Tuesday, October 20, 2009

Salman kecewa....

Posted by aiyqosim On Tuesday, October 20, 2009 1 comments

Padang Futsal Kasr el Ainy, Selasa, 7.00pm - Penjaring gol terbanyak Liga Kaherah 2009, Mohd Salman bin Yusof melairkan rasa kecewa beliau dengan komitmen kaki bola Gen 7 yang kebanyakannya tidak turun padang malam tadi. Hanya 15 orang sahaja yang bermain untuk sesi 2 jam permainan futsal.

Walaubagaimanapun, Al Faiz beranggapan sebaliknya. Hal ini dianggap perkembangan positif sebagai satu permulaan. Tambahan pula, sesi kuliah baru membuka tirainya 3 minggu. Mungkin ramai di kalangan ahli Gen 7 yang baru mula mencuba menyesuaikan diri mereka dengan suasana pembelajaran Tahun 3 yang dinukilkan oleh senior-senior sebagai tahun paling mencabar.

Walaubagaimanapun, pemain-pemain yang turun padang pada malam tadi tetap bermain bersungguh-sungguh dan berjuang hingga ke titisan keringat terakhir. Mana tidaknya, sebanyak 2 round permainan berlangsung, tidak kurang daripada 15 gol berjaya dijaringkan. Antara penjaring-penjaring pada malam tadi selain daripada penjaring tetap, Salman, Al Faiz, dan Meng, turut menjaringkan gol adalah Imdad(hatrick), Ibrahim(hatrick), Tong(2 gol), Farid(2 gol), Naqi, Hafiz, Kome, Fahim, dan beberapa orang lagi(x ingat).

Namun begitu, sebagai Pengerusi Kelab Sukan PERUBATAN, Farid Amin sempat menasihatkan kepada semua pemain sebelum pulang ke rumah, "main-main jugak, belajar jangan tinggal!" Kata-kata beliau harus dijadikan pedoman bagi setiap ahli Gen 7, supaya tetap mengutamakan pelajaran tanpa meninggalkan aktiviti-aktiviti senaman dan sukan.

Akhirnya, kami ingin mengingatkan kembali kepada semua, biar apapun yang kita lakukan, mulakanlah dengan niat kerana Allah, insyaAllah, selagi perbuatan kita tidak melanggar syara3, pahala Allah akan kita perolehi.

Maaf, liputan tanpa gambar, hanya sedikit gambar Liga Kaherah 2009 sebagai tatapan dan imbauan kenangan, sekian, majulah sukan untuk semua.

Wassalam






1 comments:

pic kedua..zafir injured selepas terkena amukan puden..pe la blasah geng sendiri..hahaha..~

Post a Comment