Thursday, April 1, 2010

KEMBALI

Posted by princess On Thursday, April 01, 2010 5 comments


KEMBALI

Kadang kala kenangan lalu menyapa. Teringin mengulangi detik-detik diri sebagai “kanak-kanak riang”. Seronok tak tergambar. Kegembiraan dan kedamaian sentiasa mewarnai hidup .Teringat tatkala kali pertama mengenal ABC . Bersama kawan-kawan melangkah ke alam persekolahan, hati melonjak-lonjak keriangan. Saat itu bermulalah pengembaran ke alam persekolahan.

Masih adakah peluang untuk kembali ke masa itu ?? Maaf. Itu MUSTAHIL.

Tahun demi tahun bersilih ganti, alam sekolah rendah berganti kepada zaman persekolahan menengah. Pelajaran bertambah menarik. Ruang lingkup lebih luas. Apa sahaja yang berlaku sekeliling kita bertambah kompleks.Masing-masing kini cuba mengenal identitinya, lalu menetapkan apa yang ingin dicapai dalam hidup.. Sepanjang masa ini jugalah sedikit demi sedikit berlakunya perkembangan pesat proses pembentukan peribadi. Pengalaman dan apa di sekeliling itulah rujukan.

Pejam celik..alam remaja nun jauh telah ditinggalkan, lembaran baru bermula. Perjalanan jauh beribu batu; membelah awan biru , mengharungi laut samudera.. seiring dibawa cita-cita dan harapan yang tinggi. Tersingkaplah kisah hidup di perantauan. Urusan hidup total atas diri sendiri.. keluarga yang selama ini mengawasi gerak-geri jauh di Malaysia.. kalau ada yang memerhati kita, mata-mata Mesir mungkin..(@-@) Seronok menghayati erti kemerdekaan ini.. lantas bebas kita melakukan apa saja, sehingga ada kalanya terlupa bahawa hidup ini masih di bawah pengawasan-Nya..

Kini, sudah di tahun tiga fakulti perubatan Kasr- Elny. Eh, macam tak percaya?? Cepat betul masa berlalu.. Dalam asyik terkenang, masa terus berlalu, langsung tidak menunggu..Sejenak renungkan, sudah terlalu jauh kaki-kaki kita melangkah. Berhenti dan cuba toleh ke belakang, panjang sudah perjalanan hidup yang telah ditempuhi, sahabat-sahabat. Ke mana arah mana pula langkahan seterusnya?

Bila dilihat sekeliling. Di sana-sini manusia gembira. Tenggelam dalam dunia sendiri. Terumbang-ambing mencari erti hidup yang satu ini. Kala, manusia semakin lupa pada pencipta-Nya..tidak tahu yang mana hak dan yang mana batil. Tidak lagi mampu membezakan antara yang betul dan salah, lebih-lebih lagi antara dosa dan pahala. Pengharapan hanya pada-Nya, moga kita sama-sama teguh dalam petunjuk-Nya.

Ya,kita boleh lakukan apa sahaja yang kita suka..ayuh lakukan! tetapi setiap perkataan, perbuatan kita akan dihitung.

“Dan diletakkan kitab(catatan amal) lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, betapa celaka kami, kitab apakah ini,tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya, dan mereka mendapati semua apa yang mereka kerjakan tertulis.Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun.” Al-Kahfi: 49.

Dan selama usia dikurniai-Nya, kita telahpun puas melakukan apa yang kita suka. Sedang Allah, tidak pernahpun sekali menarik nikmat hidup ini walau kita kadangkala melakukan sesuatu yang menjadikan kita semakin jauh dari-Nya.

Sahabat-sahabat.. Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan, tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang tinggal…Soalnya, apa lagi persediaan yang boleh kita buat setelah roh telah terpisah dari jasadnya?? Tidak , tidak sama sekali.. sayang..hanya penyesalan ketika itu..

Mungkin ada yang mengganggap dia sudah cukup bahagia sekarang. Alhamdulillah, hidup kita memang bahagia. Keperluan seharian cukup, keluarga tersayang sentiasa menyokong.Namun, kebahagiaan yang hakiki hanya apabila manusia kembali kepada fitrahnya.Kembali menuju Allah yang Maha Esa.Kembali..kembalilah walau telah jauh tersasar dari landasan sebenar.Meskipun, baru kini kita bermula mengenal-Nya. Ataupun mungkin kita tak sempurna mana sebagai hamba-Nya. Maghfirah-Nya tidak perlu diragui. Kerana Dia yang Maha Pengampun telah lama menunggu. ..

Dari Anas r.a., katanya: "Saya mendengarkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah Ta'ala berfirman - dalam Hadis Qudsi: "Hai anak Adam - yakni manusia,sesungguhnya selama engkau berdoa dan mengharapkan kerahmatanKu, maka pasti Aku memberikan pengampunan padamu atas segala dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli - betapa banyaknya. Hai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu telah mencapai setinggi langit - karena sangat banyaknya, kemudian engkau memohonkan pengampunan padaKu, pasti Aku mengampuninya. Hai anak Adam, andaikata engkau datang padaku dengan membawa kesalahan hampir sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku, asalkan engkau tidak menyekutukan sesuatu denganKu, pasti Aku akan mendatangimu dengan membawa pengampunan hampir sepenuh bumi itu pula."

Hakikatnya, seorang mukmin itu akan tetap merasakan bahawa hidupnya di dunia adalah sebagai orang yang asing.

Hasan Al- Basri berkata: Mukmin laksana orang asing. Dia tidak risau dengan kehinaan dunia.Tidak berlumba untuk mendapatkan kemegahan dunia.Dia berada dalam dunianya yang tersendiri sedang manusia berada dalam dunia mereka.

Hatinya sentiasa merindui tanah airnya yang sebenar. Meskipun dia telah lama hidup di negeri orang, dia tetap tidak merasai ketenangan yang hakiki. Hatinya sentiasa berkeinginan untuk meninggalkan negeri itu. Jiwanya sentiasa berharap untuk segera sampai ke tanah air dan tempat tinggalnya yang abadi.

Doa dititipkan, semoga sabar mencari cahaya-Nya, ditetapkan sentiasa dalam keredhaan-Nya sehingga akhirnya sama-sama kita kembali dan berkumpul di tanah air yang sebenar..bukan Malaysia tapi di akhirat sana..di SYURGA-NYA yang hakiki. Perhentiaan terakhir kita bersama insyaAllah..

Amira Najihah binti Armain.

5 comments:

nice post..syukran jazilan ya ukhti..

teruskan menulis...ya ukhtie!
"bersama d'perhentian terakhir.."
jzkllh...

Kita pengembara bersinggah di muka bumi dalam menuju tanah air syurga abadi...Insyaallah.syukran ukhti

jom sama2 guna nikmat usia yg Allah beri pada kita untuk menggapai redhaNya...suka post ni, jzkk ukht atas perkongsian :) nak lagi(post)!!!!

suka2.....bermanfaat...
kinah

Post a Comment