Friday, January 1, 2010

Iktibar Hunain

Posted by c's On Friday, January 01, 2010 17 comments

(Kredit untuk Jabatan Grafik mediaPERUBATAN)

Dalam fatrah imtihan ini, sudah tentulah kita semua busy dengan jadual study masing-masing. Harapnya, kesibukan itu tidaklah melupakan kita terhadap hala tuju hidup yang kita susuri berlandaskan Islam ini. Jangan pula cita-cita dunia dikejar, sedang matlamat akhirat ditolak tepi. Imtihan dunia itu hanyalah ujian Allah swt terhadap hambaNya dan imtihan akhirat itu jua yg harus diutamakan.

“tapi jangan la pulak sampai tak study sebab sibuk beribabadat..pandai-pandai la seimbangkan antara keduanya..”

Walau banyak mana pun buku dikhatamkan, walau banyak mana pun latihan yg dibuat, walau geliga mana pun otak menghafal, jangan over confident! Apa yg penting dalam kita berusaha gigih ialah nusrah dan redha Allah swt. Letakkanlah kebergantungan kepada Allah swt itu lebih tinggi berbanding keyakinan diri.

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun, dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran), dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.

= Surah at-Taubah : 25 – 26 =

Over Confident

“pernah tak kita rasa over confident time exam?..rasanya lack of confidence adalah kot..tapi nak cerita gak..”

Jika kita over confident dalam menempuh perjuangan exam ini, jadilah kita umpama tentera-tentera Islam yang Tentera Hunain

Sirah zaman Rasulullah saw ini memaparkan 12 ribu tentera Islam turun ke medan perang dipimpin oleh Rasulullah saw. Jika nak dibandingkan dengan peperangan lain sebelumnya, peperangan Hunain ini melakar sejarah kehebatan Islam dengan jumlah tentera yang sangat besar, yang pernah dikepalai oleh baginda Rasulullah saw.

Berhadapan dengan musuh daripada Bani Hawazin dan Bani Thaqif, tentera Islam ketika itu berasa sangat yakin mereka akan beroleh kemenangan. Lantas, persediaan dilakukan bagai melepaskan batuk di tangga, strategi diatur atas pagar sahaja, kelengkapan senjata dipandang sebelah mata..

Dek sikap over confident tersebut, mereka lupa untuk bergantung harap kepada Allah swt, sebaik-baik Perancang. Akibat memandang rendah kekuatan musuh, tentera Islam menjadi kacau-bilau pada awal peperangan lagi. Akhirnya, Allah swt menghantar tenteraNya yang tak dapat dilihat untuk mengalahkan musuh demi agamaNya. Sudah tercatat dlm taqdir, Islam menang dengan izinNya.

“bila fikir2 balik, sebenarnya pernah je rasa over confident ni..time jawab soalan senang, yakin boleh score tapi tengok2 markah soalan yang susah lebih tinggi berbanding yang kita rasa senang tadi..sekarang tau la sebab ape kan..”

Rendah Hati


Sehebat mana pun diri kita, ingatlah ada lagi yang Maha Hebat. Jauhi pemikiran tentera Hunain, kita tak mahu jadi seperti mereka. Suratan Ilahi tiada siapa yang tahu. Oleh itu, sentiasalah rasa rendah hati, kita hanya hamba yang lemah..

“kenapa rendah hati? bukan rendah diri ke? Menurut seorang ustaz Indonesia dalam kuliah beliau (disiarkan dalam Astro Oasis), rendah diri itu negatif, rendah ati itu yang Allah swt kehendaki..kerna?hujahnya panjang, kita bincang lain kali la ye..tak kesah la rendah diri ke..rendah hati ke..yang penting konsepnya kita faham..”

Perjuangan kita suci..perjuangan menuntut ilmu demi agamaNya. Jangan landasinya dgn emosi, amarah semata. Biarlah ia didasari niat yg ikhlas dan amalan yg tulus. Jangan dilihat result kita mumtaz atau tidak, nilailah usaha kita itu mumtaz atau sebaliknya. Apa yang penting, perjuangan kita tidak tersasar dari landasan. Jangan kita gagal menghadapai ujian Allah swt melawan nafsu, demi mencapai kejayaan dunia.

Matlamat kita murni..matlamat menegakkan syariatNya di muka bumi ini. Ayuh! Berusahalah bersungguh-sungguh dan letakkanlah pergantungan hanya pada Allah swt, yakini ketentuanNya..

“mari kawan-kawan kita rancang strategi untuk berjaya dan laksanakannya dengan disiplin..bukankah salah satu daripada ciri-ciri fard muslim adalah sistematik dalam urusannya?..”


Oleh:

Natasha Anis Rusli

Tahun 3 Universiti Kaherah

17 comments:

betol2x...

bila kita over confident..rasa bergantung kepada Allah tu kurang..tapi bila kita rasa down..Allah lah tempat kita mengadu dan bermanja..

dan Dia sebenarnya sangat menunggu kita mendekatiNya...berjlan kita menghampiri dia..Berlari Dia mendapatkan kita...

pernah zaman sahabat..Saidina Umar al-Khatab memecat Khaliq al-Walid walaupun memenangi banyak pertempuran,,kalu diikut logik..pemimpin manalah buat perkara pelik macam tu..
tapi kalu ikut sebab sebenar..Saidina Umar tak nak orang islam percaya kemenangan itu kerana adanya Khaliq tapi mahu umat Islam yakin dengan iman mereka bahawa kemenangan itu sebenarnya datang dari Allah...

dan bertawakallah kepada Allah, Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara (33:3)

syukran tasya for this article.. sebenarnya konsep tawakal tuh perlu bermula daripada kita mula nak blajar lagih sehinggalah masuk exam dan lepas habis exam.. bukannya lepas exam baru nak tawakal...

setuju...
tawakal itu perlu 'sentiasa'
tiada 'bermusim'
setiap ketika kita bertawakal..

ada satu jenis pemikiran yang saya nampak bila saya nampak perkataan 'seimbang' di atas.
seolah2 ibadah itu terhad kepada ibadah2 khusus seperti solat dan bangun malam, dan study itu adalah sesuatu yg lain.

seluruh hidup kita adalah ibadah.
tak kira waktu study, amalan khusus, ataupun amalan sunat.

study itu jika diniatkan kerana dunia, maka rugilah kita.

secara tak langsung, kita telah menjadi salah satu pendokong sekularisme, iaitu memisahkan agama dengan urusan dunia.

sama2 kita betulkan cara kita berfikir.
wallahu a3lam..
betulkan saya kalau salah

fathiyyah likes this.
jazakillah :)

emhoho..
maybe maksud penulis artikel tentang seimbangkan study n ibadat tu..(jap, quote ayat)

“tapi jangan la pulak sampai tak study sebab sibuk beribabadat..pandai-pandai la seimbangkan antara keduanya..”

mungkin maksud beribadat penulis tu, ibadah khusus. dan penulis tak bermaksud pula nak kata study tu bukan ibadah. rasenye kawan2 kite kat sini semua tau study itu juga ibadah.

teringat masa kelas ustaz Syed tahun lepas, kita sebagai pelajar, bila bangun malam, afdhalnya kita solat sunat beberapa rakaat dan study..berbanding kita solat sunat the whole night.

maybe la penulis tulis macam tu utk mengingatkan..mungkin wujud golongan yg bila exam je (ni cth je), mulala bangun malam pastu solat sunat shj, bace quran, doa byk2..etc
memang bagus,
tapi terlupa pula, sunnatullah, mesti ada sebab utk dapat kejayaan, iaitu BERUSAHA= study tu la

maybe la penulis nak kata seimbangkan antara doa dan usaha tu. Rasulullah SAW dan para sahabat pun dapat kemenangan, bukan sedebuk Allah bg (wlupon Dia bole buat camtu), tapi bersebab jugak dgn usaha dan strategi mereka.

Faham je maksud emhoho tu, betullah..jangan kita asingkan agama dari kehidupan. Belajar tu pun tuntutan Islam, masakan tidak, ayat Quran yg pertama turun pun menyeru kita utk menuntut ilmu..IQRA'

tapi cuma nak menjelaskan kemungkinan maksud penulis menulis sedemikian..

maaf, banyak guna 'mungkin' n 'mabye'..sebab i'm not the writer..so takutla mungkin penulis memaksudkan yg lain. thats just what i see..

wallahua'lam

thanks anonymous.
wpon anda anonymous saya mengucapkan byk2 terima kasih.
=D

seimbang pn bkn mksdnye pd kuantiti n kadaran @ pecahan yg sme... tp bersesuaian yg dltkkan pd yang hak

like dis post

*wonder why.. ble sy post apsal xde ikhwah komen?*

td men basket pn mse pgg bola.. ckp lau samah2.. excuse2 me.. sume kasi laluan instead of menghalang.. huhu

*post xbermksd sy yg menulis. heh

c's:
takut ikhtilat kot(sbb xnak komen)
ade ke akhwat main bsket?? kalo nk crk ikhwh main bsket pon ssh..

papepon post nih mmg brmakna..

ktrg bru men pagi td kat nile nadi riadhi.. msk utk weekend le5/person.. utk ari bse le3.. men je la smpi ble nk n ikt kekosongan padang.. atau men je dgn spe2 yg ade kat situ.. td ktrg lwn adik2 arab.. yg umur dlm 10-12 taun cmtu.. bes2

kalau tempah padang le50/hr

kalau men skuasy, men kat main campus

gambar tu medad yg buat...
mantap...
bertuah roomate die...

if we say 'seimbangkan dunia & akhirah'..
is that means 'dunia' & 'akhirah' are 2 different things that we have to separate them apart?

everything we do is 'ibadah' (as long as we obey the syariah) and it brings benefits 'dunia' & 'akhirah'..
is that right?

belajar n beramallah dgn kesedaran dan kewajaran..
bukan dgn mood dan perasaan..

suka quote nie..
"seimbang pn bkn mksdnye pd kuantiti n kadaran @ pecahan yg sme... tp bersesuaian yg dltkkan pd yang hak"

shiddah halak semua..
bilkheir wannajah fiddaraini..~

istilah yg tepat barangklai ialah mencari dunia untuk akhirat.. Wallahualam..

i love this post too~

salam alaykum..
jzkk pada semua yg share kat post mahupun comments..
menarik sangat..tengah bz2 nak exam ni,bile ade tazkirah n citer2 kat blog mmg best..

tahniah medicairo007!

syariatic + scientific = muslim sejahtera..

nak share,al-hajj 77-78 :)
"wahai orang2 yang beriman,rukuklah & sujudlah & sembahlah tuhanmu & buatlah kebaikan,agar kamu beruntung.

& berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamudan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.(ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim.Dia telah menamakan kamu orang2 muslim sejak dahulu ,& begitu pula (al-Quran ) ini agar Rasul Muhammad menjadi saksi atas dirimu & agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.maka laksanakanlah solat & tunaikanlah zakat,dan berpegang teguhlah kepada Allah.Dialah pelindungmu,Dia sebaik-baik pelindung & sebaik2 penolong.."

Post a Comment