Friday, December 25, 2009

JANGAN BIARKAN IA SIA-SIA

Posted by princess On Friday, December 25, 2009 6 comments



Hidup ini berlalu pantas tanpa kita sedari.Setiap hari , ada sahaja perkara baru yang kita pelajari; baik seronok mahupun sedih.Itu semua adalah pengalaman buat rujukan kita di dunia ini. Masa terus berlalu dan berlalu..semakin jauh meninggalkan kita. Umur semakin bertambah dan bertambah.Tanpa sedar, sudah lama rupanya kita mendiami bumi ini. Mari kita renung semula, betapa indahnya perjalanan hidup kurniaan Allah ini. Lihatlah, pada dirimu..

’Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik- baiknya’.(95:4)

Lantaran inginkan sesuatu yang lebih dari apa yang kita miliki, lalu kita terlupa untuk bersyukur pada apa yang telah tersedia diberi; mata, hidung, telinga dan anggota badan yang lain semuanya sesuai pada tempatnya. Kemudian,kehidupan lebih bermakna apabila semua yang ada di dunia ini; udara, air dan makanan adalah khusus untuk manusia;makhluk terpilih.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan?(78:6)

Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan hebatnya untuk kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam- tanaman(78:14,15)

Semua kesenangan ini menjadikan hidup kita mudah dan berjalan lancar. Sehari demi sehari kita menikmati hidup ini, memang indah! Sayangnya, terlupa kita untuk bersyukur kerana semua itu telah menjadi satu kebiasaan. Bangunlah,sedarlah selama ini apa yang kita lakukan sebagai tanda setinggi-tinggi penghargaan pada Zat yang Maha Pemurah ? Sesungguhnya, Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia- sia..Mana mungkin setelah semua kesempurnaan dan kemudahan tersedia , kita masih tidak mampu menunaikan perintah-Nya! Waspadalah!Waspadalah! Jangan kita termasuk dalam golongan yang kufur akan nikmat Allah.

Mereka mengetahui akan nikmat Allah,kemudian mereka mengingkarinya(16:83)’

‘Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya.Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscya kamu tidak akan mampu menghitung nikmat-Nya.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan mengingkari nikmat Allah. (14:34)

Kembalilah sahabat-sahabatku kepada fitrah kita semula, setiap dari kita amat-amat memerlukan-Nya . Hidayah-Nya amat kita harapkan bukan sahaja di dunia yang sementara ini bahkan di akhirat nanti yang kekal abadi. Malulah! Pencipta kita tidak pernah sesaatpun melupakan kita tapi kita belum tentu mengingati Allah setiap masa. Apa yang pasti kebanyakan masa kita bukanlah untuk-Nya. Lebih menyedihkan lagi andai kita bergantung harap pada-Nya pada waktu tertentu dan melupakan-Nya pada waktu lain. Allah berfirman;

“Dan di antara manusia ada yang hanya menyembah Allah di tepi, maka apabila dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas dan apabila ditimpa sesuatu cubaan, dia berbalik ke belakang.Dia rugi di dunia dan di akhirat. Itulah kerugiaan yang nyata.(22:11).

Hakikatnya, peluang hidup di dunia ini sekali dan masa telahpun berlalu seiring dengan meningkatnya umur ini.

Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.Kemudian Dia bangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahu kamu apa yang telah kamu kerjakan.(6:60)

Renungi semula 20 tahun yang lalu,.. dan bayangkan pula 20 tahun lagi, adakah kehidupan sama akan kita lalui..siang kita bangun ,malam kita tidur , sedih dan gembira bersilih ganti sebagai perasa mengisi kehidupan ini dan begitulah hari-hari seterusnya dan tiba saat itu...

Kemudian apabila tiba sampai tempoh mereka, tiadalah mereka dapat meminta di kemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan” (16:61)

Sebelum terhenti nafas, sebelum berakhirnya degupan jantung.. tunaikanlah segala perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya. Perbanyakkan syukur. Kita bukan sesiapa untuk menyombong bahkan kita hanyalah hamba yang hina.

“Dan terhadap nikmat tuhan-Mu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur. (93:11)

Hargai detik masa yang berlalu kerana kita tidak mahu hidup ini pengakhirannya sesalan yang tidak berkesudahan

“..Mereka merasa seakan-akan hanya sebentar sahaja tinggal di dunia..”(79:46)

Nukilan hati,

Uwais Al-Qarni


6 comments:

salam..
sape uwais al-qarni ni?
blh tahu x?

salam..
terdetik nak tulis komen nh bila slah seorang housemate saya bertnya kpd saya, ''ini uwais al-qarni yg tulis ke?'' maksud dia uwais al qarni yg sebenar..dan saya yakin ini bkan tulisan uwais al qarni salah seorang sahabat nabi s.a.w. tu..tapi hanya nama samaran yg digunakan oleh penulis..
jadi bila fikir2..boleh ke guna nama sahabat nabi@ulama' sbagai nama samaran walaupun atas tujuan@niat yg baik? maksudnya menyandarkan sesuatu tulisan yg kita tulis kpd mereka..bkan apa bmbng timbul kekeliruan kpd orang ramai..mgkin penulis terlepas pandang bnda nh..
cuba kita amik contoh klo sya tulis komen nh guna nama samaran yg telah masyur e.g. jackster@musegalo@aiyqosim@c's...bkankah nnt akan menimbulkan kemarahan kpd mereka..sbb komen nh bkan mereka yg tulih:p..
Rasulluh s.a.w. juga ada memesan kepada kita umatnya melalui hadis iaitu melarang sekeras-kerasnya menyandarkan sesuatu yg bkan drpd baginda walaupun perkara itu baik..saya rasa kita semua tau hadis tu..
so, klo kita nak gak guna nama samaran n xnak reveal nama sbnar kita..gunala nama yg kita komfem xmengelirukan org@merujuk kpd org lain..e.g.oltroman,digimon n etc..:p

Sdikit info about Uwais al-Qarni r.a.:
Beliau hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. ttp x brkesmpatan bertemu dgn Rasullah. Beliau berasal dr Yaman. Sgt zuhud dan xdikenali walaupun oleh sahabat2 nabi yg lain.pernah bermusafir utk bertemu Rasullah tp xberkesempatan bersemuka krn ktka itu Rasullah berada di medan perang dan dia perlu pulang secepatnya utk menjaga ibunya yg uzur..merupakan sahabat nabi yg hebat dan makbul doanya shgga Rasulluh s.a.w. menyuruh Saidina Ali bin Abi Thalib n Saidina Umar al-Khattab utk mmnta doa darinya...info selanjutnya bleh rujuk kat web nh..

http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/106-uwais-al-qarni.html

ermm.
agi stu pasal Uwais al-qarni nh...
sbnarnya ulama' mengklasifikasikan dia sebgai tabi'in...sbb dia xpernah bertemu dgan Rasulullah face to face walaupun dia hidup di zaman Rasulullah s.a.w..mcm yg kta bljar kat skolah dulu sahabat nabi adalah orang yg pernah berjumpa@bertemu Rasullah dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya...
waAllahua'lam..

tenz haziq.. bnyk ilmu yg dapat dikongsi bersame..
ni bru komen je..
pe kate kt jmpt haziq tuk kongsi
sedikit drp ilmu hg kat sini?

btw ali-tissot xde masalahkan?

Artikel yg penuh kekurangan ini pastinya bukan hasil titipan Uwais Al-Qarni..

Kenapa Uwais Al-Qarni??
Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Kerana kecintaannya kepada Rasulullah

Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.
Kerana kehebatannya.. tidak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

Penulis

boleh tau x sape penulis artikel ni.or at least nk tau sape yg bg artikel ni?

Post a Comment