Bila bosan2 study Pharma malam td, tergerak pulak jari ni nak search something dalam Youtube. Tak sangka boleh terjumpa balik video ni kat situ, niat hati nak tengok Gee sebenarnya. hee (^.^)v .
Aku rase ni first video batch kita, dimainkan pada malam dinner Gala batch kat Al-Masah dulu. Siapa ingat apa terjadi pd malam tu?? Husna Kadir tertinggal bas kat Fustat. kuikuikui (jangan mare yee) . Apa2 pun, rindu saat tu. sume bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk majlis tu. Sejuta penghargaan untuk Ijud, Thol n Fathiyyah yg menjadi pengarah majlis 'gempak' tu (asyik2 ijud je!)
Bila tengok balik video ni, teringat pada asrama kebajikan Al-Fustat di bawah seliaan En. Moji Al-Yamani. Ramai anak2 terbiar kat Mesir ni dia jaga. Sampai sekarang, alhamdulillah sume anak2 tu dah besar panjang dah. dah leh kawen dah pun. Apa khabar laa agaknye En. Moji Al-Yamani tu yea?
Dulu rambut sekor2 stok nak kalahkan Nash Lefthanded, siap curly ala2 meggi lagi. Sampaikan Ijud, Medad n Fahim bertanding sape punya rambut paling curly, awww!! Muke baim pun time ni dh cam abg Senu dh, sebijik, dengan rambutnye, misainya lagi. Semoga dia pun akan berjaya cm abgnya. Imdad pulak, hahahaha. no comment! Tak sangka eak korang berdua leh jadi exco PERUBATAN. Orang2 kate ape, sengal2 ubi berisi. hahaha.
Teringat balik kenangan time duduk kat Fustat dulu. Banyak kenangan pahit manis bersama. Pergi ke kedai malam2 lepas isyak pakai kain pelikat ramai2 jalan dari Gami' Syafie ke kedai. beli feeno, susu, lanchoon, chipsy dan air epal. makan sambil jalan beramai2. dh cam mat bangla pun ade. Pastu, masing2 cover macho depan Laila (anak bawab umah Fahim) time nak ke kelas, kena kejar anjing time pergi kelas pagi2, tunggu tremco ramai2, kena tipu internet dgn arab bengong, dan macam2 lagi laa. Kalau nak list satu persatu, sampai esok takkan abis. Paling tak boleh lupa, main bola kat jalanan petang2 macam budak2 arab. haha, sungguh tidak matang masa tu! Dulu kalau boring, leh lepak umah sape2 yg kita nak, sbb dekat. sekarang?? huhu, sorang kat Giza, sorang kat Abu Risy, sorang kat Munirah, nak lepak same2 pun tak sekerap dulu. Korang tak rindu ke masa zaman kita first year dulu? Mintak tisu, nak nangis aa!
Kini, kita semua dah masuk 3rd year. Masing2 dah besar panjang dah. dah leh kawen dah (apsal asyik ulang ayat ni je). ade komitmen masing2, hala tuju masing2.Tapi sesibuk mana pun kita dengan kerja kita. ingat, kita masih ada lagi kawan2 kita yg kita sayang. Jangan kerana kini kita semua sibuk, persahabatan yg lama kita bina, beransur2 pudar. Tanpa kawan2, siapalah kita kat sini. Mereka lah pembantu kita, penyeri hidup kita dan tempat kita mengadu. Oleh itu, sayangi mereka sementara mereka masih ada. Tiada kebetulan di dalam ukhuwwah. Allah memang dh takdirkan untuk kita semua bertemu, belajar di bawah satu payung bumi anbiya' ni. so, once dh dapat peluang kenal dgn kawan2 kita ni, jaga elok2 perhubungan tu sampai akhir hayat kita. sayangilah diri kita dan diri mereka.
Last word,
Semoga ukhuwwah kita kekal abadi !!
p/s : eyt, korang cam tak sapa mamat yg pakai baju biru kat kanan sekali pada minit ke 4:47 ??haha..
mak aih, dah kul 2 pg. esok ade exam Pharma. mampos aku tak tido lagi!!!
The Secret behind the Great Warrior
20 hours ago


4 comments:
buat cam blog sndr nmpk..hihi..
rindunyeeeeeee 1st year!!! teringat pkcik kdai roti yg ajr kite nme2 roti....
rindu fustat...
uhuk..memori fustat memang xabes klau nak dicerita byknye..
pgi menjejak ke fustat setelah sekian lama ditinggalkan mmg menyegarkan kmbali memori2 dlu disamping menyegarkan juga tubuh apabila kmi(yg dikejar) msih dapat berkejaran riang(.."lariii!!!!") brsama anjing2(yg mengejar)..
kmpen mlawat fustat 09/10..:P
dan shbt2 skalian..uhibbukum fillah~
Korang memang batch yang best. Kurang-kurangnya tercampak di tepian Kaherah menjadikan korang cepat matang mengharungi kehidupan kat Mesir. Haha.
Tentang Dua orang yang masih dikekalkan sebagai Exco Perubatan tu memang dah nampak diaorang memang boleh diharap dan jadi Exco yang baik untuk masa hadapan, dan ramai sebenarnya daripada batch korang yang boleh diharap. Apapun jawatan bukan segalanya, apa yang utama, mengaji dan menuntut ilmu perlu menjadi fokus korang hingga ke akhir pengajian korang 3, 4 tahun lagi.
Termasuklah hal2 berumah tangga...! Kalau memang belum merancang dan masih belum terlibat dengan hal-hal camni eloklah merancang menamatkan zaman bujang selepas graduasi ya. Apapun kalau memang sudah ketentuan, hadapilah dengan baik dan tawakkal.
Apepun moga ukhuwwah batch 007 ni akan terus utuh hingga ke akhirnya...
Sayang korang.
Post a Comment