Sunday, February 28, 2010

Posted by Anonymous On Sunday, February 28, 2010 8 comments

Obsesi pada stadi grup.haha

Study Group Success Factors
  • Members of the study group must attend all class and section meetings.
  • Choose a regular and recurring meeting time to limit confusion and disappointment.
  • Have clearly stated goals for each study session and be sure to allot enough time for each level of the learning process.
  • If no one wants to lead the group, rotate the leadership and keep the responsibilities balanced.
  • Stay focused and on task.  Everyone’s time is precious.  Nothing is worse than allotting study time and then not getting any studying done.
  • Stay in close communication with each other if something comes up.
  • Always remind each other of expectations and assignments so there are no disappointments or setbacks.
  • Be accountable to one another at all times.  Encourage each other and remind everyone how important it is to be prepared for each study session.
  • Establish ground rules for staying focused and getting the work done at the very beginning of your study group formation.
  • Do not continue to include people who do not meet the expectations of the group.
  • Make sure everyone understands the material before moving on.
  • Be sure to consult with your professor or your TA if there are questions that come up during a study session.  Report back to the group so everyone is clear about the correct answers.
  • It can also be very effective to have more than one study group get together to help each other study before a mid-term or a final exam.

Possible Pitfalls of a Study Group

Study Groups, Caution

A study group can be a very positive learning experience. However, there are pitfalls to be avoided. Here are some cautions:
  1. Do not let the study group get distracted from its agenda and goals.
  2. Do not let the study group become a social group. You can always socialize at other times.
  3. Do not allow group members to attend unprepared. To stay in the group, members should be required to do their fair share.
  4. Do not the let the session become a negative forum for complaining about teachers and courses.
  5. Do not allow one or two group members to dominate the group. It is important that all members have an equal opportunity to participate.

helpful websites on how to form an effective study group- copy n paste the link to read more

http://www.hsf.net/uprogram_toolkit.aspx?id=2146
http://www.how-to-study.com/study-skills/en/studying/38/study-groups/
http://homeworktips.about.com/od/studymethods/a/studygroup.htm

Btw dengar2 gosip 8 mac ada exam patho (cmpuran teori n prektikel) dan 17 mac exam prektikel
cuba kompemkan ngan lecturer masing :D

Erm lepas tu kan, nak share artikel ini. pasal Time Management
dan artikel how to deal with procrastination

erm kenapa blog ni makin hambar?cm dah takde sapa melawat. kalau orang datang sini pun sebab nak tengok blog sapa yang dah update.haha. Ke korang suka komen kalau ada entri panas2 cm ikhtilat, korek hidung, ketiak je?

Sunyi. huhu



    Saturday, February 27, 2010

    Posted by azim On Saturday, February 27, 2010 3 comments

    Mesir Genius

    "Ai, nape la rakyat mesir ni kolot sangat? tension pun ade.."

    " bile la mesir nk maju lau mentaliti rakyat mcam ni."

    Anda pernah mengeluh sebegini?

    bukan semua arab mesir begitu.. ade gak yg bijak.. cube tengok video ni..
    may be dah ade yg tengok.. tp xpe.. tengok sekali lg..




    camne la die bole tambah satu tayar kat bawah bonet..
    cume silap gune kereta camni je.. gune la kereta yg mantap sikit..
    ape pun tahniah, semoga dapat menang pertandingan rekacipta..

    Thursday, February 25, 2010

    Posted by Anonymous On Thursday, February 25, 2010 2 comments

    Cuti dah habis yeay!~


    salam alaik,

    saja untuk berkongsi..masa borak2 dgn Dr. Nooraini (wide Dr. Hata) beliau mencadangkan kita belajar menulis nota menggunakan mind map. Katanya lebih seronok, ringkas dan padat.

    Tapi, tentu kita semua bermasalah tidak tahu bagaimana cara yang tepat untuk membuat peta minda, maka di sini saya sediakan link yang mungkin membantu kita untuk membuat nota peta minda.

    Marilah kita mempelbagaikan kaedah stadi. Semoga entri ini bermanfaat!

    LINK SATU

    LINK DUA

    Sunday, February 14, 2010

    Posted by azim On Sunday, February 14, 2010 0 comments

    Selamat Hari Kekasih

    Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

    Entry ini tiada kena-mengena dengan Valentaim dey .
    Hanya sekadar ingin memperingati tokoh ulama yang telah berjasa kepada dunia Islam.

    Tarikh yang sepatut diingati oleh umat Islam ialah 09 dan 12 Feb.
    Sekurang-kurangnya ada peristiwa berkaian dengan Islam.

    Tanggal 9 Feb 1933, lahirlah seorang ulama dibumi Lubnan bertempat di Terablus.
    Tidak lain tidak bukan beliau ialah Dr. Fathi Yakan.

    Sekadar ingin bekongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup beliau.
    • Beliau mempunyai kelulusan Phd dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
    • Merupakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam.
    • Pelopor gerakan Islam di Lubnan
    • Memenangi kerusi parlimen Lubnan pada tahun 1992
    • Menghasilkan kitab-kitab terkenal yang menjadi rujukan umat Islam seperti maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.o berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).
    • Meninggal dunia pada 13 June 2009 (berumur 76 tahun) semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas beliau.


    Tarikh 12 Feb 1949 pula tercalit sejarah hitam dalam dunia Islam. Pemergian seorang tokoh gerakan Islam yang disegani oleh umat Islam, as-syahid Imam Hassan al-Banna. Beliau meninggal dunia akibat konspirasi pihak-pihak tertentu.




    • Lahir pada tahun 14 Oktober 1906 di kota Mahmudiyah, Distrik Bahirah Mesir.
    • Menghafal al-Quran ketika berusia hampir 14 tahun semasa belajar di Darul Mu’allimin Damanhur, tahun 1920.
    • Tahun 1923-1927, tamat pengajian di darul ulum dengan mendapat keputusan cemerlang dengan ranking pertama di kaherah dan ke lima seluruh Mesir.
    • Berkahwin dengan puteri salah seorang tokoh Ismailiyah Al Haj Husain As Shuly pada malam 27 Ramadhan 1351 H. Ia kemudian dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan satu lelaki.
    • Beliau menjadi pengasas dan ketua IM setelah tetubuhnya gerakan ini pada bulan mac 1928.
    • Berkahwin dengan puteri salah seorang tokoh Ismailiyah Al Haj Husain As Shuly pada malam 27 Ramadhan 1351 H. Ia kemudian dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan satu lelaki.
    • antara kitab-kitab karangan beliau ialah Antara semalam dan hari ini, syarah usul 20 dan lain-lain.

    Maklumat ini hanya gambaran kasar tentang kedua-dua ulama ini.
    Sekadar untuk mengingatkan bahawa kita seharusnya mengasihi para ulama yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

    Tarikh 14 Feb diingati oleh setiap remaja- remaja Islam kerana dipengaruhi oleh dakyah-dakyah musuh Islam . Sepatutnya kita lebih mengingati 9 & 12 Feb kerana terdapat peristiwa yang lebih bernilai daripada 14 Feb.

    Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah saaw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawa para alim ulama, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan. (HR Bukhori dan Muslim)

    Telah banyak ulama yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan bersama para anbiya. Walaubagaimanapun masih terdapat ulama-ulama yang masih hidup, kita harus menghargai dan mengambil manfaat daripada mereka agar kita berada dilaluan yang mereka jalani untuk mendapat redha ALLAH. Berkasihlah dengan para ulama kerana mereka merupakan waris anbiya. Inilah Kekasih Kita

    Sekian. Kalau ada salah silap tolong betulkan.
    p/s 26 Feb 2010 (bersamaan dengan 12 rabiulawal 1431) (hari jumaat) mauled rasul .

    Saturday, February 13, 2010

    Posted by azim On Saturday, February 13, 2010 2 comments

    Awesome Doctor's Advice

    Some "good" advice from doctor that we should follow... should we?


    Q: I've heard that cardiovascular exercise can prolong life; is this true?

    A: Your heart is only good for so many beats, and that's it... don't waste them on exercise. Everything wears out eventually. Speeding up your heart will not make you live longer; that's like saying you can extend the life of your car by driving it faster. Want to live longer? Take a nap.

    Q: Should I cut down on meat and eat more fruits and vegetables?

    A: You must grasp logistical efficiencies. What does a cow eat? Hay and corn. And what are these? Vegetables. So a steak is nothing more than an efficient mechanism of delivering vegetables to your system. Need grain? Eat chicken. Beef is also a good source of field grass (green leafy vegetable).


    Q: How can I calculate my body/fat ratio?

    A: Well, if you have a body and you have fat, your ratio is one to one. If you have two bodies, your ratio is two to one, etc.



    Q: What are some of the advantages of participating in a regular exercise program?

    A: Can't think of a single one, sorry. My philosophy is: No Pain... Good!



    Q: Aren't fried foods bad for you?

    A: YOU'RE NOT LISTENING!!!... .. Foods are fried these days in vegetable oil. In fact, they're permeated in it. How could getting more vegetables be bad for you?



    Q: Will sit-ups help prevent me from getting a little soft around the middle?

    A: Definitely not! When you exercise a muscle, it gets bigger. You should only be doing sit-ups if you want a bigger stomach.


    Q: Is chocolate bad for me?

    A: Are you crazy? HELLO Cocoa beans! Another vegetable!!! It's the best feel-good food around!



    Q: Is swimming good for your figure?

    A: If swimming is good for your figure, explain whales to me.



    Q: Is getting in-shape important for my lifestyle?

    A: Hey! 'Round' is a shape!
    Well, I hope this has cleared up any misconceptions you may have had about food and diets.


    copy from some website..
    just for fun... (sambil blajar update)

    Thursday, February 4, 2010

    Posted by Anonymous On Thursday, February 04, 2010 4 comments

    Pasca-peperiksaan


    Salam alaik, untuk kawan-kawan yang mempunyai masa lapang dan tidak kemana-mana, janganlah bermuram durja. Marilah kita duduk di rumah bertemankan internet yang laju (maaf sapa-sapa nye internet cam kekura patah kaki satu) untuk lepak depan laptop.

    sebagai supplement kepada kawan-kawan yang gemar menonton youtube, saya ingin mencadangkan beberapa video menarik lagi berfaedah untuk ditonton sepanjang cuti ni.

    Ask Baba Ali. sangat sempoi la ceramah dia, memang asyik tergelak je tengok..
    Klik ASK BABA ALI untul senarai video dia

    Yang kedua, Nouman Ali Khan. US.Dia ada series of ceramah (mostly tadabur ayat quran) sepanjang ramadhan. so lebih kurang ada 30 episod gak la. Contoh-contoh dia simple, logik akal dan menarik la. Ni satu contoh (the one i deeply in love with), korang right klik dekat video ni, klik watch on youtube then korang tengok senarai video dia yang lain.



    Bagi orang2 yang suka dokumentari yang eye-opening macam The Arrivals tu, dicadangkan untuk tengok salah satu daripada siri Wake Up Project bertajuk The Divine Book. Kalau Arrivals tu banyak cerita pasal illuminati, Divine Book ni compare pasal Christianity and Islam.



    Senarai video siri-siri lain untuk The Divine Book-->Klik DIA
    Senarai video Wake Up Project--> Klik SAYA


    Selamat menonton, dah-dah lah KCB tu. Dunia ni ada banyak lagi perkara lain kita kena fikir selain dari soal hati.


    Hati-hati dengan masa lapang, sahabat.

    لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ، وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاهُ

    “Tidak akan bergerak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dimintai pertanggung jawaban tentang empat perkara, tentang umurnya ke mana ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan ke mana ia belanjakan dan tentang badannya untuk apa ia pergunakan.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shohihut Targhib no. 126)



    Sunday, January 24, 2010

    Posted by c's On Sunday, January 24, 2010 3 comments

    TICK-TOCK-TICK-TOCK…..Hati Berdetik [lagu]

    Posted by c's On Sunday, January 24, 2010 12 comments

    TICK-TOCK-TICK-TOCK…..Hati Berdetik

    Pesanan Moderator:

    post ini agak panjang, kalau tak larat baca panjang sekaligus, bacalah by phase ke macam mana, janji baca habis, harap dapat faham secara keseluruhannya dan bukan secara separuh atau sekerat dan tebuk untuk dijadikan bahan untuk di'diskusi'kan.


    Artikel ini dikirim awal, tapi masuk spam box baru sedar. Dan moderator agak malas [sebenarnya nak exam] untuk edit dan semak.


    Salam imtihan semua..


    Sekian, terima kasih.

    c's

    -----------


    Assalamualaikum wbt ikhwah dan akhawat sekalian. Apa khabar semua? Sihat kah? Iman sihat?(iman di hati ye,bukan Iman Dash yang promote cupcakes tu…btw, belila cupcakes beliau. Untuk sebarang majlis..hari lahir, farewell, walimatul 'urus, suke2 sbb lapar etc, boleh tempah ye. Dijamin sangat lazat, insyaAllah. Man, hulurla sekeping due pound..tolong promote nih..yela,ikhlas!)

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Menyebut tentang iman, pasti semua sedia maklum bahawa ia berkait rapat dengan hati. Dari hati pula lahirlah perbuatan dan tingkah laku. Hati yang baik dan suci akan menghasilkan tingkah laku yang mulia dan vice versa. Oleh itu,shbt2 semua..penting tak HATI?? Penting!!!!(jawab kanak-kanak gen7)

    Sebagai hamba Allah, kita harus ingat bahawa hanya pandangan Allah yang kita harus layan dan pentingkan. Janganlah kita selalu mementingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. Janganlah kita mementingkan redha manusia melebihi redha Allah. Cintailah Allah melebihi segalanya. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha segala2nya. Cintailah Dia kerana Dia sudah tentu mencintai kita, dekatilah Dia, kerana Dia sentiasa mendekati kita (walau kita menjauhiNya), mohonlah keampunan daripadaNya, kerana Dia pasti mengampuni kita, rintihlah kepadaNya, Dia sentiasa dengar dan rindu akan rintihan hamba2Nya, bermohonlah hanya padaNya, Dia pasti menunaikan, hanya cepat atau lambat, atau sesuatu yang lebih baik akan diberikanNya. Kemanisan dan ketenangan hati terhasil daripada kecintaan terhadap Allah SWT. Orang yang mencintai Allah akan sentiasa tenang dalam menghadapi kesukaran hidup di dunia ini. Kerana dia menyakini bahawa janji Allah itu pasti. Bagi orang2 yang beriman itu, syurga baginya adalah kemenangan mutlak yang agung. Oleh itu, harus diingatkan disini shbt2, hati itu adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati makhluk2 ciptaanNya.

    Ingatlah akan sabda Junjungan Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;

    ‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

    Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

    Jelaslah hati memegang peranan penting dalam jiwa dan kehidupan Muslim untuk menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah

    "Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka."(8:2)

    Dalam hidup ini, kita sentiasa bertarung dengan diri sendiri. Kadang kita menang, kadang kita kecundang, dek nafsu dan syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa. Pertarungan ini tidak akan berakhir sehinggalah ajal mendatangi kita. Mahu atau tidak kita mesti lawan juga, bersenjatakan IMAN dan TAQWA. Persiapkanlah diri dalam menghadapi segala ujian di dunia ini. Kuatkan diri! Jangan lembik!

    Firman Allah yang bermaksud;

    "Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya."

    (91:7-10)

    Sebaliknya orang yang mati hati itu tidak mahu mengambil berat soal tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan tidak mahu memahami garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

    "Balasan buruk baik selepas mati tidak sekali-kali dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan keagungan Maha Pencipta".

    (Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie)

    Ya ayyuha as-syabab!

    Kini sudah memasuki tahun ke-3 kita bertapak di bumi Anbiya' yang dirahmati Allah ini. Hanya berbaki beberapa tahun sebelum kita meninggalkannya. Janganlah kita sia2kan taqdir Allah yang menetapkan kita di sini. Dekatilah para 'ulama, warasatul anbiya'. Tingkatkan keghairahan dalam mencari dan mendalami ilmu2 Allah. Setelah mempelajarinya, beramallah dengan perbuatan. Janganlah dipersoalkan atau dibolak-balik kan hukum2 yang telah ditetapkan Allah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Kita hamba Allah yang faqir hendaklah mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan. Di sebalik syariat Allah itu terdapat hikmah yang tersendiri. Ada yang kita ketahui, ada yang tidak. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

    Contohnya, dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan telah digariskan adab2 yang wajib dipatuhi oleh setiap MUSLIM yang beriman. Tidak kira ia seorang 'ulama, ustaz, polis, presiden, nelayan atau duktur sekalipun hendaklah ia mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Hendaklah difahami, pergaulan antara lelaki dan perempuan itu HARUS hanya apabila ada keperluan di situ. Jika tidak ada keperluan, hukumnya adalah HARAM. Allah SWT Maha Mengetahui tiap2 yang ada dalam hati kita. Bayangkanlah, jika tanpa pergaulan pun, lumrahnya lelaki akan mempunyai perasaan pada perempuan dan sebaliknya, apatah lagi jika wujudnya pergaulan yang tidak perlu, ditambah dengan tidak mengikuti adab2 yang telah disyariatkan. Pastinya, bukan sahaja perasaan fitrah itu, tetapi ditambah dengan syahwat yang akan menjadi predisposing factor kepada zina hati, mata dan seterusnya. Jika tidak diiringi syahwat sekalipun, hendaklah kita berjaga2 dan syadid dalam melaksanakan perintah Allah. Sedang dalam doa seharian kita, meminta dikurniakan Allah syurga tertinggi, dengan amalan yang bersederhana atau hadhari atau "biase2 je la", layakkah kita untuk mengecapi jannatul a'la itu yang dipenuhi oleh hamba2 Allah yang masyaAllah, amat tinggi iman dan taqwa mereka…layakkah kita? Di mana tahap kita?

    Namun, under certain conditions spt muamalat doc-patient, doc-doc, ustaz-anak murid akhawat, dan lain2 antara lelaki dan perempuan dengan berkepentingan, pergaulan adalah diharuskan. Tapi tidak perlu dilatih untuk perkara ini. InsyaAllah apabila tiba saat itu, seiring dengan meningkatnya kematangan dan pegangan, tidak ada masalah untuk bermuamalat. Jangan risau. Kita semua dah besar. Lebih kurang juga, umat Islam diharamkan minum arak. Namun ketika dharurat, almost die of dehydration etc, hanya ada arak di situ, maka kita harus minum arak tu. Tapi adakah ia bermakna kita harus biasa2kan minum arak dari sekarang untuk menghadapi situasi dharurat itu? Yela, takut tak biasa karang, boleh terbelahak, obstruction occur etc..oo..macam tu kah?? TIDAK sama sekali. Allahu A'lam.

    Ya ayyuha as-syabab!

    Seperti yang diketahui, dunia sekarang sedang mengalami kerosakan yang amat menakutkan. Tidak perlu pergi jauh, rata2 kita sendiri, sahabat kita di sini, keluarga, dan sahabat2 di Malaysia masih hanyut dalam arus dunia di bawah pengaruh Freemason dalam rancangan World New Order mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang mempunyai kesedaran untuk melapangkan dada, bangkit, meng"islah" diri,dan seterusnya mengajak keluarga, saudara-mara, dan kenalan2 kita di mana jua agar kembali ke jalan Allah. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan di sini di mana lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Sedarlah sahabat2 semua, bahawa kita sudah kesuntukan masa. Orang2 yang ingin menjatuhkan Islam tidak pernah berehat dalam usaha mencapai matlamat mereka. Bagaimana pula kita? Sesungguhnya, rehat seorang pemuda melambangkan kejatuhan ummah!!

    Luqmanulhakim telah menasihati anaknya dengan berkata:

    ‘Wahai anakku, duduklah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama

    mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan

    segala isi hati hambaNya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana

    menyubur bumi dengan titisan hujan’.

    Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan

    ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut

    kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih,

    membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang

    tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli

    ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi

    pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka.

    Ya ayyuha as-syabab!

    Bangkitlah! Tolonglah bangkit! Bangung, bangung! Sahabatku bangung! Bapok aye hok tuo skali pon doh bangung, guano mu dok bangung??? (macam kenal ek dialog nih?-jzk pd seorg mek qlate yang sudi membantu kami menyelitkan loghat kebanggaan negeri mrk ini). Kita merupakan pemangkin ummah akan datang. Kita bakal melahirkan generasi2 akan datang.Kita adalah bakal ibu2 dan bapa2. Bak kata seorang akhawat, "Demi bakal anak-anakku, aku akan bermujahadah untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka". Almaklum, dari ibu bapa yang baik akan lahirnya anak-anak yang baik, seterusnya keluarga yang baik. Family kan nucleus of society. Seterusnya, dari keluarga yang baik, lahirlah masyarakat-negara-dan dunia yang lebih baik, insyaAllah. Mari kita mensasarkan our own world new order tapi bukan berunsurkan syaitan dan dajjal seperti yang dirancangkan Freemason dan seteru mereka. Tetapi sebuah dunia yang islamik, melaksanakan segala syariat Allah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Oh, alangkah bahagianya. At least kalo tak dunia pun, sasarkanlah pembentukan sebuah negara Islam dulu (semua org fahamkan, siapa tak faham, g main jauh2 ye.eh, sori2 gurau je, meh2 sini balik). Hidup mesti ada matlamat. Betul tak??

    Berusahalah wahai syabab2 sekalian di dunia yang sementara ini. Ganjaran syurga yang kekal itu tak ternilai harganya. Dan ingatlah, kita hidup di dunia ini bukan untuk diri kita sahaja. Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya. Sekadar mengingatkan, seorang 'alim yang kuat amal ibadatnya pernah bermimpi. Dalam mimpinya diceritakan bahawa beliau telah dihalang daripada memasuki syurga Allah kerana dalam hidupnya, dia hanya beribadat tanpa menghiraukan masyarakat di sekelilingnya. Na'udzubillah. Marilah kita BERSAMA2 berusaha mencari redha Allah. BERSAMA2 kita meng"activate"kan 'amar ma'ruf nahi munkar. BERSAMA2 kita mengejar syurga Allah. Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sering menasihati dan mengajak sahabatnya kearah kebaikan. Bukan terus membiarkannya hanyut dalam kegelapan. Semoga pertemuan terakhir kita adalah pertemuan di taman-taman syurga..insyaAllah. Amin ya Rabb.

    "Syurga itu keluasannya melebihi keluasan langit dan bumi, aku menginginkan semua manusia tanpa terkecuali berada di dalamnya" (Syeikh Hamza Yusuf)

    "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung".(85:11)

    "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya".(84:6)

    Maaf dari kami andai ada hati yang terketuk. Tetapi jika ketukan yang meminta dibuka pintu hati ke arah cinta dan syurga Allah, Alhamdulillah. Maka bukalah pintu hati itu. Kalau tak terketuk, carilah dan terus mencari. Jangan berputus asa drpd memohon hidayah Allah SWT.

    Allahu Akbar.Allahu Akbar.Allahu Akbar

    Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta sahabat2 baginda.

    Akhir kata, Salam Imtihan, Salam Mujahadah, Salam Muhibbah, Salam 1 Agama…Salam 1 Malaysia??

    Allah is One and He loves unity,

    Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Hasil nukilan,

    Beit Hurrul Ain