Sunday, January 16, 2011

Mahasiswa Bangkit

Posted by azim On Sunday, January 16, 2011 0 comments

“Kau dulu la….aku segan la....”


“Malaslah aku…aku nak gi City Star sekejap lagi”

“Eh, semangat je kau ni! Relax sudah..”

Inilah ungkapan yang sering kita dengar di sekeliling kita. Mereka tidak mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Yang penting, diri mereka sendiri selesa dan tidak merasa apa-apa kepayahan.

ANANIYAH atau INDIVIDUALISME.

Malu, malas dan manja. Sikap yang telah lama sebati di dalam jiwa pelajar-pelajar universiti. Mereka tidak pernah merasakan yang kita kini perlu bergerak. Arus perdana kini yang semakin deras akan meninggalkan mereka-mereka yang jumud dan masih lagi berada di dalam kotak selesa.

Jika kita lihat kembali penuntut-penuntut universiti di Malaysia khususnya, mereka lantang bersuara jika berlakunya isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku. Sebagai contoh, penuntut-penuntut universiti berani bangkit bersuara apabila hak mereka dicabuli di dalam isu Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
Pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) lantang bersuara menentang Islamic Fasion Festival (IFF) yang diadakan baru-baru ini. Pelbagai lagi isu-isu yang berlaku ini ditangkis hebat oleh penuntut universiti yang dikira
sudah matang dan mempunyai kekuatan sebagai belia. Cuma, di mana kita ketika itu?

Cuba kita fikir….

Apakah yang akan berlaku jika penuntut universiti sekadar berdiam diri, hanya berada di dalam kamar dan bermain ‘game’ ? Sudah pasti lebih banyak permasalahan-permasalahan lain yang akan timbul dan kemudiannya kita akan diperbodohkan sesuka hati.

Adakah anda berpuas hati dengan keadaan ini?

………


Cukup! Cukuplah kita diperkotak-katikkan. Cukuplah kita selama ini hanya memandang kesusahan orang lain dari jauh tanpa ada rasa bertanggungjawab untuk membantu mereka. Sudah tiba masanya untuk kita sedar dan bangkit daripada tidur yang panjang selama ini. Kita bukan budak tadika lagi. Zaman kita sebagai pelajar sekolah yang hanya tahu pergi ke sekolah dan belajar kemudian pulang ke rumah, zaman tersebut sudah lama tamat.

Kita sekarang adalah seorang MAHASISWA, dan seorang mahasiswa perlu berani mengambil tindakan dan mempunyai pendirian sendiri. Mahasiswa yang tahu bagaimana untuk mempertahankan hak mereka serta tidak hanya menunggu dan melihat sahabatnya sahaja yang bersusah-payah.

TETAPI…

Jika kita lihat situasi di Malaysia, mahasiswa di Malaysia berpecah memberi sokongan kepada pihak mereka masing-masing. Persoalannya, pihak mana yang perlu disokong? Pihak mana yang memperjuangkan kebenaran yang hakiki? Persoalan ini akan terjawab apabila kita merujuk kembali kepada perlembagaan dan dasar kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Maka perlu dinyatakan di sini, tidak cukup untuk kita mengatakan ‘menjadi mahasiswa’ sahaja.
Tidak! Tetapi ianya adalah ‘menjadi MAHASISWA ISLAM’.


Mahasiswa Islam..

Bukan seorang yang pemalas, penakut dan kedekut. Mahasiswa Islam adalah seorang pejuang yang berani serta sanggup berkorban harta, jiwa dan raga demi Islam yang tercinta.


Mahasiswa Islam…

Adalah seorang yang bijak menggunakan peluang dan kekuatan sendiri untuk melakukan sesuatu gerak kerja dengan menggunakan inisiatif sendiri tanpa perlu tunggu disuruh dan diarahkan. Setiap kekuatan digunakan seoptimum mungkin dan bersikap professional dalam setiap tindakan.

Maka…
Bagaimanakah kita hendak mula sekarang?
Apakah yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu?






MENTALITI

Mentaliti atau kefahaman yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum bermulanya apa-apa tindakan.
Alhamdulillah, banyak propaganda yang positif yang dapat dilihat di kalangan kita kini.

‘I Am Professional’

‘Berani Bersuara, Transformasi Dijana’

‘Minda Tahun Empat’


“……”
“er…aku takde kaitan eh…”

Kalau bukan KITA, siapa lagi??
Kalau bukan DI SINI, di mana lagi????

Bangkitlah sahabat-sahabat sekalian,
guna dan sumbangkan lah kekuatan yang ada,
sebagai seorang mahasiswa Islam yang professional,
tidak kira dalam bidang akademik, persatuan mahupun agama.

‘TOWARDS PROFESSIONALISM’

Wassalamu’alaikum wrb

Ariff Aizzat Bin Abdul Razak,
Ketua Batch,
GEN 7 Sesi 10/11


Penaja




0 comments:

Post a Comment