Saturday, March 26, 2011

Welcome To Our Family!

Posted by c's On Saturday, March 26, 2011 1 comments


Salam warahmatullah. 



Di dalam kelam kabut, ‘ribut taufan’ ekoran revolusi Mesir, Proses evakuasi ke Malaysia dan juga kepulangan secara mendadak ke Mesir , kita telah juga telah dikhabarkan satu berita gembira dari salah seorang dari teman kita, Natasha Anis Rusli. Sungguh berita ini begitu mengejutkan. Tahniah di atas perkahwinan Tasha dan senior kita, saudara Ahmad Faiz. 


Welcome to Gen7 a.k.a medicairo007 family, bro! 


Moga dengan langkah ini mampu memberikan semangat atau mungkin sokongan secaraa tidak buat mereka yang masih sedang mencari atau mungkin sedang mempersiapkan diri. Sungguh, kita tidak bermaksud, tidak berniat untuk berlumba dengan sesiapa, bertanding dengan batch mana-mana ‘siapa kawen paling ramai dalam batch’, ‘batch mana yang paling matured’. Kita bukan mahu bertanding untuk kategori apa-apa. Malah, kita tidak mahu hal-hal besar seperti perkahwinan ini menjadi perkara main-main. Ikatan perkahwinan itu adalah satu benda yang besar dalam hidup (mungkin sekali seumur hidup), diikuti dengan tanggungjawab yang berkali ganda berat.



Kita tidak mahu main-main. Bila mulakan, bersungguh-sungguh sampai termeterainya ikatan pernikahan. Bersungguh-sungguh berdoa, meminta dengan sungguh-sungguh ketika beristikharah, serius ketika mentaqdim dan bersungguh-sungguh juga ketika mempersiapkan diri. 



Dan sudah tentu, kita perlu menetapkan matlamat yang jelas kenapa berkahwin. Kerana kita mahu membina keluarga yang muslim, yang taat dan patuh kepada Maha Pencipta. Kerana kita mahu melahirkan zuriat yang soleh solehah, yang bakal memimpin, mengubah dan memakmurkan dunia . Supaya nanti bila kita sudah meninggalkan dunia, kita masih ada mereka sebagai ‘tali-tali’ untuk menyambung tugas dan amanah yang telah diberikan kepada kita. 



Seperti berat pula kan? Padahal kahwin je pun. Tapi sungguh, kita tidak mahu mensia-siakan satu pun peluang yang telah dikurniakan kepada kita. Setiap detik dan saat, biarlah semuanya kita guna untuk redha Dia, untuk syurga milikNya. 



Siapa yang sedang mencari, teruskan mencari. Tidak kisah sesiapa. Jodoh itu tidak datang bergolek. Tidak kisah lah perigi mencari timba ataupun sebaliknya. Kalau boleh, biarlah kita menjadi golongan yang sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dan juga golongan yang mahukan yang terbaik dalam masa yang sama, menerima kekurangan dan kelebihan diri dan orang lain seadanya. 



Berbalik kepada tajuk entri (terasa sudah lari sikit). 




Tasha, 
Selamat bercinta sampai ke syurga. Selamat berbakti dan menuai pahala di samping suami yang tercinta. Selamat menjadi isteri yang solehah, sejuk mata memandang, dan penawar di hati suami. Ada pernah dengar ‘wanita nak masuk syurga mudah. Taat kepada suami dan menjaga maruah dirinya’. Tetapi ingat, nak jadi isteri yang taat itu pun bukan mudah sebenarnya :)


Apa pun, selamat bermujahadah dalam melayari rumah tangga. Sungguh, kalian akan dihadiahkan dengan mawaddah, rahmah dan sakinah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al Qur’an yang mulia, dalam surah Ar Rum ayat 21 itu. 



Yang ikhlas, 

Fathiyyah :)


Editor: Teringat post Let's The Outbreak Begin sempena Fathiyyah tahun lepas. Bulan 7 ini bagaimana?
Mumtaz, Towards Professionalism okeh!

1 comments:

mabruk tasha!
to fathy: jangan risau2 ye.. ;) insyaAllah sume bikheir..doa banyak2

Post a Comment