Melihat dan Mentafsir Alam
Pagi ini, aku melihat dan mentafsir alam bersama malam. Hatiku tergerak untuk membuka Al-Qur’an, dan secara kebetulan(tapi sebenarnya ketentuan) aku terselak mukasurat sekian sekian dan lantas mataku tertangkap kepada beberapa ayat
18.Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang(duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian, kami sediakan baginya (akhirat) neraka Jahannam: dia akan terus memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
19. Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kea rah itu sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman,maka mereka itulah yang usahanya dibalas baik.
20. Kepada masing-masing(golongan), baik (golongan) ini (yang menginginkan dunia) mahupun (golongan) itu (yang menginginkan akhirat),Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu, Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
21.Perhatikanlah! bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain) Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya
Al-Israa’ : 18-21
Kita tak nak ingat akhirat hanya bila kita dilanda hidup yang susah atau ditimpa kecelakaan atau ditimpa musibah.
Kita kalau boleh nak sentiasa ingat akhirat dan sentiasa dalam keadaan taubat sebab belum tentu hari esok kita masih beriman dan bergelar sebagai orang Islam.
Kita nak gunakan dunia ni betul-betul untuk kehidupan akhirat yang kekal di sana, bukan semata-mata kita hidup kat dunia untuk dunia yang sementara ni
Betul, kita tak nak bermanja-manja dengan kehidupan dunia. Yang kita nak adalah hidup dunia dalam keadaan bersusah payah agar dapat berehat dengan sepenuh kerehatan di syurga sana.
Aku mahu menuju ke jalan syurga,dan sudah tentu aku tidak mahu keseorangan. Aku mahu bersama dengan teman-temanku
Nukilan hati
Wan Fathiyyah Wan Ibrahim
29/12/2009