Monday, March 21, 2011

Revolusi…

Posted by azim On Monday, March 21, 2011 0 comments

Tahun 1789, mencatatkan titik permulaan kebangkitan rakyat Perancis, rata-ratanya terdiri daripada golongan buruh estet yang ingin menjatuhkan pemerintahan monarki dibawah pimpinan Raja Louis XVI. Kekurangan makanan, malnutrisi dan kemiskinan menjadi sebab utama hilangnya kesabaran rakyat. Bukannya mudah sesuatu kejayaan untuk dicapai kerana lebih kurang empat puluh ribu rakyat Perancis terkorban. Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut terpaksa dibayar dengan nilai besar, hampir 40 000 rakyat Perancis terkorban. Hasilnya…pada 1799, revolusi pimpinan Napoleon Banoparte berjaya membentuk kerajaan demokrasi selepas menghapuskan pemerintahan beraja. Inilah revolusi Perancis.

Revolusi…
Tahun 1789, mencatatkan titik permulaan kebangkitan rakyat Perancis, rata-ratanya terdiri daripada golongan buruh estet yang ingin menjatuhkan pemerintahan monarki dibawah pimpinan Raja Louis XVI. Kekurangan makanan, malnutrisi dan kemiskinan menjadi sebab utama hilangnya kesabaran rakyat. Bukannya mudah sesuatu kejayaan untuk dicapai kerana lebih kurang empat puluh ribu rakyat Perancis terkorban. Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut terpaksa dibayar dengan nilai besar, hampir 40 000 rakyat Perancis terkorban. Hasilnya…pada 1799, revolusi pimpinan Napoleon Banoparte berjaya membentuk kerajaan demokrasi selepas menghapuskan pemerintahan beraja. Inilah revolusi Perancis.

Sejarah mengatakan, Raja Shah Mohammad Reza Pahlavi menjadi boneka yang tunduk dibawah telunjuk Amerika Syarikat, kemiskinan, kekejaman dan inflasi menjadi sebab tercetusnya revolusi Iran atau revolusi Islam dibawah pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 1979,tamatlah keselesaan sang raja kerana kerajaan republik telah terbentuk. Kini presiden Iran, Mahmod Ahmadinejad secara terang-terangan berani menentang Israel dan Amerika Syarikat. Itulah revolusi Iran.

Revolusi Pemuda yang berlangsung selama 18 hari di Mesir berjaya menggulingkan diktator Hosni Mubarak yang sudah memerintah negara selama 30 tahun. Kekejaman polis, kemiskinan, pengangguran, inflasi, korupsi orang atasan dan sebagainya menjadi sebab tercetusnya revolusi ini yang bermula pada tarikh 25 Januari 2011. Kejayaan revolusi ini berjaya melembutkan akhlak polis-polis yang dahulunya setia kepada Hosni Mubarak dan juga aktiviti islam dapat dijalankan dengan mudah.

Sekiranya difikirkan, revolusi yang berlaku didunia ini mempunyai banyak persamaan. Sebagai contoh dari segi tujuan adalah untuk menggulingkan kerajaan yang tamak dan kejam. Kemudian dari segi sebab adalah kerana kemiskinan, penindasan, kebuluran, kekejaman dan sebagainya.
Cuba berbalik kepada yang asal, apakah maksud revolusi?
Mengikut definisi Wikipedia revolusi ialah perubahan drastik terhadap kekuasaan atau struktur organisasi pemerintahan dalam masa yang singkat. Juga, kamus Oxford mengatakan revolusi adalah perubahan yang dilakukan untuk menggulingkan kuasa pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan baru.
Tidak dilupakan, faktor kejayaan sekiranya difikirkan juga sama, yang pertama adalah berani melakukan perubahan,pengorbanan serta azam yang tinggi dan usaha yang berterusan. Sifat inilah yang mereka pegang bagaikan genggam bara api biar sampai jadi arang,malah sehinggakan debu!
Namun marilah kita pulang kembali kepada contoh terbaik sepanjang zaman iaitu perubahan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda berani menyebarkan dakwah dengan hikmah kebijaksanaannya kepada orang arab untuk menyembah Allah s.w.t. Baginda mendapat tentangan pelbagai macam namun tetap terus berusaha menyebarkan dakwah demi menegakkan agama islam di bumi ini.
Juga para sahabat baginda Abu Bakar,Umar,Bilal dan sebagainya. Sudah tentu kita sedia maklum pengorbanan yang mereka lakukan. Hasilnya kerajaan islam manjadi kuasa besar dunia suatu ketika dahulu.
Namun ketika memikirkan mengenai bangsa, adakah bangsa melayu pernah melakukan revolusi?
Ya, pernah.
Semasa malayu dikejutkan dari tidur yang lena dengan dentuman Malayan Union. Mereka berubah, melupakan semangat kenegerian dan mereka berubah, ketika dahulunya pasif kini berani bersuara menentang gagasan ini.Hasilnya Malayan Union berjaya dibatalkan.
Maka marilah kita melakukan perubahan kepada kebaikan yang lebih baik. Berusaha untuk memajukan diri demi member manfaat kepada orang lain.

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّـهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ ﴿١١﴾

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Rad 11)

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Rad 11)
Terpulanglah kepada individu ingin melakukan perubahan yang macamana kerana mereka pasti mempunyai matlamat masing-masing.
Sekian,
Izzuddin bin Abd Hamid
p/s : InsyaAllah setiap hari Ahad akan ada post baru dari MT batch.

0 comments:

Post a Comment