Monday, July 26, 2010

Di Sebalik Result

Posted by azim On Monday, July 26, 2010 9 comments

Alhamdulillah result dah keluar. Syukurnya tak terhingga. Memerhati pula respon yang lain. Yang Mumtaz, hati berbunga riang. Tak sia-sia usaha keras selama ini. Sungguh ‘dia’ teringin jadi seperti mereka.. Result hebat, diterima dengan rendah hati tanpa rasa takabbur. Kejayaan diraih, kerana kukuhnya hubungan antara hamba dan pencipta. Mungkin juga kerana kurangnya dosa penghijab ilmu. Juga kerana usaha dan doa yang sentiasa diterima Allah. Dan amal kebajikan yang menambah keberkatan ilmu.



Bile tgk Result....


Begitulah jua, sahabat-sababat Rasulullah. Mereka hebat. Merekalah cerdik pandai.
Mereka juga peniaga berjaya. Pada masa yang sama, mereka juga yang paling kuat qiamullail. Paling banyak melakukan kebaikan. Berjaya menguasai 2/3 dunia bahkan ada dilabel sebagai mubashirin biljannah.

Terukir senyuman. Sama-sama turut gembira. Moga-moga itulah hendaknya. Kejayaan cemerlang, menjulang nama Islam.
Tetapi, dia tertanya-tanya.Bagaimana mereka yang sebaliknya?
Sedih pilu di hati tiada siapa yang tahu.
Luka dikaki sememangnya jelas kelihatan,
tetapi luka dihati hanya Tuhan yang tahu.Dia yakin. Mereka berusaha sepertimana yang lain-lain.Tetapi takdir Allah penentu akhirnya. Kagum pada mereka.Redha dengan ketentuan tatkala yang lain dalam kegembiraan.
Sabar yang seindah-indah sabar. Terus berusaha tanpa putus harap pada-Nya. Tetapi dia terus menanti. Penantian yang tidak tahu bila dan di mana? Result akhir, pengubah segala-galanya. Kerana untuk itu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik.
Walau tahu dosanya menggunung tinggi.











Time Xam...



Kerana inilah satu-satunya peluang untuk terus kekal dalam kebahagiaan. Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan sekarang(dunia), maka Kami segerakan baginya di dunia ini, apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya di akhirat neraka Jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. al-Isra’:18 Dan barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik. Al-Isra’:19

Kepada masing-masing (golongan), baik golongan ini yang menginginkan dunia, mahupun golongan itu yang menginginkan akhirat. Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. Al-isra’:20

Perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain. Dan kehidupan akhirat lebih tinggi derajatnya dan lebih besar keutamaannya. Al-Isra’:21


Setiap tahun, debaran hilang kala termaklumnya natijah peperiksaan. Namun, tak sekali –kali baginya debaran untuk yang satu ini berhenti. Kerana ujiannya berpanjangan, nasibnya tak ketahuan. Kadang kala, bila imannya kurang, dia dalam kelalaian. Dia terus berharap. Alangkah gembiranya, jika keputusan itu diterima dengan tangan kanan.



Renungi Surah al-Haqqah melalui tafsir zilal; Selepas itu ia menayangkan pemandangan orang-orang yang selamat; Adapun orang-orang yang diserahkan buku amalannya dan menerima dengan tangan kanannya ia berkata (gembira): Nah! Bacalah buku amalanku ini! Al-Haqqah:19

Sesungguhnya aku sangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku. Al-Haqqah:20

Pemandangan yang ditayangkan itu ialah pemandangan orang yang terselamat pada hari yang amat genting itu. Dia berjalan di celah-celah khalayak yang berbanjar-banjar itu dengan hati yang riang dan gembira, sambil berteriak Nah! Bacalah buku amalanku ini! Dia teringat bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan terselamat kerana dia menduga bahawa dia akan dihisab dan diperiksa dengan rapi.”


Menurut riwayat daripada Abdullah ibn Hanzalah yang digelarkan sebagai 'orang dimandikan
malaikat’ katanya: Sesungguhnya Allah menyuruh hamba-Nya berdiri pada hari Qiamat, lalu ditunjukkan kejahatan-kejahatan yang tercatat di dalam buku amalannya kemudian Allah bertanya, “Adakah engkau melakukan perbuatan ini? Jawab orang itu, “Ya, wahai tuhanku” Lalu Alllah berfirman kepadanya: “Aku tidak akan dedahkannnya kepada umum. Sesungguhnya Aku telah kurniakan keampunan kepadamu.” Maka pada ketika inilah dia berteriak, “ Nah! Bacalah buku amalanku ini! Sesungguhnya aku menyangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku”

Apa sekalipun yang menimpa, dia teringat hadis rasulullah;
Dari Abu Yahya, iaitu Shuhaib bin Sinan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amat menghairankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana – iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya." (Riwayat Muslim).

"BEING MUSLIM, You Have All To GAIN, NOTHING To LOSE !! Whether You Success Or Fail, We Still On Same Page : HUNTING "RAHMAT" from DEITY : ALLAH swt. "

"Maybe I received nohing i wanted.. but I received everything I needed.."


Tapi tidak sesekali lupa. Doa senjata orang mu’min. Lulus cemerlang, kadang kala berkat makbulnya doa orang lain. Doa murni seorang ibu, doa seorang kawan kepada kawannya yang lain. Harapnya, apa ujian yang datang melanda, mereka terus tabah dan cekal. Kerana, insyaAllah lebih ramai yang akan mendoakan kejayaan mereka. Sama-sama mendoakan satu sama lain. Kejayaan dunia dan akhirat. Dan kejayaan akhirat itu pengukur segalanya. Sedang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.”
(Surah Ghafir : 60 ).


La haulawala quwwata illa billah,
AMIRA NAJIHAH BINTI ARMAIN


diedit dan sedikit tokok tambah tanpa mengubah maksud asal atikel..

9 comments:

Allah tu sweet..
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
Satu analogi...
Allah ketawa
Seperti mana kita yang selalu geram dengan adik2 kecil, cubit pipi dia, tarik baju dia, sebab geram kat dia, and then dia menangis, merengek. Manakala kita ketawa geli hati kerana dapat usik mereka.
Begitu juga Allah, setiap ujian yang Dia bagi adalah seperti apa yang kita buat kat adik2 kecil tu.Kemudian kita pun menangis, sedih, rasa tak mampu dengan ujian tu, tapi Allah ketawa sebab Allah tahu...alaa ckit je ni...ketahuilah kau bahawa lepas ni ada benda lagi best Aku nak bagi..

Dear sahabatku yg kan diuji untuk kali kedua..Terus usaha!!!

Bacalah,dan rabbmulah yang maha pemurah...(surah al-alaq:3)

Teruskan mambaca walau beberapa kali sekalipun 2x jayyid 3x ahsan.Insyaallah selebihnya serahkan kepada Allah yang maha pemurah,Dia akan mudahkan buat hambanya yg bersungguh2x..
Allah bukan pemurah(karim)tapi maha pemurah(akram)..

Sahabatku kalian mesti kuat kami sentiasa bersama2x kalian..
"We are family"

semoga Allah permudahkn urusan kalian

iA sentiasa mendoakn kejayaan KITA bersama tak kira dimana berada

all da best~
kpd penulis: artikel yg best :)

ske entry ni....tq kpd spe yg menulis.....

-alfa-

nice entry.

all the best untuk sume rakan2.

hm,boleh xnak tahu, analogi yg kat atas ni ambil dari mana ye? mungkin ada sumber rujukan.

الحياة هي مثل النهر
لن نرتاح حتى تدفق المياه
وسوف يكون دائما حاضرا اختبار

sory guys,wa nyer arab x power
tp inilah yg mampu aku tulis..
p/s:sabda nabi"org mukmin yg kuat,lg disayangi Allah banding org mukmin yg lemah"...

Analogi tu daripada seseorang. Dan ia hanya dicipta berdasarkan pemerhatian kita pada persekitaran sekeliling kita.

terima kasih kepada penulis! sejuk hati.. dri waktu xm hingga selepasnya, ada smangat demi semngt dihulurkan.. jazakumullah (utk org len juga ^^)

urm.. btw, psl analogi.. hati2 juga kot.. + sifat Allah sebaiknya jgn disandarkan dengan sifat manusia..wallahua3lam

jzkk raden, peringatan itu..:)

Post a Comment