Sunday, April 3, 2011

Manfaatkan prestasi diri untuk kebaikan semua

Posted by mohd hazwan bin mohd salleh On Sunday, April 03, 2011 0 comments

“Hari ini kita akan mulakan ‘case presentation’.Ada sesiapa yang sudi ke hadapan untuk bincangkan kes?”

Kelas masih sepi seperti biasa..

“InsyaALLAH hari ini kita akan mulakan sesi tazkirah untuk minggu ini.Ada sahabat yang sudi berkongsi?”

Suasana sepi lagi..

Fenomena seperti ini memang tidak asing dalam kalangan kita,malah fenomena seperti inilah yang selalu kita tonton hari saban hari.Rata-rata daripada kita masih lagi segan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.Masing-masing terus memendam rasa,berkongsi rasa hanya dengan diri sendiri.

Kita malu untuk bertanya,kita malu untuk menyuarakan pendapat kita, kita malu untuk itu,kita malu untuk ini dan akhirnya kita sendiri yang rugi.


Jangan malu-malu..~


Kenapa kita malu untuk bertanya? Malu untuk bersuara.Agaknya mungkin bimbang kita dipandang rendah kerana menanyakan soalan yang begitu remeh? Atau mungkin kita bimbang diri kita akan dikatakan sebagai orang yang kurang cerdik kerana bertanyakan perkara yang sepatutnya sudah kita tahu sesuai dengan usia kita?

Atau mungkin juga dengan bertanya itu mahupun menyuarakan pendapat akan menunjukkan kelemahan diri kita di hadapan sahabat-sahabat yang lain? Atau sebenarnya ada perkara lain yang membelenggu diri kita?

Kebanyakan daripada kita bukanlah tidak tahu apa yang ingin dikatakan.Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Hanya sahaja dia tidak pernah berlatih untuk meluahkannya.

‘Sebenarnya aku memang nak menyatakan pendapat aku,tapi tak beranilah.’

‘Takutlah nak berbicara di hadapan.Nanti terketar-ketar.’

Bagaimana untuk membentuk keyakinan dalam diri? Bagaimana untuk tampil yakin dalam menyuarakan apa yang terbuku di hati kita?

Apa yang harus diubah di sini adalah mentality kita.Bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu.Jika di dalam fikiran sudah tersemat perkataan ‘tidakboleh’ , ’takut’ dan yang sewaktu dengannya, bagaimana mungkin untuk kita gagahi diri kita untuk bertindak? Perlu ada pemikiran yang optimis dan positif.Buangkan perasaan takut itu jauh-jauh.Jika berterusan seperti ini,bila lagi kita akan dapat untuk berubah?

“Berusaha mencari cahaya itu lebih baik daripada menyumpah kegelapan..”



Dan harus diingat, ianya tidak cukup untuk hanya sekadar punya keberanian.Alangkah eloknya sekiranya keberanian yang ada dalam diri itu ditambah dengan pengetahuan.Jika hanya punya keberanian untuk bersuara,bimbang nanti bicara itu kosong tiada makna.Tetapi jika pengetahuan itu tidak disuarakan ,perkongsian ilmu tidak akan terjadi pula.


Berani macam budak ni.


Rebutlah mana-mana peluang,tanamkan yakin dalam diri,positifkan jiwa anda.Ambillah sedikit masa untuk tenangkan diri dan mula bersuara. Jika anda sendiri tidak mahu mengubah diri anda,maka siapa lagi yang mampu membantu anda?

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan..
Beruntung bagi yang mensucikannya..
Merugi bagi yang mengotorinya..
[Demi Matahari, SNADA :ilham surah asy-Syams]

Manfaatkan prestasi diri untuk kebaikan semua. peace.:)

Oleh:
Faten Farhana Salleh
Timbalan 1, AJKT Batch Sesi 2010/11

p/s-selamat menghadapi imtihan. Moga usaha yang terbaik menghasilkan natijah yang terbaik juga. Bittaufiq wannajah!

0 comments:

Post a Comment