Setelah kepulangan 75 orang ahli Perjanjian Aqabah ke2 ke Madinah, berkatalah Nabi Muhammad SAW kepada muslimin Makkah, “Sesungguhnya, Allah telah menjadikan kamu daar(negara) lebih baik dari daarikum, dan ahl yang lebih baik dari ahlikum. Allah telah mengizinkan kita untuk berhijrah, maka marilah kita sama-sama berhijrah”. Usai Nabi berucap, terus saja ahli muslimin Makkah pulang ke rumah masing-masing untuk berkemas.. Hebat, seruan kali pertama untuk berhijrah terus disambut tanpa sebarang pertanyaan. Itulah kelebihan para sahabat, sanggup berkorban diri, harta dan keluarga untuk melaksanakan perintah Allah dan RasulNya yang tercinta. Maka, berhijrahlah kaum muslimin Makkah ke Madinah dan Nabi adalah orang terakhir yang berhijrah..
Sudah tentu hijrah Nabi kita tidak semudah yang disangkakan. Awal-awal lagi, pihak Quraisy telah berkumpul di Dar Nadwah untuk merancang rapi pembunuhan Nabi..maka dipilih dari setiap kaum seorang shaaban qowiyyan agar setiap seorang dari mereka menikam Nabi dengan satu tikaman. Dengan pembunuhan sebegini, Bani Hasyim (kaum Nabi) tidak dapat menyalahkan mana-mana kaum yang terlibat..Namun, perancangan Allah nyata jauh lebih hebat, maka diutuskanNya Malaikat Jibril untuk mengkhabarkan kepada Nabi..Nabi lantas berjumpa Abu Bakar As-Siddiq dan menyatakan bahawa Abu Bakar telah terpilih sebagai peneman Nabi untuk berhijrah ke Madinah..Menitislah air mata Abu Bakar menunjukkan tanda syiddatul farah.. Pada masa yang sama juga, Nabi telah mengkhabarkan kepada Ali bin Abi Talib untuk menggantikan baginda di tempat tidur dan memulangkan beberapa amanah kepada pemiliknya setelah baginda berhijrah.. Apa kata-kata Ali?? Tidak sekalipun Ali menolak bahkan dia berkata, “Inilah malam yang paling tenang yang pernah aku tidur dalam hayatku..” Jelas di sini, walaupun nyawa di hujung tanduk, namun sekiranya kita bergantung pada Allah, nescaya diberikan sakinah kepada hambaNya..
Dapat kita lihat di sini dua pengajaran yang sangat besar. Pertama, Ali bin Abi Talib yang ketika itu hanyalah berusia 23 tahun, sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mempertahankan Nabi yang tercinta..Reflex diri kembali, kita yang rata-ratanya berusia 20an, untuk berasa izzah dengan Islam itu sendiri pun kita malu apatah lagi mengorbankan diri kerana Islam.. Apa usaha yang telah kita lakukan untuk Islam?? Bagaimana agaknya jika kita diletakkan di tempat Ali bin Abi Talib? Dan dari pihak Rasulullah sendiri, baginda merisikokan Ali, antara insan yang paling Rasulullah sayang dalam peristiwa hijrah ini.Kita??Kita selalu teragak-agak..mengorbankan sedikit masa dan tenagapun kita masih berkira, jauh sekali mempertaruhkan nyawa ahli keluarga.
Kedua, sesungguhnya, barang-barang amanah yang Nabi ingin pulangkan bukanlah semua pemiliknya Islam. Ada di antaranya pemiliknya yang termasuk dalam golongan Quraisy yang merancang pembunuhan Nabi..Tapi, tiada sekelumit rasa dendam pun dalam hati Nabi terhadap mereka, malah Nabi memulangkan barang yang diamanahkan kepada Baginda..Hebat sungguh akhlak Nabi kita..Satu sunnah yang Rasululah ajar kita, sebelum kita bermusafir kita perlu tunaikan amanah dan hutang.
TAKTIK NABI
Maka bermulalah hijrah Nabi kita yang tercinta. Perkara pertama yang dilakukan baginda bukanlah menuju ke arah utara, di mana terletaknya Madinah tetapi Nabi dan sahabatnya mengambil langkah keselamatan bergerak ke arah selatan kerana baginda mengetahui adanya kawasan berbukit di situ. Tapi, baginda sebenarnya tidaklah mengetahui adanya gua Tsur. Dan tidak juga Jibrail datang mengkhabarkan tentang kewujudan gua Tsur. Kenapa? Supaya Rasulullah terus berfikir dan menyusun strategi. Bagaimana kalau kaum kafir tidak mendapati Rasullullah di utara mereka akan ke selatan dan cari mereka di bukit ini.Kalau mereka tiba di bukit itu, Rasulullah tidak boleh berhenti dan perlu terus mendaki.. Rasulullah mendaki dan terus mendaki..sehinggakan Abu Bakar bertanya: Ya Rasulullah, sampai bila kita akan mendaki ,bila kita akan berhenti? Rasulullah tidak pernah berhenti berfikir, apabila semakin tinggi, maka merekapun akan penat dan mereka nanti akan berfikir bahawa Rasulullah telah berusia 53 tahun dan tidak mampu untuk memanjat sejauh itu. Apabila sampai di suatu kawasan landai, baginda berhenti seketika sambil memandang ke arah Makkah lalu berkata, “Sesungguhnya Allah mengetahui engkaulah (Makkah) ahabbal bilad di hatiku, kalaulah kaumku tidak menghalauku, nescaya aku tidak akan keluar darimu selama-lamanya..” Terpaku pada kata-kata Nabi sehingga mampu mengalirkan air mata. Dari kata-kata ini, dapatlah kita ketahui bahawa penghijrahan ini menunjukkan pengorbanan Nabi yang sangat besar, sehingga menitis air mata Nabi kerananya.
Sejenak..bayangkan kita terpaksa tinggalkan Malaysia, tinggalkan ibu, ayah, keluarga dan menetap di Mesir untuk suatu jangka yang kita tidak ketahui. Sanggupkah kita??
Bagi mengubati hati kekasihNya, Allah telah menurunkan ayat 20-25 surah Qasas yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s. Sesungguhnya, setiap nabi yang membawa risalah menghadapi keadaan sama sepertimana keaadaan Nabi sekarang. Ayat terakhir dari surah ini;”Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu” memberi ketenangan kepada Nabi , seolah-olah Allah telah memberi satu jaminan di situ. Dengan izin Allah, akhirnya tibalah Nabi di Gua Tsur yang tingginya 3000 kaki. Berapa umurmu ya Rasulullah ketika itu?? Tidak terbayang betapa penatnya, Nabi yang ketika itu berumur 53 tahun dan Abu Bakar, 51 tahun mampu berjalan dan mendaki tanpa henti..
Cuma ingin melontar satu pandangan kepada sahabat-sahabat yang pernah mendaki gunung Sinai..Kita yang masih belasan tahun ketika mendaki gunung Sinai turut merasa penat, dan pastinya kita berhenti untuk berehat puluhan kali..Bayangkan keringat Nabi dan Abu Bakar mendaki Gua Tsur semasa usia baginda dan sahabatnya itu sama seperti ayah ataupun datuk kita..Itulah pentingnya qowiyyun jism..
Wahai sahabat-sahabat..mari kita berfikir lagi..mengapa ya, Allah tidak menurunkan buraq untuk Nabi sebagaimana peristiwa Israq dan Mikraj?? Kan mudah, tunggu di depan pintu rumah dan dalam sekelip mata sahaja sampai terus di Madinah.Ibrahnya di sini ialah Islam di zaman Nabi bukan berkembang kerana mukjizat tetapi atas dasar tajribah basyariah (percubaaan dari seorang manusia)..Percubaan yang mana mampu diikuti oleh manusia biasa seperti kita. Rasulullah berusaha dan berfikir untuk menyelamatkan risalah begitu juga kita perlu berusaha dan berfikir demi agama Islam..cubalah walau sekadar berfikir untuk mengislah diri sendiri.
KEADAAN DI MAKKAH
Asmak binti Abu Bakar, itulah satu-satunya sahabiah yang mengetahui kedudukan Nabi dan Abu Bakar di Gua Tsur..Sepanjang keberadaan Nabi dan Abu Bakar selama 3 hari di sana, Asmaklah yang menghantar makanan 2 kali sehari dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan...Cuba kira..berapa lama pula masa yang Asmak ambil untuk mendaki sedangkan Rasulullah sendiri mengambil masa 2 jam setengah? 2 kali turun dan naik,maka lebih kurang 10 jam sehari. Kagum bukan??. Satu contoh jelas, Asmak membuktikan kepada kita wahai akhawat-akhawat, wanita itu bukanlah lemah malah mampu menyumbang demi Islam.
Sementara itu, apabila mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar tiada di Makkah, terus Abu Jahal menuju ke rumah Asmak. Setelah 3 kali ditanya kepada Asmak “aina abuki?” dan jawapan yang diterima hanyalah “la adri”, ditamparnya Asmak sehingga berdarah mulut Asmak..
Asmak binti Abu Bakar as-Siddiq telah membuktikan kepada semua wanita di dunia ini bahawa dalam keadaan apa sekalipun seorang wanita itu, dia masih boleh berbakti kepada Islam. Dan jangan juga memandang remeh kepada kebaikan yang kecil walau hanya sekadar memasak atau membasuh pinggan di rumah. Lihat pada Asmak, dia hanya sekadar penghantar makanan kepada Rasulullah.Tetapi dengan makanan ini, Rasulullah dan Abu Bakar mendapat tenaga.Jadi, para akhawat sekalian, jadilah seperti Asmak yang sanggup menggadaikan dirinya demi Islam walaupun anda sudah mempunyai banyak tanggungjawab; kerjaya, keluarga dan sebagainya nanti..
KEADAAN DI GUA TSUR
Apabila Abu Bakar mendapati bahawa Kaum Quraisy telah sampai ke kawasan Gua Tsur, maka berkatalah Abu Bakar kepada Nabi “Kalaulah salah seorang dari mereka (kaum Quraisy) melihat ke kaki mereka, nescaya dia akan melihat kita”.. Namun, dengan tenang, baginda bersuara, “Ya Aba Bakr, kalau kamu merasa kita berdua, maka Allahlah yang ketiganya..” Maka, turunlah ayat ke 40 dalam surah at-Taubah yang menunjukkan Allah mencampakkan rasa sakinah ke dalam hati kedua-dua hambaNya.. Jelas, pergantungan hidup kita hanyalah sepatutnya kepada Allah semata-mata..
Bukan itu sahaja, Gua Tsur juga telah menjadi saksi kasihnya Abu Bakar kepada Muhammad SAW.. Kisah Abu Bakar dipatuk kala jengking sewaktu baginda tidur di atas pahanya sudah kita ketahui dan ini adalah salah satu kisah ukhuwwah terhebat selepas kisah ukhuwwah Muhajirin dan Ansar..Abu Bakar tidak sanggup menggerakkan Rasulullah kerana baginda ketika itu terlalu penat lantas Abu Bakar pun terus menahan kesakitan. Menahan kesakitan yang amat sangat sehingga menitis air matanya jatuh ke atas pipi Rasulullah. Tatkala inilah, Rasululah pun terjaga..Aduh, hebat sungguh kisah persahabatan ini.
Lihat kasih sayang seorang sahabat kepada Rasulullah..rela dipatuk kala jengking daripada membiarkan Rasulullah yang kepenatan terjaga.
Setelah itu,Nabi dan Abu Bakar turun dari Gua Tsur untuk menuju ke Madinah, mereka terserempak dengan Suraqah bin Malik yang ketika itu masih belum memeluk Islam.. Suraqah cuba mengejar Nabi dan Abu Bakar dengan kudanya kerana Kaum Quraisy telah menawarkan 100 ekor unta bagi sesiapa yang dapat menangkap Muhammad samada dalam keadaan mati mahupun hidup. Hal ini kerana, kaum Quraisy tahu sekiranya Islam sudah mempunyai tapak di Madinah nanti, pasti dengan mudahnya Islam tersebar ke seluruh dunia.. Namun, setiap kali Suraqah menghampiri Nabi dan Abu Bakar, dengan kuasa Allah, kudanya tandus ke tanah dan perkara ini berlaku sebanyak 3 kali sehingga Suraqah akhirnya mengalah.. Lalu berkatalah Suraqah, “Ya Muhammad, berikanlah aku keamanan” .. Baginda membalas , “Aku akan berikan kepadamu keamanan, Suraqah”.. Berkata lagi Suraqah, “Sesungguhnya, kalau tidak aku akan mendapat 100 ekor unta, jadi, berikanlah aku sesuatu”. Dengan yakinnya, Nabi pula berkata, “Akanku berikan kau Gelang tangan Kisra..” Dan gelang yang dimaksudkan Nabi adalah gelang tangan Raja Farsi yang pada masa itu masih belum Islam kuasai.. Sungguh, kata-kata Nabi itu benar belaka dan dibenarkan oleh Allah semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab apabila dia berjaya membuka Farsi.. walau ketika itu Rasulullah telahpun wafat. Terus, Umar naik ke atas mimbar dan bertanya di manakah Suraqah.. Lalu datanglah seorang lelaki tua dan dipakaikan Umar gelang itu ke tangannya sebagai bukti kebenaran janji yang telah dinyatakan oleh Rasullah sehingga menyebabkan para sahabat yang menyaksikan peristiwa itu menangis, begitu juga Suraqah..
Perjalanan hijrah Nabi diteruskan.. Sepanjang perjalanan, baginda melihat Abu Bakar terdongak-dongak ke kiri dan kanan jalan walaupun jalan yang diambil mereka bukanlah jalan biasa yang dilalui orang ke Madinah.. Maka, ditanyanya Abu Bakar adakah dia berasa takut akan keselamatan Nabi? Ya, itulah jawapan Abu Bakar kepada baginda. Kemudian Nabi bertanya lagi, “Adakah kamu risau aku akan dibunuh?”, maka jawab Abu Bakar, “ Ya, sekiranya aku mati, aku adalah seorang lelaki, namun sekiranya engkau mati, engkau adalah ummat..”
Bersambung...
KITAB ALA KHUTOL HABIB
RIM A.RAYYASHI
3 comments:
"ana rajul wa anta ummah"... bagaimana nak melayakkan diri ini berbaloi hidup di bumi Allah? Jika Sayidina Abu Bakr 'hanya' rajul. Siapa pula aku...
aku debu di bawah tapak kasut Saydina Abu Bakar kot, x pon bawah lg
hehe, br lepas bc kisah hijrah ni dr Ar Raheeq Al Makhtum semalam.
:)
Post a Comment