Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Kekasih

Posted by azim On Sunday, February 14, 2010 0 comments

Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Entry ini tiada kena-mengena dengan Valentaim dey .
Hanya sekadar ingin memperingati tokoh ulama yang telah berjasa kepada dunia Islam.

Tarikh yang sepatut diingati oleh umat Islam ialah 09 dan 12 Feb.
Sekurang-kurangnya ada peristiwa berkaian dengan Islam.

Tanggal 9 Feb 1933, lahirlah seorang ulama dibumi Lubnan bertempat di Terablus.
Tidak lain tidak bukan beliau ialah Dr. Fathi Yakan.

Sekadar ingin bekongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup beliau.
  • Beliau mempunyai kelulusan Phd dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
  • Merupakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam.
  • Pelopor gerakan Islam di Lubnan
  • Memenangi kerusi parlimen Lubnan pada tahun 1992
  • Menghasilkan kitab-kitab terkenal yang menjadi rujukan umat Islam seperti maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.o berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).
  • Meninggal dunia pada 13 June 2009 (berumur 76 tahun) semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas beliau.


Tarikh 12 Feb 1949 pula tercalit sejarah hitam dalam dunia Islam. Pemergian seorang tokoh gerakan Islam yang disegani oleh umat Islam, as-syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau meninggal dunia akibat konspirasi pihak-pihak tertentu.




  • Lahir pada tahun 14 Oktober 1906 di kota Mahmudiyah, Distrik Bahirah Mesir.
  • Menghafal al-Quran ketika berusia hampir 14 tahun semasa belajar di Darul Mu’allimin Damanhur, tahun 1920.
  • Tahun 1923-1927, tamat pengajian di darul ulum dengan mendapat keputusan cemerlang dengan ranking pertama di kaherah dan ke lima seluruh Mesir.
  • Berkahwin dengan puteri salah seorang tokoh Ismailiyah Al Haj Husain As Shuly pada malam 27 Ramadhan 1351 H. Ia kemudian dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan satu lelaki.
  • Beliau menjadi pengasas dan ketua IM setelah tetubuhnya gerakan ini pada bulan mac 1928.
  • Berkahwin dengan puteri salah seorang tokoh Ismailiyah Al Haj Husain As Shuly pada malam 27 Ramadhan 1351 H. Ia kemudian dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan satu lelaki.
  • antara kitab-kitab karangan beliau ialah Antara semalam dan hari ini, syarah usul 20 dan lain-lain.

Maklumat ini hanya gambaran kasar tentang kedua-dua ulama ini.
Sekadar untuk mengingatkan bahawa kita seharusnya mengasihi para ulama yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Tarikh 14 Feb diingati oleh setiap remaja- remaja Islam kerana dipengaruhi oleh dakyah-dakyah musuh Islam . Sepatutnya kita lebih mengingati 9 & 12 Feb kerana terdapat peristiwa yang lebih bernilai daripada 14 Feb.

Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawa para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan. (HR Bukhori dan Muslim)

Telah banyak ulama yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan bersama para anbiya. Walaubagaimanapun masih terdapat ulama-ulama yang masih hidup, kita harus menghargai dan mengambil manfaat daripada mereka agar kita berada dilaluan yang mereka jalani untuk mendapat redha ALLAH. Berkasihlah dengan para ulama kerana mereka merupakan waris anbiya. Inilah Kekasih Kita

Sekian. Kalau ada salah silap tolong betulkan.
p/s 26 Feb 2010 (bersamaan dengan 12 rabiulawal 1431) (hari jumaat) mauled rasul .

0 comments:

Post a Comment