Saturday, April 10, 2010

Mengapa berkahwin????

Posted by faisazli On Saturday, April 10, 2010 13 comments

Memetik hasil tulisan Ustazah Sumaiyah Sulaiman, guru yang juga selaku pembimbingku..moga usaha beliau menyampaikan ilmu bermanfaat mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah SWT..ameen..


perkongsian menarik dan berguna buat sahabat2 merangkap bakal2 pengantin sekalian...insyaAllah.;)





Mengapa berkahwin?
Mengapa perlu menjadi suami isteri?
Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakkan orang
Jawapannya hampir sama sahaja
Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan
Tuntutan naluri semulajadi
Atau hendak menunaikan tuntutan biologi
Kalau tidak, sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini
Atau tidak ada hiburan.
Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang
Maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit
Dan bernilai murahan
Tujuan itu secara tidak disedari
Manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan
Kerana haiwan berkahwin kerana tujuan ini juga
Sama-sama tidak ada cita-cita masa depan
Dan lebih global
Kalau itulah tujuan berkahwin itu
Sekiranya tujuan itu terbantut
Ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal
Apabila ternafi atau terbatal
Hilanglah bahagia, tidak ada hiburan
Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin
Yang tidak diduga, setelah tua
Orang mukmin sejati,
Yang takut dan cintakan Tuhan

Faham maksud perkahwinan
Berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global
Tujuan perkahwinan lebih jauh
Daripada yang dinyatakan
Inginkan mengikut sunnah Nabi
Menghiburkan Rasul
Ingin mendapat zuriat yang banyak, bertaqwa pula
Dapat menyambung perjuangan ibu ayahnya
Agar Islam terus bersambung
Ibu dan ayah dapat pahala
Hasil perjuangan anak-anaknya
Selain itu, suami isteri ada kawan untuk berbincang
Tentang Tuhan, Islam, perjuangan Islam
Tentang nasib umat Islam
Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara




Orang yg menghayati apa yang telah disebut tadi
Ia adalah satu hiburan, kebahagiaan dan kepuasan
Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu
Sudah maklum terjadi sendiri bila ransangan terjadi
Tapi bukan matlamat utama di dalam perkahwinan
Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu
Seperti yang dinyatakan
Orang yang berkahwin
Yang mempunyai cita-cita yang besar
Terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri
Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam
Itu kebahagiaan dan kepuasan
Bahkan satu keindahan
Kalau naluri kurang dapat ditunaikan
Banyak lagi hiburan yang lain
Seperti yang telah disebutkan
Jika kebahagiaan rumahtangga
Terletak pada tuntutan naluri sahaja
Itu orang tidak ada cita-cita besar
Orang yang tidak berpandangan jauh daripada perkahwinan
Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat
Cakar harimau tak payah diajar-ajarkan
Itu sangat memalukan!

Oleh itu jangan dibesar-besarkan
Bukan itu matlamat perkahwinan
Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macamana, bagaimana
Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan
Padahal cita-cita pekahwinan dalam Islam,
Cita-cita yang mahal,
Cta-cita yang murni,
Cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang
Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan
Orang yang bertaqwa itulah hiburan,
Itulah kepuasan, itulah kebahagiaan
Itulah cita-cita umat Islam yang silam
Di dalam perkahwinan
Mari kita anjakkan paradigma kita
Tentang memahami perkahwinan.


"Allah mahu di hari pernikahan seorang lelaki itu, 'kahwinkan' juga hati isterinya itu dengan Allah supaya mereka menjadi isteri yang patuh, taat, hormat, malu dan tunduk dengan suami lantaran hati yang cinta dan takutkan Tuhan..."





















-Semoga para pembaca dan diri ini dapat berfikir dan mengambil manfaat. Apa yang baik kita kongsi bersama-


sumber asal dari sini...

p/s: bittaufik wannajah utk sahabat2 semua dalam short exam trdekat nanti.... oghe klate kato....let's do our best!!






13 comments:

weyh fais bgtau bait muslim dftrkn nme ak skang...haha...ak risau je xlyk ngan mne2 akhwat ni....diorang hebat sgt........elok2 jd hebat kawen ngan ak jd xsmpai niat die tu nk hasilkn zuriat utk islam yg hebat...huhu....

-alfa-

weyh fais bgtau bait muslim dftrkn nme ak skang...haha...ak risau je xlyk ngan mne2 akhwat ni....diorang hebat sgt........elok2 jd hebat kawen ngan ak jd xsmpai niat die tu nk hasilkn zuriat utk islam yg hebat...huhu....

-alfa-

mantap bro..mugkin ramai dah tahu ttg benda ni tapi lupa..dan ini sedikit sebanyak mengubah persepsi ak ttg kawen..sblum ni,mgkin sbb nk jaga diri jer,lps ni iAllah utk bina keluarga muslim sterusnya masy muslim dan daulah islamiah..sama2 kte mendokong gerakan Islam di Msia(takbir!!!)

PAS for all.. balik sokong PAS yer kengkawan!

sy prnh trfikir yg sesuatu prkahwinan itu
akan ckup bahagia jika suami dn isteri
saling mnyayangi, saling mncintai,
wlau apapun kkurangan.. dgn cinta,
kduanya akan saling lengkap-mlengkapi..

ttpi hati mnusia akan brubah..
klau yg kini cantik suatu ketikanya
akan mnjadi jelek,
yg muda mnjadi tua,
yg baik mnjadi buruk..
cinta ssama mnusia tidak mungkin kekal..

prkahwinan hnya akan kekal bahagia
jika keduanya saling mncintai kerana Allah
(to love each other fillah)..
jika prkahwinan itu trlaksana
kerana kduanya mncari cinta Allah
dn mmenuhi tuntutan2 Allah,
maka Allah akan ganjarkan kduanya
dgn kemanisan alam prkahwinan itu
yg slamanya abadi brkekalan..
insyaAllah..

~smoga brtemu cinta itu! (^_^)

kawen sifar 2013...kempen gen7

There was a man who said "I never knew what real happiness wan until I got married, but it was too late..." enjoy ur life now!!

jazakillah for this...

kupasan yang matang & masak~

"at-toyyibin lit toyyibat.."
janjiNya yang kita kena pegang..
prepare ourselves for the very best...from now,bukan dah nak kawen baru nak bukak buku ni,surf pasal ni pasal tu..

doa pun dari sekarang...Allah suka hambaNya yang merintih padaNya..

wallahu a'lam! :)

-addin-

"Allah mahu di hari pernikahan seorang lelaki itu, 'kahwinkan' juga hati isterinya itu dengan Allah supaya mereka menjadi isteri yang patuh, taat, hormat, malu dan tunduk dengan suami lantaran hati yang cinta dan takutkan Tuhan..."

suka quote ni.

terima kasih ustazah Sumaiyyah! :)

syukran utk prkongsian semuanya.
jazakumullah khair.

Post a Comment