Sunday, November 29, 2009

Aku seorang mahasiswa perubatan Muslim? (part 1)

Posted by cairoboy On Sunday, November 29, 2009 12 comments


Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, jumlah pelajar perubatan di Mesir meningkat secara mendadak dalam masa yang amat singkat sehingga mencapai sejumlah lebih kurang 3000 orang. Secara kasarnya matlamat yang sering dicanang-canang oleh pihak tertentu dengan penghantaran mahasiswa perubatan secara pukal ke Mesir adalah melahirkan lebih ramai Doktor Melayu Muslim.

Perubatan Mesir sering dikaitkan dengan Doktor Muslim atau Profesional Muslim. Namun, kuantiti tak pernah menjamin kualiti. Realiti yang berlaku sekarang, membuktikan jumlah mahasiswa yang ramai tidak mampu membentuk satu bi’ah yang positif, malah sebaliknya mewujudkan biah negatif pula. Budaya ‘exam-oriented’, ‘peselam’, budaya ‘tak gi kelas pon takpe’, ‘tak pedulisme’, dan kebejatan sosial yang berlaku. Begitu juga budaya ‘gaduh fikrah’, ‘siapa lagi hebat?’, ‘jamming’ tak tentu arah, gila movies dan game. Layakkah mahasiswa perubatan Mesir dikaitkan dengan penghasilan doktor Muslim atau Doktor Da’ie?

…………………………………………

Di satu sudut lain pula, kerana sering dikaitkan mahasiswa perubatan Mesir dengan Doktor Muslim/Da’ie, kita sering mendengar ramai di kalangan kita berkata, “kita ingin menjadi doctor Muslim”, “kita adalah doctor da’ie”, “kita adalah pejuang agama Allah”, “kita perlu hebat dalam pengajian agama sampai jadi doktaz”, “kita itu, kita ini, kita perlu jadi itu dan kita perlu jadi ini..” dan seumpama dengannya.

Namun, adakah kata-kata itu keluar dari mulut mereka dengan jujur dan ikhlas dalam keadaan mereka waras akal fikiran? Adakah kata-kata itu datang dari hati yang didahului dengan akal fikiran? Adakah kata-kata itu didahului dengan ilmu? Adakah diri mereka bertepatan seperti apa yang mereka katakan atau canang-canangkan? Atau mereka hanya menukilkan kalam-kalam yang diturunkan dari senior-senior atau naqib-naqib(ah) mereka tanpa sedar apa yang mereka katakan itu? Atau ia hanya sekadar nukilan daripada tulisan-tulisan pengarang pilihan mereka tanpa kefahaman matang tentang penulisannya berdsarkan ilmu?

…………………………………..

Maka, saya bertanya kepada diri sendiri, “Adakah aku seorang mahasiswa perubatan Muslim?” dan rentetan dari itu, satu soalan lagi, “Apakah dan siapakah sebenarnya mahasiswa perubatan Muslim?

……………………………………

Melihat gejala ini, perlu ada di sana satu usaha untuk menetapkan kembali hala tuju kita, umumnya sebagai Mahasiswa Muslim dan khususnya sebagai mahasiswa perubatan Muslim. Perlu juga kita ketahui apakah sahsiah sebenar seorang mahasiswa perubatan Muslim berjaya, seterusnya apakah langkah-langkah ke arahnya.

Akhir sekali, kita akan mengetahui peranan kita yang sebenar dan realistik. Melihat gejala ini, marilah kita renungkan kembali diri kita dan rakan seperjuangan kita, seterusnya masyarakat sekeliling kita.

Melihat gejala ini, marilah kita fikir bersama apakah sahsiah yang patut kita amalkan sebagai mahasiswa perubatan Muslim.

Melihat gejala ini, marilah kita tetapkan priority kita, dan atur langkah kita ke hadapan berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Melihat gejala ini, janganlah kita sekadar melihat sahaja. Belajarlah, berfikirlah, bekerjalah dan mulakan langkah anda!!


Nukilan buah fikiran
saudara Ahmad Ibrahim bin Yahya

12 comments:

haah, betul

kita Muslim yang kebetulan jadi budak medik
kebetulan jadi bakal jadi doktor

ramai sangat ke, dah tu teruk sangat ke?

nak kate ramai sgt tu,xtau laa nk kate mcm mane.sbb rasenye sume student2 o/c mngalami fenomena yg lebih kurg same je mcm kami ni kot.cumanya,banyak yg perlu difikirkan dan banyak anjakan yg perlu dibuat supaya mereka ni x menyesal di kemudian hari.

i found dis blog coz ibrahim p promot blog ni kat status fb dier...n nak tanya ckit 1) blehkah saya (bukan mahasiswa mesir) mengomen? [kalo xleh, moderator sila delete bebelan saya] 2) komen ni nak tuju pada sapa? cairo boy or ibrahim yahaya?

"budaya ‘gaduh fikrah’, ‘siapa lagi hebat?’, ‘jamming’ tak tentu arah, gila movies dan game."

erm... sama jer budaya2 ni kat memana, xkan henti, cuma kalo kat UIA, budaya 'gaduh fikrah' tu cam non-existence jer...

budaya2 yg di mention shows dat kita ni masih lagi x matured, mayb sebab kita ni dari dulu dah banyak sangat privilege n x terdedah pada erti hidup susah payah smpai xtahu "peranan kita yang sebenar dan realistik"!

cuba banding bangsa kita ngan bangsa CINA? bgimana mereka berusaha? bangsa INDONESIA? bagaimana dedikasi mereka? bangsa PALESTIN pula ? bukankah mereka manusia super?
-mereka ini tahu peranan mereka-

kita? jadilah kita pelajar yg. dungu xmampu berfikir secara critical, hanya mengomong2 dalam isu2 kecil dikalangan kelompok kita shj, xmampu untk menggarap isu2 BESAR realiti UMAT...

jadilah kita d idiotic bigots yg. xmatured, cakap berapi2 tapi x mempunyai JIWA & AKAL yg. besar...

d truth is, HANYA AKAL2 & JIWA2 raksasa yang tercerahkan Wahyu yang mempunyai kapasiti menjadi pemimpin projek peradaban Islam...

n so thanx to US, "Daulah Islamiyah & Ustaziatul 'Alam" is only a foolish dream... (hav a laugh 2 our ownselves)

to ahmad ashraf zafrullah,
terima kasih sbb sudi menjenguk ke blog ini.x kisah anda bukan student medic pun,yg pntg pemikiran kita selevel.sama2 pelajar bukan?hakikat yg anda katakan mmg benar.kita banyak merasa senang than susah.biasiswa snang2 je dpt.even yg x dpt straight a1 pun boleh dpt fly ke oc.yg cina,india dpt straight a's kemana?x dpt fly pun ke oc.then,ble dh dpt ke oc,mule malas nk stdy,buat kerja x berfaedah,study hanya utk exam dll.as a result,melayu tetap di takuk lama.fikir2kan laa.

ni ibrahim bercakap melalui nash nye id, sape suroh xde anonymous??

nak tahu jawapan bagi persoalan2 di atas??

nantikan entri2 akan datang!!!

smlm radin da type byk~ tp psl kena log in dlu.. xbleh, pastu ilang~

tka setting blk xbleh?

aik, kite bleh je. lepas suruh login tuh boleh je post. haha

to cairo boy,
ahmad ashraf zafrullah tu bdak medic jgak ler..
kat UIAM..sblum tu msuk DQ..classmate aku ngn baim kat smapl dlu..
just for your information..:)

haziq:
oo yeke,haha.sounds like non medical student.papepun.we r da same!

haaa.... cairo boy, i do wonder... how can i make myself not "sounds like non medical student" *rofl

kuantiti x melambangkan kualiti.. tapi aku boleh jamin yg, zaman skang ni, kuantiti berkadar songsang dengan kualiti...

itu yg berlaku kepada pelajar perubatan di India, Rusia, dan Ukraine..

dulu, bile aku tau yg keterlambakan pelajar ke mesir akan berlaku, siang2 aku dh cakap kat beberape senior korang, masalah yg same akan jadi. sepertimana masalah di rusia dan ukraine..

aku doakan yg terbaik utk pelajar2 mesir!!

p/s: walaupun kt semua sama (pelajar perubatan), tapi sgt berbeza corak hasil didikan universiti negara islam dengan yg tidak. aku tau. itu adalah pasti.

Post a Comment