Tuesday, March 9, 2010

The Golden Ratio

Posted by Unknown On Tuesday, March 09, 2010 1 comments

Masih ingat mengenai matematik? Anda pasti tahu mengenai prime numbers atau nombor perdana, bukan?

Tetapi, pernahkah anda mendengar tentang ‘Fibonacci numbers’?

Sebagaimana nombor perdana, Fibonacci numbers juga merupakan satu siri nombor, dan ia dibentuk daripada satu rumus yang sangat mudah. Dua nombor pertama Fibonacci numbers adalah 0 dan 1, dan setiap nombor seterusnya dibentuk daripada hasil tambah dua nombor sebelumnya. Maka, turutan nombor yang dapat dibentuk adalah:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584 …

Selain susunan yang unik ini, Fibonacci numbers juga mempunyai karekteristiknya yang tersendiri. Setiap nombor Fibonacci ini jika dibahagi dengan nombor yang sebelumnya akan menghasilkan angka yang lebih kurang sama nilainya.

Sebagai contoh:

Dan turutan ini akan terus menjadi ‘fix’ selepas angka yang ke-13 dalam siri ini, iaitu selepas nombor 144. Bermakna, jika nombor seterusnya dibahagi menggunakan kaedah di atas, ia akan memberikan hasil yang sama, iaitu 1.618.

Angka 1.618 inilah yang selanjutnya dikenali sebagai The Golden Ratio.

Menariknya, banyak makhluk ALLAH di muka bumi ini adalah dicipta dengan menggunakan skala The Golden Ratio tersebut, bahkan pada penciptaan manusia itu sendiri. Cuba lihat rajah di bawah:

The General Plan of Human Body’s Golden Ratio

Rajah ini menunjukkan bagaimana The Golden Ratio itu diaplikasikan pada struktur anatomi manusia. Ratio atau nisbah di antara jarak T dan jarak S dalam rajah di atas adalah sangat menepati The Golden Ratio, iaitu T : S = 1 : 1.618!

The Golden Ratio pada tangan manusia.

The Golden Ratio pada gigi manusia.

Menakjubkan, bukan? Tetapi itulah kuasa Allah, Dia menciptakan setiap sesuatu itu dengan perkiraan yang amat terperinci sekali. Maha Suci Allah!

Firman Allah SWT: “Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu baginya dalam kekuasaan-Nya, dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat.” (al-Furqan : 2)

Namun, The Golden Ratio ini tidaklah tepat pada setiap satu badan manusia, sebaliknya hanya jitu pada tubuh manusia yang paling ideal sahaja. Maka, kalau jari anda itu termasuk dalam kategori Marfan Syndrome, tak usahlah digagahi untuk diukur dan dibanding-banding dengan nisbah emas ini. =)


Ini hanyalah beberapa contoh daripada sebahagian The Golden Ratio yang dijumpai di alam ini. Saksikanlah contoh-contoh The Golden Ratio lain yang terdapat di serata ceruk muka bumi, pada DNA, sunflowers, seashells, pineapples dan lain-lain lagi dalam video yang menarik ini!

1 comments:

name singkatan fibonacci..

F1,F2,F3,F4,F5,F6,F7..seterusnye
1 ,1 ,2 ,3 ,5 ,8 ,13..seterusnye...

Post a Comment