Friday, October 23, 2009

Ahlan yaa Jom3ah~

Posted by aiyqosim On Friday, October 23, 2009 1 comments

Assalamualaykum wbt

Salam Sayyidul Ayyam, salam Jumaat kami ucapkan

Sebelum mula membaca, silalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w, kekasih Allah, kekasih para malaikat, dan kekasih seluruh makhluk Allah. Ingat, "barangsiapa berselawat ke atas Nabi dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat".

Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, masa meninggalkan kita. Namun itu tidak pernah menjadi masalah, kerana masa yang berlalu memang sudah sekian lama menjadi lumrah dunia, tidak akan kembali semula.

Menyelusuri zaman sejak Nabi Adam a.s diciptakan, sehingga kini, tidak pernah berlaku walau sekalipun dalam sejarah manusia, masa berulang kembali. Tidak pernah juga berlaku masa bergerak lebih cepat pada satu masa dan lambat pada satu masa yang lain. Masa itu malar. Yang menjadi masalah adalah sikap kita terhadap masa. Pembolehubah bergerak balas di sini adalah cara kita menggunakan masa.

Cukuplah Surah al Asr menjadi pedoman untuk manusia yang sudi berfikir tentang sikap mereka terhadap masa. Muhasabahlah...


Ahlan Yaa Jum3ah

Ya! Hari ini hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Bagaimana sikap kita terhadap nikmat hari Jumaat kurniaan Allah kepada kita? Di sini, terdapa beberapa golongan sikap terhadap hari Jumaat.

Ada yang langsung lupa bahawa hari ini hari Jumaat

Ada yang masih ingat hari ini hari Jumaat, tetapi, lupa bahawa hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam

Ada yang sedar hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam, tetapi lupa bahawa Sayyidul Ayyam adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada kita.

Ada yang sedar akan Sayyidul Ayyam, dan mengamalkan pesanan-pesanan Rasulullah tentang fadhilat hari Jumaat.

Tidak perlu bercerita panjang tentang fadhilat hari Jumaat secara terperinci, bukalah buku teks Pendidikan Quran Sunnah, bukalah kitab, bukalah blog-blog, bukalah tazkirah.com...

Pokoknya, dalam golongan manakah letaknya kita?



Amalan Hari Jumaat


Muda saja, sila rujuk semula kitab Bidayatul Hidayah.

Ringkasnya, dari pagi, di antara amalan-amalan yang dikhususkan pada hari Jumaat adalah, bermula dari pagi, membaca Surah al Kahfi, membersih dan mengemas diri, {mandi sunat Jumaat, potong kuku, nipis misai(bagi yang ada misai), kemas segala bulu yang boleh dikemas}, mengemas rumah/bilik, iktikaf di masjid, dan banyakkan solat Sunat.

Tidak perlu kami tuliskan senarai panjang amalan-amalan pada hari Jumaat, cuma amalkan dulu perkara di atas, barulah buat ibadat-ibadat tambahan yang lain.



Hari Jumaat Untuk Lelaki?

Betul ke?

Tidak sama sekali.

Ramai wanita yang terlupa dan menyangka bahawa hari Jumaat adalah hari yang dikhaskan untuk lelaki. Hanya kerana Solat Jumaat difardhukan kepada lelaki sahaja, mereka menyangka keseluruhan hari Jumaat milik lelaki. Segala Fadhilat adalah untuk lelaki.

Sedangkan Allah mengurniakan hari Jumaat sebagai nikmat yang besar untuk semua manusia, lelaki dan wanita. Sedangkan amalan di hari Jumaat bukan terdapat di dalamnya Solat Jumaat sahaja.

Kepada wanita khasnya, sila amalkan Surah al Kahfi(banyak berkatnya) dan amalan-amalan khusus yang lain, supaya anda tidak ketinggalan dari sudut pahala berbanding kaum lelaki. Dan kepada lelaki pula, hari Jumaat bukan hanya Solat Jumaat, jadikan hari Jumaat hari untuk 'reschedule' hidup anda.

Buat akhirnya,

Selamat beramal di hari Jumaat,

Selamat 'reschedule' hidup anda,

Bersihkan rohani, bersihkan fizikal, bersihkan persekitaran,

Mulakan minggu hadapan dengan jiwa yang bersih, azam yang segar

Wassalam, selamat hari Jumaat



Ucapkan Ahlan wa Sahlan kepada Sayyidul Ayyam, Youm el Jum3ah!!



1 comments:

Post a Comment