Sunday, January 3, 2010

Jangan Lupa Tuhan

Posted by [amiza malik] On Sunday, January 03, 2010 3 comments




حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ
أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ
يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ
الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ
حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا
وَتَرُوحُ بِطَانًا-رواه أحمد



Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar
Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT
dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kamu akan diberi rezki (oleh Allah
SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezki; dimana ia pergi pada pagi hari
dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang
(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).




Burung yang keluar cari makan di waktu pagi, terbang dengan perut yang kosong dan lapar tetapi pulang ke sarangnya pada sebelah petang dengan kekenyangan. Burung itu percaya bahawa Allah telah menentukan rezeki yang secukupnya.


Perlu optimis pada Allah, kerana Allah adalah pada sangkaan hambaNya.


Tawakal perlu selari dengan usaha, kerana sunnatullah membuktikan bahawa sesiapa yang bercucuk tanam, maka dia yang mendapat hasil. Sesiapa yang selayaknya diberi kemenangan, dialah yang beroleh kejayaan.


Tetapi,


Perlu ingat bahawa Allah juga boleh menetapkan sunnatullah itu tidak terjadi. Boleh juga kita telah berhabis daya, tetapi Allah tidak mengizinkan kita beroleh kejayaan. Ketahuilah bahawa Allah menilai kita menerusi usaha yang kita curahkan, bukan natijah.


Sesungguhnya jadikanlah fatrah imtihan ini sebagai waktu kita mengutip pahala-pahala ekstra dengan belajar bersungguh-sungguh (jgn lupa niatkan kerana Allah, memartabatkan pelajar Muslim etc-pelbagaikan niat, ya!) dan kerana tawakal kita kepada Allah. Bukankah dunia itu ladang bagi akhirat?


Tawakal dan usaha perlu seiring. Tidak lengkap makna tawakal itu dengan tidak berusaha. Berusaha itu adalah sebahagian daripada tawakal. Usaha itu penting sebagai asbab untuk Allah mengurniakan kejayaan kepada kita. Seperti sakit sebagai asbab kepada kematian.


Selamat memburu mumtaz! Jangan lupa doakan semua ya!


****************



p/s: Saya selaku moderator merasakan Ahsan Nas memerlukan nafas baru. Moderator perlu ada garis panduan yang jelas tentang konsep penulisan di sini demi kemaslahatan bersama. Mungkin juga kita boleh buat jadual giliran update blog mengikut rumah supaya moderator tidak mengalami kekontangan idea.




Yang memerhati dari celah-celah kesibukan,

Yang sedia untuk dipertanggungjawab

atas setiap kalam yang dinukilkan dan diperkatakan,


ayu amiza abdul malik,

badar 313





3 comments:

Allah xpandang pada hasilnya kan... yg ptg usaha kite... biar kite jadikan asbab kpd natijahnye nnt. betul la kate pepatah melayu, usaha tangga kejayaan. tp kalo usaha xde tawakal, xjd la plak kan3???

sbb tawakal xlengkap tanpa usaha. hoho...
so, jom same2 berusaha n tawakal..n same2 berjaya. insyaAllah...

ps: boleh2..xde mslh.. ok je ngan cgdn cik Ayu.. kdg2 xsmpt nk kasi tazkirah kt kelas..kt sini pon bleh kan..kongsi same2. same2 dpt faedah. eh, xsemestinya tazkirah.. apa2 je yg boleh menambahkan ilmu yg bermanfaat. bile dh ade ilmu, bleh tambahkan iman kan3??

barulah meriah AN ni...

artikel2 mcm nih sgt2 lah bagus menjelang exam nih utk kasi semanagt sikit tuk balja.. syukran ayu..

tenkiu ayu..kami dh baca hmpa pya..hehehe...mari bersama2 memburu mumtaz ilahi...hik3(gelak malu)

Post a Comment