23 Oktober 2010, seramai lebih kurang 30 orang pelajar Malaysia tahun 4 round Community Medicine telah mengambil bahagian dalam larian amal sempena Breast Cancer Awareness yang telah diadakan di salah satu ‘seven wonder in the world’ iaitu Piramid. Pendaftaran telah dibuka 2 minggu sebelum tarikh program ini. Sebanyak LE 5 dikenakan untuk setiap seorang.
Pada hari kejadian, para peserta yang telah berdaftar berkumpul di Tahrir, di depan American University Center. Bukan hanya pelajar Malaysia sahaja di situ, terdapat juga pelajar tempatan sini yang merupakan pelajar tahun 4 yang sedang berada dalam round Community Medicine. Nampak banner ‘Community Team’ yang menampakkan kewujudan kami, pelajar-pelajar Community Medicine, Kasr El-Ainy Medical School. Daripada golongan kanak-kanak, remaja dan golongan emas beramai-ramai berkumpul di sini.
Kelihatan para peserta wanita yang kebanyakannya bertemakan merah jambu dan ungu, sebagai tanda menyokong kempen ini. Di sini, kami diberikan nombor, kupon makanan, t-shirt putih, dan topi (bagi yang bertuah sahaja). Keadaan menjadi agak kelam kabut apabila kami, pelajar Malaysia diberikan t-shirt dan nombor pada saat-saat terakhir, ketika bas sudah mula bergerak.
Banyak bas yang telah menunggu di situ. Mulai jam 7.45 pagi, para peserta mula memasuki bas. Para pelajar Malaysia antara yang terakhir menaiki bas untuk ke Piramid. Ada satu kumpulan pelajar perempuan yang sudah menaiki van, tetapi yang bakinya terpaksa menunggu sebuah lagi bas yang berpatah balik dari Piramid, atas sebab tidak cukup bas. Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas, perjalanan mereka menjadi lama dan mereka tiba agak lambat di kawasan persekitaran Piramid. Pada pukul 9.15 pagi, kesemua Community Team selamat tiba di sana. Kawasan dipenuhi dengan berpuluh-puluh ribu peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan warganegara seperti Malaysia, Brunei, Kanada, Sepanyol dan lain-lain lagi. Semuanya menyatakan kesudian untuk menyokong kempen ini.
Kami , pelajar Malaysia bersama pelajar Mesir bergerak dalam satu kumpulan untuk memasuki kawasan Piramid. Ada juga bas yang disediakan di dalam itu, untuk membawa kami ke kawasan pyramid yang paling hujung, iaitu tempat permulaan marathon. Tapi kebanyakannya hanya berjalan kaki. Larian dimulakan pada jam 10 pagi (mungkin lambat sikit kot). Bersungguh-sungguh mereka berlari. Nampak padat dan sesak. Tetapi masih juga pyramid dibuka untuk pelancong awam, bas lalu lalang yang mengganggu program itu. Beberapa masalah teknikal juga berlaku. Dari satu pyramid ke satu pyramid sehinggalah tiba di penghujung larian.
Di situ, para peserta diberikan air setelah penat berlari dan berjalan. Kelihatan berebut-rebut manusia di kiosk Hard Rock Café untuk mengambil biskutnya yang sedap. Ramai peserta mengambil peluang untuk berehat di bawah paying yang disediakan. Setelah itu, kami, Community Team telah mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan. Terima kasih kalian.
Oh ya, ada satu yang menarik berlaku pada hari itu, apabila salah seorang dari kami, pelajar Malaysia telah ditemu ramah oleh salah satu stesen televisyen. Tak pasti dari stesen TV mana. Rugi tak tengok tv malam tu :P
Rata-rata berpuas hati dengan penyertaan mereka dalam larian amal ini. Selepas ‘claim’ makanan dengan kupon yang diberikan itu, kesemua pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing pada kira-kira jam 1200.
Terima kasih kepada penganjur, semoga penduduk dunia lebih berjaga-jaga dengan tahap kesihatan diri.
Kagum dengan ‘survivor’ dan bekas penghidap kanser payu dara yang turut serta dalam larian amal ini =)
Yang menjalankan tugas,
Noor Asyila Ismail
1 comments:
tajuk yg panjang..=p
Post a Comment