Tuesday, January 5, 2010

Tips Cemerlang Dari Imarah 9

Posted by c's On Tuesday, January 05, 2010 8 comments

Salam.. siapa kata bila duduk di Imarah ramai-ramai orang Melayu tak berkembang? [takde siapa yang kata camtu pun sebenarnye]
Sesi 2008/2009 telah membuktikan betapa 'berkembang'nya prestasi warga Imarah 9. Bila survey2 tak delah ramai sangat yang duduk di Imarah 9 tapi ramai gak yang mumtaz duduk Imarah 9. Untuk tahun 3 ada 8 orang, Tahun 2 ada 4 orang.

Huh! Mantap!
Mari kita saksikan pesanan dari imarah 9~
* * * * *

1. Kenapa bila dengar je exam nak dekat, semua orang cuak, gelabah, takut, rasa tak cukup persediaan lagih, tapi kenapa kita susah nak hadirkan rasa takut dan cuak untuk menghadapi exam akhirat..

2. Kenapa kita selalu rasa jeles bila orang lain dah cover banyak topic dari kita, tapi kenapa kita susah nak rasa jeles tengok orang lain amalam dia lagih banyak dari kita.

3. Kenapa bila time nak exam, selalu jer rasa masih tak cukup ilmu untuk masuk exam, rasa macam banyak lagih tak cover,rasa tak nak exam lagih, tapi kenapa kita jarang fikir yg amalan kita selama nih dah cukup ker untuk hadapi exam akhirat, dah cukup ker bekalan tuk akhirat.

4. Kenapa bila exam nak dekat, kita study bagai nak rak, sanggup tido 2 jam jer,seolah2 kita nak exam besok hari, , tapi kenapa usaha kita untuk menhadapi exam akhirat ala kadar jer, tak macam seolah2 kita nak mati besok hari..

Kenapa dan kenapa?

5. Kenapa kalo time jwb exam banyak silap.. mesti dah habis exam tuh banyak komplen dan merungut, susah hati .“nih aku dah baca sebenarnya nih” @ “alamak, apsal pgi tukar jwpn plak, dah betul daa”, tapi bila kita buat salah ngan Allah, buat dosa ngan Allah, kenapa kita susah nak rasa menyesal dan bertaubat.. kalo bertaubat pun, kdg2 buat balik..

6. Kenapa kalo dah habis exam,kita akan terfikir-fikir, jawapan exam aku ok ke tak,prof terima tak jawapan soalan exam tadi, tetapi kenapa kita jarang nak fikir amalan kita selama ni Allah terima ke tak, Ikhlas ke tak kerana Allah..

7. Kenapa bila kita dapat markah rendah dalam exam, kita mesti cari prof atau tanya pelajar2 mumtaz cam ner dia boleh score, siap nak mintak skema jwpn lagih, tapi kenapa kita jarang nak pergi jumpa alim ulama, tanya cara nak perbaiki mutu ibadat…


Ya Allah, jauhkan kami daripada penyakit cintakan dunia… Jadikanlah kami orang yang mencari dunia untuk akhirat..Biarlah usaha kami menghadapi exam kami di dunia nih adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada mu, dan dikira sebagai amalan soleh di sisimu..Ameen..

Nukilan,
Fatma Husna binti Abdul Razab

Tahun 3
Universiti Kaherah

* * * * *

Macam mana?
Seruan untuk mumtaz dunia akhirat!
Itulah yang kita mahukan.
Ameen.. ameen..

Diedit oleh, Radin Rahmah Radin Monawir

8 comments:

fathiyyah suka ini. jazakillah ukhti :)

fatma husna abd razab said :
salam alayk..

sedikit PEMBETULAN..
TAJUK ASAL ARTIKEL NI : UJIAN DUNIA VS UJIAN AKHIRAT..

mungkin Raden lupe nak masukkan kot..hee..
:)
semoga kita same2 amik pengajaran walaupun tak seberapa..
jzkk raden!
p/s: "ignore je yang ckp pasal imarah 9 tu ek":p

aimi says:
"best je term!kami paham...jom kita bersama2 berubah ke lebih baik..chaiyyok!!"
:)
raden best!

This comment has been removed by the author.

:P

tau je tuh tajuknye.. tp sje tukar.. :D

n klu pasan susunan nye pun kenapa n kenapa tuh rdin letak tgh..

sengaja

ops.. sowi, pttnye edit dgn keizinan penulis.. adess.. ampun!

nak like jugak~

nantikan serangan dari Giza & ARMA exam nanti!!

malikussoleh pn nk join gak...

banyak yang boleh dipelajari, terima kasih kerana berkongsi.

Post a Comment