Sunday, January 24, 2010

TICK-TOCK-TICK-TOCK…..Hati Berdetik

Posted by c's On Sunday, January 24, 2010 12 comments

Pesanan Moderator:

post ini agak panjang, kalau tak larat baca panjang sekaligus, bacalah by phase ke macam mana, janji baca habis, harap dapat faham secara keseluruhannya dan bukan secara separuh atau sekerat dan tebuk untuk dijadikan bahan untuk di'diskusi'kan.


Artikel ini dikirim awal, tapi masuk spam box baru sedar. Dan moderator agak malas [sebenarnya nak exam] untuk edit dan semak.


Salam imtihan semua..


Sekian, terima kasih.

c's

-----------


Assalamualaikum wbt ikhwah dan akhawat sekalian. Apa khabar semua? Sihat kah? Iman sihat?(iman di hati ye,bukan Iman Dash yang promote cupcakes tu…btw, belila cupcakes beliau. Untuk sebarang majlis..hari lahir, farewell, walimatul 'urus, suke2 sbb lapar etc, boleh tempah ye. Dijamin sangat lazat, insyaAllah. Man, hulurla sekeping due pound..tolong promote nih..yela,ikhlas!)

Bismillahirrahmanirrahim.

Menyebut tentang iman, pasti semua sedia maklum bahawa ia berkait rapat dengan hati. Dari hati pula lahirlah perbuatan dan tingkah laku. Hati yang baik dan suci akan menghasilkan tingkah laku yang mulia dan vice versa. Oleh itu,shbt2 semua..penting tak HATI?? Penting!!!!(jawab kanak-kanak gen7)

Sebagai hamba Allah, kita harus ingat bahawa hanya pandangan Allah yang kita harus layan dan pentingkan. Janganlah kita selalu mementingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. Janganlah kita mementingkan redha manusia melebihi redha Allah. Cintailah Allah melebihi segalanya. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha segala2nya. Cintailah Dia kerana Dia sudah tentu mencintai kita, dekatilah Dia, kerana Dia sentiasa mendekati kita (walau kita menjauhiNya), mohonlah keampunan daripadaNya, kerana Dia pasti mengampuni kita, rintihlah kepadaNya, Dia sentiasa dengar dan rindu akan rintihan hamba2Nya, bermohonlah hanya padaNya, Dia pasti menunaikan, hanya cepat atau lambat, atau sesuatu yang lebih baik akan diberikanNya. Kemanisan dan ketenangan hati terhasil daripada kecintaan terhadap Allah SWT. Orang yang mencintai Allah akan sentiasa tenang dalam menghadapi kesukaran hidup di dunia ini. Kerana dia menyakini bahawa janji Allah itu pasti. Bagi orang2 yang beriman itu, syurga baginya adalah kemenangan mutlak yang agung. Oleh itu, harus diingatkan disini shbt2, hati itu adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati makhluk2 ciptaanNya.

Ingatlah akan sabda Junjungan Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;

‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Jelaslah hati memegang peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah

"Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka."(8:2)

Dalam hidup ini, kita sentiasa bertarung dengan diri sendiri. Kadang kita menang, kadang kita kecundang, dek nafsu dan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa. Pertarungan ini tidak akan berakhir sehinggalah ajal mendatangi kita. Mahu atau tidak kita mesti lawan juga, bersenjatakan IMAN dan TAQWA. Persiapkanlah diri dalam menghadapi segala ujian di dunia ini. Kuatkan diri! Jangan lembik!

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya."

(91:7-10)

Sebaliknya orang yang mati hati itu tidak mahu mengambil berat soal tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan tidak mahu memahami garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

"Balasan buruk baik selepas mati tidak sekali-kali dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan keagungan Maha Pencipta".

(Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie)

Ya ayyuha as-syabab!

Kini sudah memasuki tahun ke-3 kita bertapak di bumi Anbiya' yang dirahmati Allah ini. Hanya berbaki beberapa tahun sebelum kita meninggalkannya. Janganlah kita sia2kan taqdir Allah yang menetapkan kita di sini. Dekatilah para 'ulama, warasatul anbiya'. Tingkatkan keghairahan dalam mencari dan mendalami ilmu2 Allah. Setelah mempelajarinya, beramallah dengan perbuatan. Janganlah dipersoalkan atau dibolak-balik kan hukum2 yang telah ditetapkan Allah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Kita hamba Allah yang faqir hendaklah mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan. Di sebalik syariat Allah itu terdapat hikmah yang tersendiri. Ada yang kita ketahui, ada yang tidak. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Contohnya, dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan telah digariskan adab2 yang wajib dipatuhi oleh setiap MUSLIM yang beriman. Tidak kira ia seorang 'ulama, ustaz, polis, presiden, nelayan atau duktur sekalipun hendaklah ia mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Hendaklah difahami, pergaulan antara lelaki dan perempuan itu HARUS hanya apabila ada keperluan di situ. Jika tidak ada keperluan, hukumnya adalah HARAM. Allah SWT Maha Mengetahui tiap2 yang ada dalam hati kita. Bayangkanlah, jika tanpa pergaulan pun, lumrahnya lelaki akan mempunyai perasaan pada perempuan dan sebaliknya, apatah lagi jika wujudnya pergaulan yang tidak perlu, ditambah dengan tidak mengikuti adab2 yang telah disyariatkan. Pastinya, bukan sahaja perasaan fitrah itu, tetapi ditambah dengan syahwat yang akan menjadi predisposing factor kepada zina hati, mata dan seterusnya. Jika tidak diiringi syahwat sekalipun, hendaklah kita berjaga2 dan syadid dalam melaksanakan perintah Allah. Sedang dalam doa seharian kita, meminta dikurniakan Allah syurga tertinggi, dengan amalan yang bersederhana atau hadhari atau "biase2 je la", layakkah kita untuk mengecapi jannatul a'la itu yang dipenuhi oleh hamba2 Allah yang masyaAllah, amat tinggi iman dan taqwa mereka…layakkah kita? Di mana tahap kita?

Namun, under certain conditions spt muamalat doc-patient, doc-doc, ustaz-anak murid akhawat, dan lain2 antara lelaki dan perempuan dengan berkepentingan, pergaulan adalah diharuskan. Tapi tidak perlu dilatih untuk perkara ini. InsyaAllah apabila tiba saat itu, seiring dengan meningkatnya kematangan dan pegangan, tidak ada masalah untuk bermuamalat. Jangan risau. Kita semua dah besar. Lebih kurang juga, umat Islam diharamkan minum arak. Namun ketika dharurat, almost die of dehydration etc, hanya ada arak di situ, maka kita harus minum arak tu. Tapi adakah ia bermakna kita harus biasa2kan minum arak dari sekarang untuk menghadapi situasi dharurat itu? Yela, takut tak biasa karang, boleh terbelahak, obstruction occur etc..oo..macam tu kah?? TIDAK sama sekali. Allahu A'lam.

Ya ayyuha as-syabab!

Seperti yang diketahui, dunia sekarang sedang mengalami kerosakan yang amat menakutkan. Tidak perlu pergi jauh, rata2 kita sendiri, sahabat kita di sini, keluarga, dan sahabat2 di Malaysia masih hanyut dalam arus dunia di bawah pengaruh Freemason dalam rancangan World New Order mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang mempunyai kesedaran untuk melapangkan dada, bangkit, meng"islah" diri,dan seterusnya mengajak keluarga, saudara-mara, dan kenalan2 kita di mana jua agar kembali ke jalan Allah. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan di sini di mana lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Sedarlah sahabat2 semua, bahawa kita sudah kesuntukan masa. Orang2 yang ingin menjatuhkan Islam tidak pernah berehat dalam usaha mencapai matlamat mereka. Bagaimana pula kita? Sesungguhnya, rehat seorang pemuda melambangkan kejatuhan ummah!!

Luqmanulhakim telah menasihati anaknya dengan berkata:

‘Wahai anakku, duduklah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama

mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan

segala isi hati hambaNya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana

menyubur bumi dengan titisan hujan’.

Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan

ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut

kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih,

membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang

tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli

ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi

pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka.

Ya ayyuha as-syabab!

Bangkitlah! Tolonglah bangkit! Bangung, bangung! Sahabatku bangung! Bapok aye hok tuo skali pon doh bangung, guano mu dok bangung??? (macam kenal ek dialog nih?-jzk pd seorg mek qlate yang sudi membantu kami menyelitkan loghat kebanggaan negeri mrk ini). Kita merupakan pemangkin ummah akan datang. Kita bakal melahirkan generasi2 akan datang.Kita adalah bakal ibu2 dan bapa2. Bak kata seorang akhawat, "Demi bakal anak-anakku, aku akan bermujahadah untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka". Almaklum, dari ibu bapa yang baik akan lahirnya anak-anak yang baik, seterusnya keluarga yang baik. Family kan nucleus of society. Seterusnya, dari keluarga yang baik, lahirlah masyarakat-negara-dan dunia yang lebih baik, insyaAllah. Mari kita mensasarkan our own world new order tapi bukan berunsurkan syaitan dan dajjal seperti yang dirancangkan Freemason dan seteru mereka. Tetapi sebuah dunia yang islamik, melaksanakan segala syariat Allah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Oh, alangkah bahagianya. At least kalo tak dunia pun, sasarkanlah pembentukan sebuah negara Islam dulu (semua org fahamkan, siapa tak faham, g main jauh2 ye.eh, sori2 gurau je, meh2 sini balik). Hidup mesti ada matlamat. Betul tak??

Berusahalah wahai syabab2 sekalian di dunia yang sementara ini. Ganjaran syurga yang kekal itu tak ternilai harganya. Dan ingatlah, kita hidup di dunia ini bukan untuk diri kita sahaja. Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya. Sekadar mengingatkan, seorang 'alim yang kuat amal ibadatnya pernah bermimpi. Dalam mimpinya diceritakan bahawa beliau telah dihalang daripada memasuki syurga Allah kerana dalam hidupnya, dia hanya beribadat tanpa menghiraukan masyarakat di sekelilingnya. Na'udzubillah. Marilah kita BERSAMA2 berusaha mencari redha Allah. BERSAMA2 kita meng"activate"kan 'amar ma'ruf nahi munkar. BERSAMA2 kita mengejar syurga Allah. Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sering menasihati dan mengajak sahabatnya kearah kebaikan. Bukan terus membiarkannya hanyut dalam kegelapan. Semoga pertemuan terakhir kita adalah pertemuan di taman-taman syurga..insyaAllah. Amin ya Rabb.

"Syurga itu keluasannya melebihi keluasan langit dan bumi, aku menginginkan semua manusia tanpa terkecuali berada di dalamnya" (Syeikh Hamza Yusuf)

"Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung".(85:11)

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya".(84:6)

Maaf dari kami andai ada hati yang terketuk. Tetapi jika ketukan yang meminta dibuka pintu hati ke arah cinta dan syurga Allah, Alhamdulillah. Maka bukalah pintu hati itu. Kalau tak terketuk, carilah dan terus mencari. Jangan berputus asa drpd memohon hidayah Allah SWT.

Allahu Akbar.Allahu Akbar.Allahu Akbar

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta sahabat2 baginda.

Akhir kata, Salam Imtihan, Salam Mujahadah, Salam Muhibbah, Salam 1 Agama…Salam 1 Malaysia??

Allah is One and He loves unity,

Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hasil nukilan,

Beit Hurrul Ain

12 comments:

mula2 rasa macam malas juga nak baca.
panjangggggg...
tapi, entah macam mana terbaca juga dengan tabahnya~

saya suka =)

thanx penghuni2 hurrul ain!

thanx.nice n refreshin utk kpl yg sndat ngn xm.
cm pnerangan psl entry sblum ni je ?
pepe pon, yg leh diamek pngajaran,amek la n fix diri memasing.

rehat seorang pemuda melambangkan kejatuhan ummah.
cool phrase.keep it up yo

salam alayk..

saya SUKE post ini~
thumbs-up tuk beit hurrul 'ain!

same cm chep,mula2 nak datang roh malas tu ..bile dh bace best & berisi..alhamdulillah..

bila hati tu terase suka dengan menda baik,tu tanda hati tu masih 'basah' dan tak dehydrate..pikir2kanlah..
tapi bukan suke je,tapi amik & amal!

selamat maju jaya dunia walakhirah..
p's:kecacingan semula-mode...
ws~

salam.. tq2 beit hurul ain.. artikel yg mantap di kala exam, sy suka baca artikel time dgr video.. terbaekkk woooookk!!

moga kita semua amek pengajaran dari artikel nih.. sy setuju.. ikhtilat itu bila perlu..

syukran...

tambahan, hukum Allah terselit hikmah tak tercapai dek akal yg terbatas.. hamba yg bertaqwa tak akan mempersoalkan..sekian

-term-

yeye.....sy pun ske.....wlaupun sy x bc tp aura tu dh buat sy ske.....haha

-alfa-

bes x autoplay utube? cumanya sy xsuka kalau ianya SNSD @ yg mne adik beradiknye T_T.. haha

huhu.. korg juga sgt bagus.. dah bagi amaran pun masih baca! tahniah2

peace! seronok tengok korang! :)

xbes la autoplay...jd malas nk bk AN...

salam

quote:

Bak kata seorang akhawat, "Demi bakal anak-anakku, aku akan bermujahadah untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka"

mcm kenal jer ayat nih..

adakah ayat iklan digi aka bakal ex exco bikon(akhawat)??

-bebeh-

>.<

huhu~
jazakumullah kpd penulis2..
suke3!!

erm,
nak kongsi skit blh?
sorg akk penah kongsi dgn kami,

fitrah seorang manusia, dia tahu benda tu baik ke buruk...
sbb kucing pon tahu mana baik n buruk..x caye?

cuba tgk kucing, kalau dia curi ikan,
mesti dia bawak lari jauh2..makan laju2..
kalau kita dtg, de mendesir..(ye ke perkataan ni?)..nmpkla de tau de b'slh.

tpi kalau kita yg bagi ikan dekat dia,
dia akn duduk jer kat situ..makan dgn sopan-santun. lepak jer x hiraukn kite..

see, kucing pon tahu fitrah baik dan buruk..xkan manusia yg Allah lantik jadi khalifah x tahu bezakan,kan?

cuma kdg, kita yg terhijab dr fitrah asal kita atau kita yg menghijabkan diri..
wallahu a'lam..

jom same2 muhasabah n istighfar byk2.
kalau rasa kwn2 ada wat slh, tegurlah kalau betul sygkan dia..guna cara terbaik...kita kan nak sama2 jadi kesayangan Allah..

-maaf jika tersalah ckp-

post yang best..walaupun after exam pharma baru nak rajin buka blog...thanks...
cam kenal je cek mek klate tu..huhu..
p/s-mila..alamak kucing saya tak sopan camtu la..curi ke tak curi makanan..kalu nampak ayam mesti dia lari..hmm..

Post a Comment