Tuesday, November 10, 2009

Pengumuman yang pasti mengujakan kalian

Posted by [amiza malik] On Tuesday, November 10, 2009 5 comments

Bismillah.

Satu berita gembira. Cuti Raya Haji dah diketahui melalui Dr. Faysal (Patho). Maka dengan ini, saya penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh cuti bagi kanak-kanak Sekolah Perubatan Kasr El-Ainy (juga sekolah-sekolah yang lain termasuk Bu3uth) adalah bermula pada 26 Nov sehingga 5 Dec.

Cuti ini seragam satu Mesir kerana ia merupakan arahan daripada kerajaan Mesir. Ucapkan terima kasih pada wabak H1N1 kerana menular dan membimbangkan kerajaan sehingga kita terpaksa diberi cuti sedemikian lama. Jika wabak ini semakin dasyat, mungkinkah cuti winter kita terpaksa digandakan dari 2 minggu kepada 4 minggu?

Adalah dinasihatkan kepada ibu bapa untuk menjaga tingkah laku anak-anak dan memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kegiatan lagha sepanjang cuti berlangsung. Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bersiar-siar ke mana jua, hatta pulang ke kampung halaman(rumah-rumah negeri di Madinah Nasr) adalah dinasihatkan untuk membawa bersama buku-buku pelajaran dan mengingatkan anak-anak untuk mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan tengah tahun semakin tiba. Pastikan tahap ketagihan MukaBuku mereka berada pada paras terkawal.

Ouh juga pengetua sekolah ada berpesan supaya jangan nak mengada extend cuti lama-lama. Sedarla ita banyak lagi syllabus perlu di-cover. Ok sekian berita, harap maklum.


Pesanan penaja: Hati-hati dengan masa lapang.

5 comments:

Wah teruk sangat ke H1N1 sekarang. Harap-harap exam final kitaorang tak terganggu. Moga warga Mesir sentiasa dipelihara Allah dari segala penyakit.

penularan H1n1 bukanlah suatu yg mngujakan.

betul3.semoga para super senior xde masalah nk pekse.

aja2..hehe.

jgn jadi cm kami di ukraine, tahap menularan H1N1 makin serius, cuti kuarantin skrang 3 minggu mungkin nk dilanjut jadi 8 minggu. huh cmne nk cukupkan jam kredit cmni..

doakan semoga kami tahun akhir dapat grad 'on time'...

Post a Comment