Thursday, April 29, 2010

Kisah parit (1)

Posted by [amiza malik] On Thursday, April 29, 2010 3 comments



1.       Kedudukan: utara madinah- berdekatan masjidil nabawi


2.       Cadangan: sahabat;Salman alFarisi


3.       Ukuran: 4.5 km panjang


5 mtr dalam


9 hasta lebar


4.       Tahun: 5 hijrah (selepas pengusiran bani nadhir dari Madinah)


5.       Umur Nabi: 58 tahun


6.       Tentera muslimin: 1,500


7.       Tentera musuh: 4,000 Quraisy


3,000 bani ghatfan


2,000 yahudi khaibar+kabilah Madinah


700 bani sulaim


300 kabilah ashja’


        8. asbab untuk perang:membalas dendam ‘kekalahan’ perang uhud di medan uhud.


        9. tempoh: hampir sebulan(bertahan di medan ahzab+membina parit)


               


Pernah tengok parit di mesir..?


Apatah lagi sahabat …tak pernah-pernah tahu pun kewujudannya dan cadangan itu diterima pula oleh rasulullah…mungkin tak tergambar pon apa itu parit..  tak terbayang di mata tak tergambar di fikiran. Kerana Allah dan RasulNya,seluruh kaum muslimin  Madinah tak ketinggalan untuk menyertai perang ..


Namun tak semudah itu…hanya 10 hari tinggal untuk berperang dengan cuaca yang ketika itu amat-amat  panas dan bekalan makan pula sedikit, hasil dari tarbiyyah Rasulullah…mereka sanggup tinggalkan rumah dan keluarga untuk bersama-sama rasulullah, memuliakan agamaNya dimuka bumi…


Dalam usia yang sebegitu(ayah2 kita la..) rasulullah sama-sama juga menggali,mengetuk batu-batu mengangkat naik dan baginda adalah yang paling penat dalam kerja-kerjanya…(riwayat Aisyah) sanggupkah… andai itu adalah ayah kita, datuk kita…bahkan itu adalah baginda, RASULULLAH, kekasih Allah..


                -kerana islam yang ada pada kita hari ini baginda terlau banyak berkorban dahulu..menjadi orang pertama dalam beramal. Macammana pula islam kita…kita ambil secara total atau sebahagian sahaja..?                             


-kerana islam yang ada pada kita hari ini, sahabat-sahabat telah dahulu ber susah-payah walaupun tinggalkan anak isteri di rumah dan dalam terik panas kekurangan makanan.. kita mungkin juga boleh reflect diri kita .. sejauh mana pula mujahadah kita berperang dengan nafsu ??


Mukjizat khandak


1.Pada hari ke 5 terjadi satu peristiwa..yang telah pun terbukti dalam sejarah. Batu yang sukar diketuk tetapi apabila tiba di tangan Nabi,; ketukan pertama- Allahuakbar!aku mndapat kunci Syam dan demi Allah aku melihat istana Alhamra’..ketukan kedua- Allahuakbar! Aku mendapat kunci Parsi dan demi Allah aku melihat istana Almadain putih.. ketukan terakhir- Allahuakbar! Aku mendapat kunci Yaman…


Seterusnya peristiwa ini benar-benar meningkatkan roh sahabat mereka meyakini bahawa satu hari nanti Islam akan membuka kesemua tempat tersebut.


(rujuk surah Al-ahzab 13-20)


-          Matlamat yang jelas kerana mereka yakin Islam akan tertegak dan tersebar bahkan satu ketika dahulu terbukti penguasaan 2/3 dunia.. seribu langkah bermula dengan satu langkah permulaan…ayuuh jadi generasi terkehadapan. Kerana apa..? kerana kita yakin dengan kemenangan Islam..jadi gunakan segala potensi dan kepandaian yang Allah kurniakan kepada kita untuk Islam.


-          Allah tidak ciptakan kita dengan sia-sia.Pasti ada bakat-bakat kita yang kita tidak sedar untuk dikembangkan..rancang dengan baik..kerana musuh juga merancang dan kita juga harus merancang dari sekarang.



***************


2. Jabir melihat keadaan Rasulullah yang sangat-sangat lapar, dia segera pulang melihat dirumah andai-andai  ada yang boleh dijamah Nabi, didapati ada sedikit ayam dan sup yang belum pun dijamah oleh anak-anaknya. Dia mengajak Nabi…Baginda akan jawab ‘ya’? ohtidak… bahkan baginda bertanya ‘aku sahaja?’ Berulang-ulang  diajak...akhirnya nabi mengajak pula kesemua kaum muslimin ketika itu untuk ke rumah Jabir untuk makan..


Cukup ke..? disinilah muncul mukjizat. makanan yang sedikit tadi cukup dihidangkan buat semua 1500 muslimin ketika itu.


Pernahkah kita dengar tentang mukjizat-mukjizat  seperti bahtera nabi Nuh atau mukjizat nabi Musa yang kedua-duanya untuk menyelamatkan umat dan membuktikan kenabian ketika itu wujud pada zaman rasulullah..?


Mukjizat diatas tidak lain HANYA untuk memelihara & menetapkan hati2 muslimin ketika itu…sedangkan mereka perlu bekerja keras(mengambil sebab untuk menang) menghadapi musyrikin.tambahan tiada wahyu yang turun kepada Nabi, mereka dalam keadaan yang tidak pasti menang atau kalah Cuma yang pasti hanyalah tawakkal dengan usaha2 mereka yang hanya dibulatkan untukNya dan kesinambungannya, sampailah Islam pada kita..kerana..innahaljannah..mereka sanggup!


 -contoh dari pengorbanan sahabat tadi..pengorbanan dari segenap aspek untuk capai kemenangan walaupun terpaksa korbankan perkara2 yang kita sayang atau selalu buat (tapi tak manfaat..)  kita boleh sebenarnya .. Cuma,belum cuba belum tahu..                                                                                           
 -KITA mukjizat zaman ini…takkan lagi ada tongkat ajaib untuk memastikan islam kembali tertegak melainkan dari diri kita, ketinggian ilmu2 kita…,kemuliaan akhlak kita….,kualiti amalan2 kita. Kitalah yang memastikan kesinambungan Islam.andai baik, Islam akan ditegakkan andai sebaliknya..kita telah mensia-siakan usaha baginda yang kita kasihi…(yeke..? tepuk dada Tanya iman kita..)


Ayuh beramal..!jom mula dari sekarang..
Semoga bermanfaat dan selamat study..
(nantikan kesudahannya dan perkara yang tersingkap disebaliknya....)

 dikarang oleh: ayid




3 comments:

khandaq=al ahzab= parit

salam
bila terkenang pengorbanan Nabi dan para sahabat, sungguh-sungguh terasa diri ini begitu kerdil.. jzkk ayid, tak sabar menanti kesudahannya.. suka :D

kin

syukran ayid."innahaljannah"kite pun mst jihad sungguh2x dengan pen dan kertas untuk islam spt nabi dan sahabat berkorban untuk islam.Jika ditakdirkan syahid semoga syurga dijanjikan bertemu kekasih Allah s.a.w.amin..selamt study kawan2x..

Post a Comment