Saturday, July 10, 2010

CountDown

Posted by azim On Saturday, July 10, 2010 2 comments

Perasan tak bahawa kurang 30 hari lg nk masuk bulan ramadhan..

kita baru sahaja menyambut Peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 rejab..
pasni masuk bulan Syaaban pulak...

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili ra, berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban, sukacitalah(cerialah ) dirimu dan perbaiki niatmu"

Peristiwa di Bulan Syaaban
1. Malam nifsu Syaaban.
Daripada Muaz bin Jabal ra. Rasulullah saw bersabda: "ALLAH menjenguk datang kepada semua makhukNYA di malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa sekelian makhlukNYA kecuali orang yg menyekutukan ALLAH atau orang yg bermusuhan."
2. pertukaran Qiblat dari masjidl Aqsa ke Masjidil HAram
3. Peperangan Bani Mustalik pada tahun ke 5hijrah


Amalan Sunat yang digalakkan pada bulan Syaaban


1.Berpuasa
Saidatina Aisyah meriwayatkan hadith Rasulullah saw yg bermaksud:" Rasulullah tidak pernah berpuasa sunat setiap bulan lebih banyak berbanding puasanya dibulan SYaaban. Baginda bersabda: Beramallah kamu sehari dgn kemampuanmu, sesungguhnya ALLAH tidak pernah bosan (utuk mmberi pahala) sehingga kamu sendiri yg berasa bosan dgn beramal."

2.memperbanyakkan doa,zikir dan berselawat kpd Rasulullah saw.
3. memelihara solat fardhu disamping memperbanyakkan solat sunat.


Jadikan bulan Syaaban ini sebagai pemanas badan untuk menghadapi bulan Ramadhan agar tidak 'pancit, cramp, convulsion kejang etc' semasa beribadat dibulan mulia tersebut..

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Sabda Nabi s.a.w.: "Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


"The likeness of the month of Rajab is that of the wind, the likeness of Sha’baan is that of the clouds and the likeness of Ramadaan is that of the rain; whoever does not plant and sow in Rajab, and does not irrigate in Sha’baan, how can he reap in Ramadaan?" (Said by Abu Bakr al-Balkhi)


KEMPEN JOM SOLAT BPI






“Ya Allah! Berkatilah kami dalam Rejab dan Syaaban ini dan
sampaikan kami kepada Ramadan.”



Kat SINI ADE BNDE BEST!!
http://blog.iloveallaah.com/


slamat beribadat.
Enjoy the Summer with PDF (prayer, doa, n fasting)
Wallahu A'lam...

2 comments:

cuba tulis tajuk..

berpecah itu bagus.. :P

berpecah untuk mencari air..

..

Post a Comment