Saturday, December 12, 2009

Aku seorang mahasiswa perubatan Muslim? (part 3)

Posted by cairoboy On Saturday, December 12, 2009 22 comments



Sebagai mahasiswa perubatan, mana satu antara dua di atas ialah pilihan utama anda?


Saban hari kita ke berulang alik ke kuliah, keluar di pagi hari, balik ke rumah petangnya. Tujuan utama untuk menimba ilmu perubatan dan mengambil peluang sepenuhnya daripada ilmu dan kepakaran pensyarah yang mengajar pada hari tersebut. Selalunya(atau kadang kala), kita pulang ke rumah dengan penguasaan yang baik terhadap apa yang dipelajari pada hari itu. Alhamdulillah. Saya panggil ini sebagai situasi pertama. Namun, situasi kedua, adakala (atau selalu) kita pulang ke rumah, tanpa mengetahui, “apa sebenarnya yang aku belajar tadi ya?”, atau, “apa yang doktor tu cakap ya?”.

Masalah ini (situasikedua) sering sekali berlaku dalam masyarakat medik kita,mahasiswa perubatan. Bahkan, tidak keterlaluan jika saya katakan, inilah masalah utama yang melanda mahasiswa perubatan Muslim terutama dari kalangan pelajar praklinikal, selain masalah ‘hilang priority’ dan gejala sosial. Mana tidakknya, ramai ulamak dan ahli akademik mengatakan bahawa kefahaman adalah nikmat yang paling tinggi dalam belajar! Maka di sana terdapat 2 golongan yang bertindak terhadap masalah ini.

Yang pertama, mereka pulang ke rumah dalam keadaan sedar akan masalah itu, dan tidak ambil kisah atau tidak mengambil tindakan susulan dengan mengulangkaji misalnya. Golongan yang kedua, mereka pulang sedar akan masalah ini, dan mengambil tindakan susulan, seperti perbincangan, study group, dan sebagainya.

Jika situasi yang kedua berlaku kepada anda, dan ia memang selalu berlaku, dalam golongan manakah anda berada? Jika ia berlaku, maka adakah hari kita dibazirkan begitu sahaja? Adakah kuliah yang kita hadiri dari pagi ke petang lebih kurang 6-7 jam sia-sia sahaja? Dan jika keadaan ini selalu berlaku kepada kita, sebagai seorang mahasiswa perubatan Muslim yang berjiwa besar, bagaimanakah cara untuk kita bangun kembali?


………………………………


Kita sering bertanya, apakah penyelesaian bagi masalah ini? Bagaimana aku hendak fokus dalam ‘study’ di kuliah? Di sana terdapat puluhan malah ratusan jalan penyelesaian….
Namun, langkah awal yang perlu diperhatikan sebagai penyelesaian masalah ini adalah mudah sahaja. Bahkan, ia bukan sahaja mudah malah sangat penting dalam menetapkan fokus kita dalam ‘study’.

Sebagai mahasiswa perubatan Muslim yang sebenar, perlulah menetapkan niat yang jelas sebelum melangkah ke kelas setiap hari, malah sebelum memulakan ulang kaji sekalipun. Kefahaman dalam belajar adalah hasil daripada taufiq Allah dan fokus kita sendiri. Dan fokus itu terhasil daripada matlamat yang jelas dan realistik. Dan matlamat itu merupakan natijah daripada niat yang ikhlas. Niatlah kerana Allah, dan niatlah untuk fokus dan mendapat kefahaman dalam pelajaran.

Sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w,

“Umar bin al Khattab r.a. berkata : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya sesuatu amalan dengan niat, dan dikira amalan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya (diterima) oleh Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya dikira dengan apa yang diniatkannya.”

Hadith Muttafaqun Alaih


Sebagai mahasiswa perubatan Muslim, tidak cukup dengan niat. Perlu satu elemen lagi sebagai pelengkap kepada niat kita. Sebagai ‘booster’ nombor 2 selepas cita-cita tinggi kita menjadi seorang doktor. Perlulah kita menjadikan sesi pembelajaran perubatan di kuliah sebagai salah satu majlis zikrullah.

Seperti disebutkan dalam sebuah Hadith,


“Dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Tiada suatu kaum yang duduk dalam majlis zikir kepada Allah melainkan pasti dikelilingi Malaikat dan diliputi rahmat Allah dan diturunkan pada mereka ketenangan ketenteraman dan diingati oleh Allah di depan para MalaikatNya”

Hadith Riwayat Muslim


Apakah majlis zikrullah tersebut? Ia adalah satu majlis atau perkumpulan manusia hatta sekecil 3 orang sekalipun, untuk mengingati Allah dengan apa cara atau wasilah sekalipun. Termasuklah dalam kategori ini, kumpulan belajar yang berniat belajar kerana Allah.

Sebagai pelajar dalam bidang perubatan, bagaimana kita hendak menghadiri majlis sebegini dengan begitu kerap, untuk mendapat rahmatNya, sedangkan kita terlalu sibuk dengan sesi pembelajaran kita di university dan ulangkaji di rumah? Sebagai orang yang berakal, mari kita berfikir.

Jawapannya mudah sahaja, seharusnya kita JADIKAN kuliah pengajian perubatan kita salah satu dari majlis zikrullah!!

Soalnya, bagaimana? Mudah sahaja. Hadir ke kelas semata-mata kerana Allah ta’ala. Belajar ilmu perubatan untuk kelak dapat membantu manusia beribadah dengan kesihatan, merawat pesakit agar terjaga akidah mereka. Belajar dan mengkaji teknologi-teknologi perubatan terbaru untuk menaikkan imej Islam menjadi yang tertinggi diantara semua ideology dan fahaman. Serta belajar ilmu perubatan untuk merasai kebesaran Allah Subhanahuwata’ala. Ketahuilah bidang anda, dan jadikan bidang itu majlis zikrullah.

Aku tidak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal & haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya”

(Muqaddimah Tahqiq, al-Risalah imam as-Syafie)


Kenapa harus kita biarkan ahli kitab menguasai bidang ini sedangkan majlis pembelajaran kita dalam bidang perubatan ini adalah majlis zikrullah, yang dipayungi rahmat Allah?

Kenapa pula harus kita, mahasiswa perubatan Muslim, yang layak memikul tanggungjawab belajar perubatan, meninggalkan bidang perubatan untuk mencari rahmat Allah sedangkan dalam perubatan itu sendiri terdapat rahmat Allah?

Suka saya nukilkan kata-kata para ulamak, “saya inginkan para petani menjadikan cangkul mereka sebagai tasbih, tukang jahit menjadikan benang dan jarum mereka sebagai tasbih…..”. Begitu juga para doktor, seharusnya menjadikan stetoskop dan sphygmomanometer mereka sebagai tasbih untuk mengingati Allah. Juga mahasiswa perubatan yang belum bergelar doktor menjadikan mata pena dan buku mereka sebagai tasbih.

Tidak perlu bagi seorang professional meninggalkan kariernya dengan alasan ingin menumpukan kepada ibadat kepada Allah semata-mata. Tidak perlu bagi seorang doktor meninggalkan stetoskopnya untuk mendapatkan biji tasbih bertasbih kepada Allah. Cuma gunakan akal fikiran yang waras dan bertasbihlah dengan stetoskop anda!

Sesungguhnya, pemikiran sebegini (meninggalkan kerjaya dengan alasan untuk beribadat dan berdakwah) merupakan pemikiran yang kolot datangnya bukan daripada ahli ilmu, hanya sekadar dari bacaan yang superficial atau internet, atau sekadar nukilan taqlid dari orang terdahulu dari kalangan yang sepemikiran dengan mereka.

Begitu juga dengan mahasiswa perubatan Muslim. Anda masih boleh menjadi seorang pelajar perubatan Muslim yang beriman tanpa perlu meninggalkan buku dan pena, tanpa perlu meninggalkan ‘study group’ kerana hadir ke usrah atau kelas tafaqquh agama, tanpa perlu menghabiskan semua elaun buku untuk ‘shopping’, ziarah, jaulah, dan melancong semata-mata. Semuanya hanya dengan ‘mutiara’ niat kerana Allah dan mujahadah yang tinggi.


………………………..


Seorang yang berjiwa mahasiswa perubatan Muslim perlu menanam sifat, apabila belajar ilmu perubatan, setiap kelas akan berakhir dengan ucapan semudah “Subhanallah”. Setiap fakta yang dipelajari diikuti ucapan semudah “MasyaAllah”. Setiap konklusi yang dibuat dikaitkan dengan kebesaran Allah dengan ucapan “Allahu Akbar”.

Cuba bayangkan, alangkah indahnya jika kita jadikan kuliah pengajian perubatan kita sebagai majlis zikrullah. Sehari 4-7 jam, seminggu 5 hari, sebulan 4 minggu, setahun..?? Bilanglah sendiri. Alangkah besar fadhilat dan pahala yang akan kita peroleh dengan kesungguhan kita belajar perubatan. Itu baru kuliah pengajian yang diwajibkan university, belum ditambah dengan ‘revision’ dan kelas tuisyen di luar waktu kelas.


Kaitannya Dengan Hilang Fokus?

Bagaimana 2 elemen yang disebutkan sebelum ini dapat mengatasi masalah pembelajaran kita? Bagaimana pula kita boleh mendapatkan kembali focus yang hilang?

Sebagaimana seorang pemain bola sepak posisi penyerang, bermatlamatkan jaringan gol, dan ber’booster’kan gaji lumayan serta tajaan mewah, seperti itulah juga kita, seorang mahasiswa perubatan Muslim. Mahukah kita menjadi lebih rendah tarafnya daripada pemain bola sepak?
Seperti disebut dalam sebuah Athaar dari Ibn Mas’ud,

"كن عالما أو متعلّما أو مستمعا أو محبّا , ولا تكن ثالثا , فتهلك"
“Jadilah orang alim, atau(jika tak mampu) orang yang mengajar, atau(jika tak mampu) orang yang belajar, atau(jika tak mampu) orang yang cinta(akan ilmu). Dan jangan pula kamu jadi golongan yang kelima(selain daripada 4 golongan sebelumnya), maka akan hancurlah kamu.”


Sesungguhnya penuntut ilmu jauh lebih mulia daripada mana-mana golongan manusia sekalipun! Kerana apa? Kerana gol kita adalah Allah dan ilmuNya, kerana ‘booster’ kita adalah rahmat Allah serta naungannya dalam majlis zikrullah. Maka tidak inginkah kita menggunakan kemahiran ‘dribble’ yang terbaik yang kita ada dalam medan pengajian kita di kuliah? Jika kita tidak mampu belajar ilmu atau sekuran-kurangnya mencintai ilmu, maka, di dalam golongan manakah terletaknya kita?

Jika kita menerapkan konsep ini dalam kehidupan seharian kita, kita akan fokus, cuba untuk fokus, dan terus mencuba sehingga kita berjaya dalam pengajian kita. Keluarnya kita dari rumah menuju ke kuliah dan pulang kembali ke rumah, tidak akan sia-sia begitu sahaja. Demi mendapat keredhaan Allah, demi merasai ketelitian ciptaan Allah juga, kita akan sentiasa bersemangat meneliti dan mengkaji matapelajaran yang kita belajar. Secara langsung, fokus kita bertambah, di samping mendapat keredhaan Allah.

Ingin juga saya kongsikan nasihat Ibn Abbas apabila ditanya, bagaimanakah cara belajar? Beliau menjawab, dengan ringkas,

"...لسان سأول و قلب عقول..."
“...lidah yang bertanya, dan hati yang peka(berakal & bertaqwa)…”


Maka, setiap kali kita pulang ke rumah selepas ini, jika dulu sering kita katakan, “apa sebenarnya yang aku belajar tadi ya?”, atau, “apa yang doktor tu cakap ya?”……

Sekarang akan sering kita katakan, “alhamdulillah, hari ini, aku belajar……sekian dan sekian…..”, atau, “dalam kelas tadi, doktor cakap…..demikian dan demikian….”. Dan lebih baik dari itu, kita mampu berbincang dan mengajar pula rakan kita yang tidak faham di rumah nanti.

Mudahnya, dunia dapat, akhirat pun dapat…

Kan bagus begitu?? ;)


Sepatutnya, kita perlu mengambil kedua2 pilihan di atas, kerana ilmu perubatan dan ilmu agama saling berkaitan. Terpulang kepada kita untuk menentukannya untuk kebaikan kita.



Nukilan hati oleh
Saudara Ahmad Ibrahim bin Yahaya

22 comments:

lontarkan idea anda!!!
jgn simpan2~

jemput baca sasiah mahasiswa perubatan muslim?? part 1 & 2 bg yg belum baca

http://medicairo007.blogspot.com/search/label/sahsiah%20doktor%20muslim

focus itu yg utama. adalah penting membe2 nk bg teguran n peringatan supaye masing2 berada di jalan yg sama. ummah tu x berdiri teguh kalau seorang je yg focus :)

n kepada org2 yg mendapat tajaan, kene sentiase beringat, tajaan itu satu amanah. n amanah tu kene pikul sebaik2nya..

p/s: name ayah salah eje tu..

wah~ org ukrain pon ade komen kt cni!!!

salam,
sedikit ralat pada Athaar Ibn Mas'ud yang saya tuliskan...

sepatutnya,

ولا تكن خامسا...

bukannya,

ولا تكن ثالثا

harap maaf atas ralat

ahmad ibrahim yahaya

best..teruskn perkongsian.

(walaupon mcm pnjng dan aku skip siket2..he~)

x aci la wei men skip2!!

sila baca penoh walaupon bohsan.. :)

yup.

thanx for the nasihat. best33.
walaupun tersama perangai jap ngan hazwan salleh.

tak bace pun. skip trus ke komen.
boleh?

nice job skem.keep on writing, if perlu buatlah sebijik belog.pasti hoowwttt dan meletup. i read it for 3 rd time then only pagi ni komen C:

1)nak quote balik hadith yang di post olehku sebelum ini.

Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkan-Nya, dan menuntutnya adalah ibadat, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah).

-Hadith Rasulullah-

2)muslim mnarik sebab boleh jadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat menuai.

3)istimewanya islam, semakin kita dekat dengan islam, semakin kita berjaya di dunia. sbb muslim diajar untuk itqan dan berbuat sesuatu dengan ihsan.tapi kalau kirstian, semakin dia kristian semakin dia jumud. kalau ikut sejarah ms zaman paderi berkuasa dulu, semua saintis yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan kefahaman gereja dihukum bunuh. cth gereja kata bumi as pusat alam semesta while saintis kata pusat sistem suria adalah matahari, dan planet2 beredar mengelilinginya.

4)Darwin tu keluarkan teori revolusi manusia masa zaman saintis kene bunuh tu. adakah dia sebenarnya cuba membutakan mata hati melwan arus fitrah yg sebenarnya proses revolusi itu adalah mustahil semata2 mahu memuaskan hati gereja? (takut kena bunuh)

5)pengasingan antara ilmu perubatan dan ilmu agama adalah sekular.

6)ibadah paling baik adalah membuat sesuatu mengikut kesesuaian masanya. kalau waktu kuliah g la kuliah, kalau waktu exam bangun malam tu solat 2 rakaat untuk tahajud then study lebih baik dari solat sunat 20 rakaat.

7)semoga semua muslim menjadikan medan yang diceburinya sebagai medan jihad untuk menaikkan islam.

8)umat islam harus cemerlang. siapa kata kita tidak boleh. lalala...-->ni nasyid ok. i juz failed to memorize the lyrics tapi byk pengajaran yg boleh di extract dari lagu ni.

9) ok la kot. taip senang beb. letup-letup bg komen, tp doakan kita semua mampu memperhalusi paradigma Muslim(ni nama blog Hazim haha) dan memperhebatkan diri.

10) toodles, btw skem, nk jd moderator tak xD??

-guess who-

menarik rupanya jadi anomimes ni yek. haha.

bleh agak sape anonymous kat atas nie...
btw skem, idea anda sgt mantap..
lau ade like mcm fbook pasti beratus2 org like...

sori baim ralat nama ayah ko
nnt aku tukar.

skip siket2 xpe la..kan3=)

mne bule dinmat.bace balek dari awal entry ni!

bosan.
Anon kat atas tuh Ayu.
haha

salam.. nice entry.. memang anak2 pak yahaya nih hebat2...

haha anonymous 2, sapekah anda??

anak2 pak yahaya.. hahaha. ramai terase tu wei :P

ada platform yg sesuai
gunakan je

Yang buku Human Anatomy tu sampai tiga buah buku yang sama apa cerita? :)

buku pon pandai posing gak ;)

Post a Comment