebaliknya mewujudkan biah negatif pula. Budaya ‘exam-oriented’, ‘peselam’, budaya ‘tak gi kelas pon takpe’, ‘tak pedulisme’, dan kebejatan sosial yang berlaku. Begitu juga budaya ‘gaduh fikrah’, ‘siapa lagi hebat?’, ‘jamming’ tak tentu arah, gila movies dan game. Layakkah mahasiswa perubatan Mesir dikaitkan dengan penghasilan doktor Muslim atau Doktor Da’ie?
Namun, adakah kata-kata itu keluar dari mulut mereka dengan jujur dan ikhlas dalam keadaan mereka waras akal fikiran? Adakah kata-kata itu datang dari hati yang didahului dengan akal fikiran? Adakah kata-kata itu didahului dengan ilmu? Adakah diri mereka bertepatan seperti apa yang mereka katakan atau canang-canangkan? Atau mereka hanya menukilkan kalam-kalam yang diturunkan dari senior-senior atau naqib-naqib(ah) mereka tanpa sedar apa yang mereka katakan itu? Atau ia hanya sekadar nukilan daripada tulisan-tulisan pengarang pilihan mereka tanpa kefahaman matang tentang penulisannya berdsarkan ilmu?
Akhir sekali, kita akan mengetahui peranan kita yang sebenar dan realistik. Melihat gejala ini, marilah kita renungkan kembali diri kita dan rakan seperjuangan kita, seterusnya masyarakat sekeliling kita.
Melihat gejala ini, marilah kita fikir bersama apakah sahsiah yang patut kita amalkan sebagai mahasiswa perubatan Muslim.
Melihat gejala ini, marilah kita tetapkan priority kita, dan atur langkah kita ke hadapan berdasarkan al Quran dan as Sunnah.
Melihat gejala ini, janganlah kita sekadar melihat sahaja. Belajarlah, berfikirlah, bekerjalah dan mulakan langkah anda!!
Nukilan buah fikiran
saudara Ahmad Ibrahim bin Yahya