Salam semua, salam sejahtera. Sudah lama tidak ketemu kalian di sini.
It's in eye beholder. Pernah dengar tak, orang puji sesuatu itu cantik dan menarik, tapi bagi kita biasa sahaja, dan sebaliknya. Itulah yang kita katakan pandangan itu melalui siapa yang melihatnya.
Mari kita bermula pengembaraan hikmah.
Stereognosis. Kebolehan kita untuk mengenalpasti 'familiar object' melalui gabungan reseptor sentuhan, tekanan, tekstur dsb melalui deria sentuhan.
Kalau kita tiada kemampuan ini, apabila kita pejamkan mata, kita tahu sesuatu objek itu keras atau lembut, bentuk begini dan begitu, tapi kita tak langsung dapat mengintegrasikan segala maklumat dan apatah memperolehi jawapan.
Apakah objek itu sebenarnya?
Association area.
Kita nampak!
Saya dengarlah~
Tapi.. kenapa saya tak faham apa benda depan saya ini?
Apa benda alah yang saya dengar ini?
Sebab defect dalam association area.. sedih. Kita gagal untuk mentafsirkan apa yang kita alami sendiri.
Mari kita tengok.. apa benda ini?
Benda alah apa kasi aku benda nih? Benda bulat, pink pula.. ada bintik-bintik violet [ke biru?] dan merah.. hasil seni ke apa?
Recent thrombus. Lumen dipenuhi dengan dengan thrombus meninggalkan sedikit ruang kosong. Ada Fibrin network dan Lines pf Zahn.
Jangan kata orang biasa.. budak medik yang tak study @ yang Allah letakkan padanya kekacauan emosi waktu peperiksaan pun boleh keliru.
Teori baru yang saya ingin ketengahkan. Apabila dalam sesuatu kenyataan, ada subjek dan objek
Subjek: Mampu melihat mentafsir makna objek.
Objek: Mempunyai bentuk dan memberi makna.
Penting tau! objek itu sendiri dapat dikenalpasti dan memberi makna. Dan bila sampai kepada subjek yang sewajarnya ia mampu mentafsirkan recent thrombus dan terus kepada confirmation test @ rawatan susulan. Kalau orang tak tahu? Buat dunno je la..
Perasan tak.. kalau seseorang itu tiada ilmu, tiada wisdom.. masakan mampu untuk mengenalpasti apatah memberi (manfaat).
Macam mana dengan dunia kita, makrifatullah?
Samalah! Dunia ini ada langit, ada pokok, ada kucing.. ada kita!
Semuanya terbentang di sini. Macam-mana ada. Tapi jika kita tiada hikmah, tiada ilham, tiada ilmu, masakan kita mampu untuk mentafsir.. apakah dunia ini sebenarnya. Di sebalik awan yang tiada tiang, di sebalik gunung terpasak kukuh, di sebalik hidup kita yang ada mudah, ada sukar.. apakah hikmah yang tersembunyi..
Sama seperti recent thrombus tadi, kalau kita ada gagal untuk mengenalpasti, maka kita hanyalah orang yang melihat dan menerima tapi tidak memberi dan membawa manfaat.
Jadi, apakah significant kita hidup?
Selalu.. selalu.. mata kita celik, telinga kita tidak tuli..
Tapi hati kita buta untuk mengenalpasti..
Untuk kenal apa itu Cinta Ilahi..
Menjejak apa yang pasti..
Kita nak dapat full mark untuk slide identifications, exams.. kita mahu berjaya dalam kerja dan profession.. tapi dunia yang luas ini bagaimana? Mestilah mahu berjaya cemerlang juga!
Mari berjaya! :)
Jom cari hikmah!
It's in eye of beholder~
"Open Your Eyes"
By,
Radin Rahmah binti Radin Monawir, MS
3rd Year, Medical Student [MS]
Cairo University 09/10
*streognosis:ability to perceive or the perception of material qualities (as shape) of an object by handling or lifting it : tactile recognition
simple view for physioantomy of brain here.
7 comments:
yg nih baru bab sensory.. ad idea utk bab motor lak.. nk tls tkt pjg sgt..
:D
*tensen mode, lantas menulis*
salam.. mabruk2 raden... artikel yg sgt best.. kreatif tapi bermakna.. x sabar nak baca nest article plop..
salamalaik..
terima kasih raden
terima kasih lagi..
terima kasih lagi..
tuk artikel ni....
Mari berjaya!insya Allah
nak terima kasih jugak laa~
yee..raden mula melihat dunia luar..kui..kui..
raden..tinggikan lagi tahap kesensitivan anda...belajar menghasilkan mimik muka berdasarkan suasana ye raden...saya tunggu perubahan itu...^_^(hikmah belajar sensory)
Onie, Term.. try la tls.. pass kat radin, nti radin publish :D
Anna Ghani,
ops.. motor defect.. xtau nk respon nk wat cm gane
bgs2...mengaitkan apa yg belajar dgn realiti..
peka tu perlu tuk jadi doc dan muslim...
thumb up radin..
go radin go
Post a Comment