Tuesday, October 20, 2009

~Ahlan Wa Sahlan~

Posted by aiyqosim On Tuesday, October 20, 2009 2 comments

Sekapur Sireh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Selamat datang kami ucapkan kepada semua pengunjung.

Ahlan wa sahlan diucapkan! Ahlan dengan erti kata andalah ahli keluarga kami, wa sahlan dengan erti kata senang, kita akan saling menyenangi dalam alam maya ni, anda dan kami.

Laman blog ini merupakan salah satu wadah dalam mengeratkan kebersamaan ahli Medicairo 07 atau Gen 07 atau MEG 7 atau sebagainya. Blog ini akan diisi insyaAllah dengan artikel-artikel ilmiah, tazkirah, medically related articles, pengumuman, dan aktiviti-aktiviti Medicairo 07 sepanjang keberadaan kita di bumi Mesir ini. Turut dimuatkan juga perkongsian-perkongsian pengalaman, resepi masakan, nota-nota menarik, gambar-gambar, dan segala macam input yang sesuai dikongsi bersama dan diambil bersama manfaat daripadanya.



Mengapa
ahsan nas?

Mengapa? kami juga masih mencari jawapan yang jelas bagi persoalan ini.



Siapakah kami?

Kami adalah anda. Kami sekadar menyediakan medium, hakikatnya, andalah yang akan mengisi ruangan kosong ini sehingga menjadi laman yang menarik dan bermanfaat.



Apakah matlamat blog ini?

1) Medium perkongsian maklumat bermanfaat, tidak kira medically-related, academically-related, exam-related, info-infi agama pengalaman-pengalaman hidup, tazkirah, aktiviti-aktiviti, gamba-gambar, dan sebagainya.

2) Medium pengiklanan, sama ada aktiviti Medicairo07, maklumat perubahan kelas, kelas tambahan, dan sebagainya. Juga menjadi medium iklan produk Biro Ekonomi, dan mana-mana pihak yang ingin mengat keuntungan.

3) Medium diskusi perbincangan yang membangunkan minda, mengeratkan perpaduan, da yang sewaktu dengannya.

4) Menjadi ruangan bagi mereka yang tidak mempunyai laman blog sendiri untuk meluahkan pemikiran dan pendapat, berkongsi idea, dan melepas geram.

5) Menyemai semangat menyampaikan ilmu, berkongsi pendapat, berdiskusi mencari penyelesaian, dan memberi peringatan dalam kalangan ahli Medicairo07.



Harapan

Untuk pengetahuan anda, kami merupakan amatur-beginner dalam bidang blongging. Menjadi harapan kami agar anda semua, ahli Medicairo07 mengimarahkan laman ini dengan perkara-perkara bermanfaat. Semoga laman ini diberkati dan diredhai Allah sebagai salah satu wadah penggiat dakwah dan pengerat slaturrahim antara kita semua.


Sekian

-Unity is Strength-

2 comments:

salam. aku org pertama coment kat c ni...
rupa2nya korang x cakap lebat, blog ni mnjadi kenyataan. mabruk!

haaa...juwe jgn pndang sbelah mate..
lebat2 jgk...keje kena jalan...hahaha.

Post a Comment