Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad al Mustofa tercinta
Fustat Digegar kembali
Masakin Fustat, 24 Oktober 09, 7.30 mlm - Terletak dalam kawasan Masr el Qadeem atau Kota Lama Mesir, Fustat yeng pernah digegarkan dengan kedatangan pelajar Malaysia pada tahun 2007, kini digegarkan sekali lagi dengan pelajar Malaysia. Namun jika dulu, batch MediCairo07, ikhwah dan akhowat kesemuanya ditempatka di Fustat, kali ini, hanya pelajar ikhwah sahaja yang dicampakkan ke padang pasir pebuh barakah ini!
Berebapa perbezaan lain dalam penempatan pelajar tahun satu di Fustat pada kali ini adalah antaranya, rumah-rumah mereka disewa terus daripada tuan rumah, tidak lagi melalui Kapten Hasan 'yang disayangi'. Rumah merek juga sangat besar dan luas, serta lebih selesa. Mereka juga mendapat kelengkapan rumah yang asas yang berkualiti dengan bayaran sewa yang jauh lebih murah daripada MediCairo07 dulu. Cuma, masalah pengangkutan tetap sama seperti dahulu, sekurang-kurangnya 2 tremco perlu dinaiki atau menaiki teksi. Selain itu juga, ironinya, setelah 2 tahun ditinggalkan, kemudahan lain seperti kedai dan pembangunan kawasan sekitar MASIH TIDAK BERUBAH!!(sila senyum sinis)
Smart Circle
Namun, itu bukan fokus utama entry ini. Fokus sebenar adalah majlis pelancaran Smart Circle(SC) tahun satu ikhwah dengan tema "Mencari Hati Yang Salim".
Majlis ini menggamit kembali kenangan MediCairo07 di Fustat dulu apabila para mentor yang dilantik kebanyakannya dari kalangan ex-Fustatian. Majlis dimulakan oleh Mentol, dan ucapan Abang Acap Isa merasmikan program. Beliau berpesan, "bila berjumpa senior, sekurang-kurangnya, senyumlah. Bila kita saling senyum dan bertanya khabar, akan mengurangkan gap senior-junior". Beliau juga berpesan, jika ada masalah khususnya dalam SC masing-masing, be brief, jujur, dan bincangkan masalah dengan jelas. Sama-sama baiki masalah, bukan 'keluar buat SC baru'.
Sebagai pengemudi Mentor-Mentee tahun satu, saudara Faeid pula menyampaikan taklimat tentang pengenalan SC. Setiap SC adalah usrah, keluarga mereka. Susah senang akan sama dirasai, dan ukhuwah + iman menjadi matlamat bersama.
S.B. , Special Branch @ Mabahis
Apa yang menariknya bagi tahun satu sesi ini adalah penubuhan "Sya'ah Brothers" yang diasaskan oleh Biro Kebajikan dikemudi oleh Imdad. Syaah Brothers merupakan satu konsep kebajikan di mana setiap sya'ah tahun satu mempunyai 'Sya'ah Brothers'nya sendiri yang terdiri daripada abang-abang tahun 3 dan beberapa orang tahun 4. Sya'ah Brothers ini diharap dapat merapatkan jurang negatif senior-junior yang makin jelas kesannya sejak 2 tahun kebelakangan ini. Sya'ah Brothers(SB) bertanggungjawab memastikan kebajikan adik-adik SBnya terjaga, membantu menyelesaikan masalah domestik mereka dan juga akademik. SB juga perlu menggalakkan kesuburan ukhuwwah Islamiyyah dan suasana muhibbah antara junior dan senior dengan ziarah menziarahi, jaulah, main bola bersama, dan sebagainya. SB juga membantu sedikit sebanyak pelaksanaan SC.
Pada malam majlis juga, saudara Izuddin Nazdif atau lebih mesra dikenali dengan panggilan manjanya, Tong, sebagai orang penting dalam menguruskan kebajikan adik-adik tahun satu, sempat menyampaikan pesan dan amanat. Bagi beliau, takdir Allah yang menempatkan adik-adik ikhwah di Fustat merupakan rezeki dalam bentuk cabaran untuk melatih kesabaran adik-adik.
Majlis kemudian diteruskan dengan taaruf dalam SC yang dihadiri oleh Mentor2 dan turut dimeriahkan dengan kehadiran SB(bukan Special Branch mabahis ye).
Sekian laporan.
Marilah kita pelihara ukhuwwah yang terbina di kalangan kita, saudara seIslam, dan semaikanlah benih mahabbah dalam jiwa kita.
Sesungguhnya, perpaduan umat Islam lebih tinggi dan lebih mulia daripada perbezaan pemikiran, pendapat, persatuan, atau latar belakang. Jadikan Islam titik pertemuan kita, dan Allah tetap matlamat kita.
Wassalam wbt
Hazrie Hayat ngan bebudak SC nya
Tak disangka-sangka, al Faiz menjadi SB.
Taklokek berkongsi pengalaman kejayaan ngan adik2 baru
Bebudak Fustat yg masih boleh tersengih2,
blom merase lagi dok Fustat 2 3 bulan + musim panas kt Fustat nk balek kuliah..hehe
ABANG Tong, abang kesayangan adik2 tahun 1,
memberi tips2 hidup n tros survive kpd adik2.
{tengok la cmne beliau survive smpai da masuk thn 3 skang...}
Abg Bil yg concern ngan adik2, Abg Sayut, Muzakkir, dll, barisan SB yg prihatin
Mentol : "Hisy, ape ntah ak nk kencing bebudak nih!! ayat dah abis goreng da ni..."
Juwe : "Hisy, Faeid pegang Mentor Council thn nih. bile la ak nk ganti Bai pegang BPI nih!"
Timb Presiden pon trun padang merasmikan, di samping menyampaikan pesanan brguna
2 comments:
owh!! manjanye name ABANG TONG~~!!!
gamba xde ke weh..xbes r
Post a Comment