Monday, April 11, 2011

[Motivasi] Tips menjadi pelajar tahun 4 yang cemerlang

Posted by mohd hazwan bin mohd salleh On Monday, April 11, 2011 0 comments

Antara nikmat yang sering dilupakan manusia adalah nikmat sihat dan masa lapang..

Rasanya semua tahu hadis ni kan?

Alhamdulillah, peperiksaan Otorhinolaryngology sudah berakhir, dan bermulalah round baru, yang juga round terakhir sebelum kita menamatkan tahun 4, Iaitu Forensic and Toxicology.

Ceria selepas exam. (gambar ihsan FB Idris)

Apa khabar ilmu round sebelum ini? sudah cukupkah? sudah fahamkah? sudah ingatkah?

Kalau dicampakkan kertas soalan community medicine atau ophtal di depan kita, boleh jawabkah? Penulis sendiri tentunya menggigil kalau menghadap soalan round lepas, seakan - akan pertama kali mendengar apa itu ophtal dan commed.

Kita beruntung kerana round forensik and toxicology bukanlah round pertama seperti senior - senior tahun lalu (senior2 jangan marah ya).

Orang kata tahun 4 ini sama dengan tingkatan 4 ketika sekolah menengah dulu - honeymoon year. Kenapa? kerana Kelas Forensic n Tox; periodnya sekejap sahaja. Tapi, itu pun ramai yang merungut apabila profesor lewat menghabiskan pengajarannya untuk hari itu.

Merungut?

Agaknya kita lupa betapa kentalnya kita mengancing gigi bersengkang mata tak rela gugur di atas meja semata-mata nak habiskan 3 jam kelas pathology dulu. Kita lupa kot, betapa rajinnya kita mengambil kelas tambahan Doktor Faisal pada pukul 3 petang seusai kelas walaupun tubuh ketika itu penat dan letih. Lupakah kita?

Round Forensic ini adalah nikmat, dan nikmat yang kita dapat, mestilah disyukuri, tak gitu?

Bagaimana? rasanya semua tahu kan?

1) Ulangkaji

Manfaatkan round forensik ini, untuk kita ulangkaji dan belajar semula apa yang telah kita pelajari dahulu. Bukan subjek tahun 4 sahaja, juga subjek2 lain seperti anatomy, physiology, patho, pharmacology dan lain2.

Rugilah, sekiranya selama 4 tahun ini, segala benda yang kita pelajari hanya semata - mata untuk dimuntahkan di hadapan kertas peperiksaan, yang bermanfaat hanya untuk peperiksaan saja dan tak dapat dimasukkan balik ke dalam otak. Kita bukan Badang yang makan muntah ya.

2) Tahun 5

Lengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi dengan pesakit yang tentunya majoriti berbahasa arab. Pelajari bahasa Arab untuk mengelakkan salah faham maklumat yang tentunya merugikan pesakit dan diri kita sendiri. Di mana tempat untuk belajar bahasa arab? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

3) OT

Isi masa cuti hari Sabtu dengan mengunjungi Operation Room Ophtalmology dan datang awal ke kelas untuk ke OT ORL kepada mereka yang tidak "sempat" menghadiri 2 OT ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Masa itu bagaikan roti yang terbiar di atas pinggan di atas meja. Semakin lama dibiarkan, semakin tinggi peratusan untuk berkulat, dan jika sudah berkulat, takkan dapat dimakan lagi.


Sekian, Assalamualaikum.

Mohd Ihsan bin Hamdan,
Setiausaha Batch sesi 2010/2011

0 comments:

Post a Comment