Monday, May 17, 2010

episod dua

Posted by [amiza malik] On Monday, May 17, 2010 5 comments



Sambungan Kisah Parit (1). Maybe it is a bit long, so sit back and relax. Baca sikit-sikit untuk segarkan jiwa after  seharian bergelumang dengan buku.

Thanx ayid for such a well narrated post. May Allah bless this effort. And to other members of Gen 7, silalah hubungi mana-mana moderator jika mahukan karya anda disiarkan di sini. Manalah tahu tension sangat studi, mahu mengarang untuk berkongsi rasa dan pandangan sisi, so feel free to contact anyone of us, okeh?

Lotsa luv,
amiza malik
badar 313

********** 



Terkejut

Akhirnya khandak selesai pada masa yang di tetapkan. Terkejut kabilah-kabilah musyrikin melihatnya. ”strategi ini tak pernah diketahui oleh bangsa Arab..”
baginda sebagai ketua dan dibantu oleh Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar, pada masa yang sama Saad bin Muaz dilantik sebagai ketua peninjau kesemua kumpulan-kumpulan tentera muslimin.

Apa agaknya perasaan Rasulullah ketika itu..?melihat  kelemahan tentera muslimin yang bertahan tanpa makan dan minum VS  kekuatan tentera kufar yang bilangannya berganda-ganda ramainya..
lalu rasulullah memikirkan sesuatu agar dapat memecah belahkan mereka:

- supaya bani ghatfan yang menyertai perang itu berundur…tapi macammana..?
-lalu Rasulullah menawarkan hasil tanaman percuma dari Madinah setiap tahun kepada bani ghatfan
bagaimanapun apabila perkara ini dibincangkan semula dengan ketua ‘Aus  (Saad bin Muaz & Saad bin Ubadah) mereka menolak..

                sesekali tidak ,Demi Allah,kami tidak pernah memberi kepada mereka sewaktu di zaman jahiliyah,maka bagaimana kami akan memberi kepada mereka setelah kami Islam?”

-sesungguhnya sikap ini membuktikan perasaan izzahnya apabila mereka  bersama-sama dengan Deen ini, sikap yakinnya dengan kesuciaan Islam dan tidak sanggup membantu golongan kafir.
-akhirnya Rasulullah akur dan menarik semula perjanjiaan tersebut..
Pakatan dalaman

Jika sebelum ini kita pernah mendengar kisah bani nadhir yang dihalau kerana melanggar perjanjian dengan rasulullah..kisah yang benar-benar mengguris hati Rasulullah tetapi kali ini kisahnya tidak kurang memilukan.
 “Huyay” ketua bani nadhir yang telah lama bermusuhan dengan rasululluh mula memasukkan jarumnya, menghasut “Kaab” ketua bani Qhuraizoh untuk memperlakukan perkara yang sama iaitu melanggar perjiaan yang telah dibuat. Memang pada mulanya dia enggan, namun setelah dipujuk, akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pengkhianatan ..
Khabar ini sampai kepada rasulullah dan baginda mengutuskan Zubair bersama-sama engannya 4 sahabat yang lain:-
·      perkara ini membuktikan bahawa pengesahan pengkhianatan adalah amat penting pada Rasulullah.
Setelah membuktikan kesahihannya, terdapat mengkhianatan kecuali sebilangan kecil.Utusan tadi kembali dan menyampaikan dengan isyarat khabar berita tersebut.
·      Maka bertakbirlah Nabi Allah itu….AllahuAkbar!! “telah sampai berita gembira dan pertolongan dari Allah” kemudian baginda hanya berdiam diri tanpa sebarang kata.
·       kenapa agaknya rasulullah bertakbir…? sedangkan ini adalah bencana!!
              - tidak lain bagi meningkatkan roh maknawi(dalaman) tentera muslimin dalam keadaan mereka tidak mengetahui apa2.
Berita ini kemudian tersebar dan sangat memberi kesan kepada tentera muslimin….GERUN dengan perasaan takut tak terbayang, kerana apa..? kerana musuh dihadapan dan belakang..dari semua arah…tidak mampu berundur dan tidak mampu menyerang..kedua-duanya akan membawa padah, namun wahyu masih belum turun.
Dihadapan,tentera10,000 musyrikin… dibelakang, tempat perlindungan wanita dan kanak-kanak dalam bahaya yang mungkin akan diserang bila-bila masa oleh pengkhianat yahudi..
Justeru,peristiwa ini dinukilkan dalam wahyuNya dalam surah Al-Ahzab:-

10. (Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan[1205] dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam sangkaan.
[1205]. Maksudnya ialah menggambarkan bagaimana hebatnya perasaan takut dan perasaan gentar pada waktu itu.
11. Disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.
· Maka wahyu (sekali lagi wahyu selepas 2 wahyu sebelum ini) ini benar-benar memelihara & menetapkan hati mereka kepada ujian-ujian Allah dan bersedia dalam menghadapinya..
Peranan wanita

Bani Quraizhoh merancang untuk menyerang hendap tempat perlidungan wanita dan kanak-kanak dan bersama-sama dengan mereka Hassan b thabit(seorang penyair) yang karakternya bersifat lembut hati dan tidak mampu mengangkat senjata  bersama-sama rasulullah.
· Sofiyyah bt Abd Mutalib(ibu saudara Rasulullah/bonda Zubair b Awwam) ketika menyedari sesuatu diluar segera meminta Hassan membunuhnya… jawabnya “aku bukanlah orang seperti itu, jika aku sebegitu tentulah aku sudah bersama-sama rasulullah”.
· sofiyyah sendiri yang mengambil pedang lalu membunuh seorang penyerang hendap dan sekali lagi meminta Hassan memenggal dan mencampakkan kepala itu..tetapi Hassan memberikan jawapan yang sama..dia tidak mampu.
· sofiyyah akhirnya yang memenggal dan mencampakkann kepala untuk menakutkan pengkhianat yahudi.
Peristiwa ini berlalu, dan apabila sampai hal ini kepada rasulullah, sebagai tanda penghormatan; baginda membahagikan sebahagian ghanimah  kepada ibu saudaranya itu .
Kisah pemuda berani

1. Amru b wad turun ke parit mencabar mana-mana muslimin untuk melawan 1-1, lalu kesemuanaya diam..tiba-tiba ada seorang pemuda 26 tahun berdiri dan menyahut “aku”. Lalu rasulullah menjawab.. “duduklah wahai Ali , dia ialah ‘Amru (penunggang kuda yang hebat)!”.
“jika dia Amru ..Aku Ali!” tanpa ragu menjawab..usia semuda itu sudah sanggup menjual dirinya untuk membeli syurga yang abadi..
lalu rasulullah membenarkannya dan dengan hanya berbekalkan doa beserta tawakkalkepada Allah menyerahkan pedangnya kepada Ali dan beliau turun..
“ya Allah.selamatkan Ali..selamatkan..selamatkan..Sesungguhnya engkau mengambil Abu Ubaidah di Badar, Hamzah di Uhud dan sekarang Ali..jangan yaAllah tinggalkan Aku seorang..”
·         betapa kedudukan Ali disisi Rasulullah sangat tinggi
Apa yang berlaku dibawah..?
Amru hanya memperlehkehkan Ali seorang pemuda dan juga anak sahabatnya Abi Talib… tetapi Ali tidak menghiraukannya bahkan ‘menawarkan’ 3 perkara;
  I mengucap 2 kalimah penyaksian
 ll kembali ke Negaramu dan tidak berperang
lll aku akan membunuhmu
Hal ini membangkitkan kemarahan Amru dan perlawanan berlangsung..Rasulullah tidak henti-henti berdoa.
Tiba –tiba keadaan sepi…  laungan “Allahuakbar!!” kedengaran.. Ali berjaya dan memenggal kepala Amru lalu mencampakkan ke arah musyrikin untuk menimbulkan rasa gerun dan takut ke dalam hati-hati mereka.
Pertolongan rabbani
 
berupa 2 bentuk pertolongan:-
1. pengislaman Nua’im b masu’d
            -lelaki dari Bani asyjan ini datang bertemu dengan Rasulllah, sedag kabilahnya adalah kafir tidak mengetahui tentang keislamannya. "Arahkan aku apa yang kamu mahu ya rasullullah.."
Maka Rasul s.a.w. bersabda kepadanya:
"Di kalangan kita, kamu hanyalah seorang sahaja. Oleh itu, sekiranya kamu dapat, lakukanlah sesuatu untuk mengalahkan musuh. Sesungguhnya perang adalah tipudaya".

Lantaran  itu, Nu'aim menggunakan kelicikannya sehingga berjaya memecahbelahkan pakatan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Qhuraizoh. Dia menimbulkan prasangka dalam hati setiap kumpulan terhadap kumpulan lain.
          * disini rasulullah berdoa dengan mengharapkan pertolongan Allah dengan doa ‘Qunut Nazilah’

2. Taufan kencang dan sejuk.
             - Allah telah menghantar angin kencang ke atas tentera bersekutu pada suatu malam yang amat sejuk, sehingga periuk-periuk bertaburan dan khemah-khemah mereka terkoyak. Jiwa tentera bersekutu diselubungi rasa takut, lalu mereka berangkat pulang pada malam itu juga. Apabila pagi, muslimin  tidak mendapati seorang pun dari musyrikin yang masih berada di situ.
9. Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentara yang tidak dapat kamu melihatnya[1204]. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
[1204].
Ayat ini menerangkan kisah AHZAB yaitu golongan-golongan yang dihancurkan pada peperangan Khandaq karena menentang Allah dan Rasul-Nya. Yang dimaksud dengan tentara yang tidak dapat kamu lihat adalah para malaikat yang sengaja didatangkan Tuhan untuk menghancurkan musuh-musuh Allah itu.
Peperangan Bani qhuroizah
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w.pulang pada hari  Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala itu, Jibril datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya berkata: "Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya." Baginda bertanya: "Di mana?" Jibril berkata: "Di sana." Seraya menunjuk ke arah Bani Qhuraizoh.

Sesungguhnya hati Rasulullah begitu terhiris setelah menyaksikan bagaimana Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Al-Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat
mengalahkan orang Islam).

-    Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk menghukum mereka lantaran pengkhianatan dan pembelotan ini.
-    Baginda juga memutuskan untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka. Tujuannya agar tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan membinasakan orang Islam. Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji.

Aishah berkata: "Maka Rasulullah s.a.w. keluar memerangi mereka."
Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang
pun daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.
Kemudian Baginda keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a..
Orang Islam yang terkumpul seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor.
Apabila Ali menghampiri kubu Bani Qhuraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk
tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda. Beliau telah memberitahu perkara tersebut
kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak menghampiri Bani Quraizoh yang keji
itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda, mereka tidak akan
memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan mengampu
mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana yang
dijangka oleh Baginda s.a.w.. Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam.
Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.

Akhirnya, dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus. Saad b Muadz?

-    Bani Quraizoh merupakan sekutu kepada kaum Aus di Madinah.
-     Saad ketika membuat rondaan terkena satu panahan yang meyebabkan pendarahan yang banyak. Sebuah khemah khas dibina unk merawat Saad yang merupakan hospital pertama dibina. Belaiu pula dirawat oleh Rufaidah (jururawat pertama islam).
-    Seolah-olah mengetahui bahawa ajalnya akan tiba beliau berdoa agar dapat melihat kemenangan islam dan dapat menghukum pengkhianat yahudi yang membelot dari perjanjian.
-    Allah telah pun memakbulkan doanya.. akhirnya Yahudi dihukum bunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta-harta mereka dibahagi-bahagikan.

Bergegar arasy Allah mengangkat ruhnya. Sesungguhnya hanya +/- 5tahun keislamannya, beliau  telah pun menyerahkan harta-hartanya dan nyawanya, pada jalan Allah..
perginya Saad ketika dipangkuan rasullullah sama seperti Khadijah..betapa disisi rasulullah beliau istimewa. Ruhnya dinanti-nantikan oleh 70,000 malaikat yang turun ke bumi menyolatkannya kerana  beliau telah membenarkan Allah dan rasulNya. Beliau memisahkan jahiliyyah setelah sinar Islam datang.
(boleh rujuk kisah hijrah)
Apa yang anda dapat…?
·         Allah mengajar hambanya berusaha, berpayah-payahan i.e sebab untuk mencapai sebarang kemenangan. Kemenangan takkan tercapai andai hanya bergoyang kaki dan bersenang-senanangan.
·         Pertolongan Allah tiba HANYA SETELAH habis ikhtiar DARI SEGALA ASPEK. Contoh: sebagai seorang pelajar muslim yang meyakini hanya Allah yang layak disembah dan diletakkan segala pengharapan.. seharusnya berusaha ALL OUT untuk Allah memakbulkan sebarang kecemerlangan. insyaAllah masa cuti ni sempat untuk habiskan ulangkaji maka tidak sepatutnya disia-siakan.
·         Usaha yang berkualiti+keimanan yang teguh pada Allah=kejayaan
·         Berusaha tinggalkan JAHILIYYAH..semampu yang mungkin. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, jannah itu pasti.. “Jika kita benarkan Allah, Allah akan benarkan kita.”
·         Kita SYABAB.. gunakan semaksima mungkin potensi dan kekuatan serta semangat dalam darah ini untuk bantu Agama Allah. InsyaAllah..ilmu ini boleh bantu Islam satu hari nanti.
·         Buat AKHAWAT.. kita juga berperanan. Sejarah membuktikan.. maka jangan kita sendiri yang melemahkan kekuatan yang sebenarnya wujud dalam diri kita..

Wallahua’lam
Semoga bermanfaat dan selamat study..!


*mungkin ada sedikit khilaf dalam video dari segi maklumat harap dimaafkan..

5 comments:

hebatnya Ali.
kisahnya mengetuk hati!

jeles2~

nak jadi macam Ali.
jom kawan2

minta maaf..
ni sumber2 rujukan..:
*a'la khuto alHabeeb
*raheeq almakhtum
*fiqh sirah anNabawi

"Berusaha tinggalkan jahiliyah semampu yang mungkin"

Adakah kita benar2x tinggalkan jahiliyah setelah +/-21 tahun di bawah sinar islam??Muhasabah diri terutama di kala exam..

Berusahalah sahabat seperti Saad bin Muadz yang hanya +/- 5 tahun memeluk islam tapi lihatlah jasanya untuk islam.Dia benar2x membenarkan Allah dan rasulnya..

syukran ayid..

Kagum kepada pemuda hebat seperti Saad bin Muaz. Walau keislamannya +/- 5 thn,bergegarnya arasy Allah cukup menggambarkan kepada kita siapakah dia Saad b. Muaz.

Bukan sebarang rijal,rijal hebat yang tahu apa erti masa dalam hidupnya.

Jelas, kadang kala bukan masa yang banyak yang diperlukan..
tetapi seberapa banyak keberkatan dalam setiap masa yang kita ada..itu nilaiannya.

Jika diberi peluang, agaknya berapa lama masa yang kita mahu untuk persediaan exam?

Post a Comment